Susu Fernleaf Memang 100% Mmmmm


Rutin sarapan pagi huda dan keluarga mesti minum susu. So hari ni, huda nak kongsi tentang susu pilihan utama kami iaitu Susu Fernleaf yang memang 100% Mmmmm.... ( sila baca sambil buat bunyi yer...hehe) 

Kenapa Susu Fernleaf  100% Mmmmm??


Bila dah kata 100% Mmmmm tu maksudnya memang lebih sedap dan lebih berkhasiat. 

Jom huda kongsikan lima fakta menarik yang membuatkan susu Fernleaf  ni menjadi susu terbaik pilihan kami : -

#1 Berasal Dari New Zealand



Susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Di New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak. Maka di sini meruapakan antara lokasi strategik dan terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

#2 Lembu Tenusu Bebas



Di New Zealand juga, lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kadang. Rumput di sini juga berkualiti tinggi dan terbaik dari alam semulajadi maka lembu tenusu yang di ternak di sini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

#3 Vitamin D Lebih Tinggi

 Lembu tenusu di sini juga menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas di bawah cahaya matahari yang cerah. Secara tidak langsung susu yang terhasil mengandungi vitamin D yang sihat. Maka, lembu tenusu dari ladang Fernleaf ini menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang terkurung di dalam kandang. 

#4 Kalsium yang mudah diserap



 Susu Fernleaf mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain itu ia juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi , Vitamin A dan Vitamin D.

#5 Susu Semulajadi



Susu Fernleaf di hasilkan secara semulajadi tanpa perlu rangsangan luar seperti penggalak susu. 
Dengan adanya rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu di New Zealand dapat menhasilkan susu secara semulajadi.


Menarik kan lima fakta tentang susu Fernleaf ni? Sebab tu susu Fernleaf rasa lebih sedap, memang 100% Mmmmm......

Ada lagi satu korang kena tahu, ladang lembu tenusu Fernleaf ini juga di "jaga" oleh Pakar Tenusu yang mempunyai pengalaman lebih 140 tahun dalam perladangan tenusu. Peladang di sini sangat berdedikasi yang akan memastikan  kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk di edar kepada pengguna. 



Jadi lepas ni, jom kita pakat-pakat minum susu Fernleaf UHT yang sememangnya 100% Mmmmm...

Susu Fernleaf UHT kini boleh di dapati dengan 3 variant iaitu Susu Low Fat, Full Cream dan perisa coklat! Jom dapatkan susu Fernleaf UHT di kedai atau pasaraya berhampiran anda!

Post a Comment

5 Comments

NanyFadhly said…
Sedap..lemak berkrim. Anak2 suka yg perisa chocolate. Hehe..
Suria Amanda said…
Akak paling suka perisa choc..yang plain tu x leh masuk...good luck Huda
Izyan Balqis said…
bestnya, terasa nak try jugak! hehe
Husniey Husain said…
Husniey suka susu Fernleaf ni pekat sedapp sangat.. Harga pun berpatutan dari susu yang lain kualiti agak kurang dan lebih mahal..
Nina Mirza said…
Susu Fernleaf memang pilihan kak nina sekeluarga. Suka rasanya yang sedap dan no add sugar tuk susu tepung full cream Fernleaf 👍👍