Siapa yang tak kenal produk SAFI. SAFI adalah jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia. Terkini SAFI memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan wanita yang menghadapi masalah kulit gelap dan tona tidak sekata.
SAFI FAIR BEAUTY
Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
Apa itu Teknologi BIO.Fairness?
Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu dibawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!
Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!
Nikmati Kulit Cerah Berseri dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty
SAFI FAIR BEAUTY yang baharu yang dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness memberi 8 manfaat :-
· Mencerahkan kulit
· Menyamaratakan tona kulit
· Kulit berseri merah jambu
· Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
· Memberi perlindungan UV
· Melembutkan dan menghaluskan kulit
· Melicinkan kulit
· Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
Produk SAFI Fair Beauty
Jom berkenalan dengan “3 beradik” penyeri wajah, pelengkap harian anda!
Dia si ayu penuh keyakinan
Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah pertama untuk keyakinan dirimu.Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saizpek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20
Dia si cantik penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saizpek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45
Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan.Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
3.SAFI Fair Beauty BB Cream
Saizpek: 40g
Harga: RM8.15
Dengan harga yang mampu milik, kini semua gadis boleh menikmati kulit cerah berseri!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI. Sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
Day 1 - Kulit kusam, tona tak sekata.... nak posing tengok kamera pun malu . Kurang keyakinan diri sangat masa ni.
Day 31 - Selepas sebulan, huda sangat puas hati dengan keberkesanan Safi fair beauty yang terbaru ni. Sangat berkesan dan serasi dengan kulit wajah huda. Wajah lebih berseri dan cerah. Suami pun puji. =)
Huda dah try, korang bila lagi??
Safi Fair Beauty 31 Day Challenge
Day 1 - Kulit kusam, tona tak sekata.... nak posing tengok kamera pun malu . Kurang keyakinan diri sangat masa ni.
Day 31 - Selepas sebulan, huda sangat puas hati dengan keberkesanan Safi fair beauty yang terbaru ni. Sangat berkesan dan serasi dengan kulit wajah huda. Wajah lebih berseri dan cerah. Suami pun puji. =)
Huda dah try, korang bila lagi??
18 Comments
Dari cleanser , cream @ bb cream . Harga pun murah2
bukan skincare nyer aje aida pernah pakai, now masih pakai body shampoo dan hair shampoo.
anak la yg masih pakai one of safi's skincare. for remaja.
aida da remaja tua, terpaksa pakai utk remaja tua lah :) ha ha ha ha.
www.maisarahsidi.com