Advertisement

Itinerary 3 hari 2 malam bercuti ke Langkawi




Itinerary 3 hari 2 malam bercuti ke Langkawi |
Hye semua! Alhamdulillah, planning huda nak bawa family bercuti ke Langkawi dipermudahkan Allah. Syukur huda dapat spend masa dan create amazing memories di Langkawi. So entry kali ni huda nak share itinerary 3 hari 2 malam percutian di Langkawi. Mana tahu korang pun nak pergi, maybe boleh jadi sebahagian sharing huda ni sebagai panduan. Semoga bermanfaat.


Itinerary 3 hari 2 malam bercuti ke Langkawi


Day 1


ERL Salak Tinggi - KLIA2
Pukul 5.30 am kami pergi ke ERL Salak tinggi untuk parking kereta . Huda pilih parking di sini sebab lepas buat research sikit, kat sini paling murah.

The Arifs first time naik ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2. 

Kos tiket ERL pula RM 25.60, utk kami 4 orang ( 2 dewasa , 2 kanak-kanak) trip 2 ways. Huda beli melalui apps KLIA Ekspres untuk dapatkan diskaun 10% . ( yes, benda boleh jimat, kita jimat okay! ) 

KLIA2 - Langkawi 
Sampai KLIA2 dalam pukul 5.45 am. Terus menuju ke gate. ( Time ni, suami tersilap baca nombor gate, sebab route sama, cuma berbeza timing . Fuh berpeluh jalan ulang alik sebab salah gate. huhu.. so korang check no flight dan no gate betul-betul. KLIA2 banyak giler gate ) . Dah sampai gate yang betul baru lah pergi solat subuh. 
Flight kami 7.30 am. Dalam pukul 6.55 am tu dah boleh masuk flight. Okay nak share sikit details tiket yang huda beli ni.  As usual, huda memang budget setiap kali travel, memang akan usahakan dapatkan rate paling murah. Tiket flight ke Langkawi ni huda beli tahun lepas time Air Asia buat sale. RM 12 jer sehala. So total tiket kami 4 beranak pergi balik cuma RM 96.00 sahaja. 

A week before fly, baru huda add on makanan breakfast dalam flight. Risau anak-anak lapar nanti. First time naik flight awal pagi. 



Chicken& Cheese Sandwich RM16.96 ( 2 Set) 



Flight amik masa sejam 1 jam 5 minit. Alhamdulillah 8.40 am dah sampai Langkawi. 
Sampai airport terus pick up kereta sewa. Huda tempah kereta sewa melalui Shopee. Boleh klik sini untuk tempah kereta sewa di Shopee. 

Kos kereta sewa 3 hari 2 malam di Langkawi = RM 180 ( 48 jam Rate RM 70x2 , add on extra hour 4 jam RM 40 , so total RM180 ) 

Lokasi yang kami kunjugi adalah Perdana Quay Marine Park. Stay tuned next entry huda share pengalaman di sini. ( complimentary tickets as blogger ) 


Check in Hotel 1 - Bayview Langkawi 


Huda pilih hotel ni sebab nak bilik facing direct Maha Tower. 
Nak share sikit tips tempah hotel di Bayview Langkawi ni.. Korang book direct di website, daftar member masukkan kod untuk diskaun 10%. Berbaloi sangat huda order Premier Seaview King siap breakfast sekeluarga kos RM 205.00 sahaja! Nanti next entry huda sharing detail hotel review yer..stay tuned!

Dinner 

Pasar Malam Pekan Kuah . Dekat jer dengan hotel , 3 minutes drive, or 7 min walk. Bawa anak-anak , drive je lah. kalau berdua memang kami dah menapak jer dari hotel ke pasar malam. 
Kos food hunting dalam RM 50 

Summary Day 1 
ERL Salak Tinggi - KLIA2-Langkawi Aiport- Perdana Quay Marine Park - Bayview Hotel Langkawi-Pasar Malam Pekan Kuah 
Total Kos : RM 573.56 


Day 2 

Family kami memang morning people, so bangun pagi lepas subuh memang dah start berjalan. Pukul 7pagi dah keluar hotel pergi ke Dataran Lang. Tempat ikonik Langkawi, trademark yang wajib singgah. kami pilih waktu pagi sebab nak elak ramai orang. Alhamdulillah, memang heaven sebab just 4 of us jer pagi ni. Bergambar lah sampai puas. Anak-anak lah tak larat nak posing dah , hehe...
Bergambar di Dataran Lang 

Lepas bergambar, terus balik hotel untuk buffet breakfast. lepas makan terus ke next tentative day 2.

Parasailing ( 10.30 am) 
Booking online jer , dapat rate online RM 120 per person. Total kos parasailing dengan encik suami RM 240. Korang boleh juga tempah melalui Shopee. Fuh dasar shopee ambassador, semua benda nak beli kat shopee,haha.. Nah klik jer link ni nak booking parasailing di Shopee

Shopping Minyak Gamat 

RM 50 jer spend kat sini, beli minyak gamat dan balm untuk goodies balik kampung. beli sikit jer sebab takde budget pun actually nak shopping , plus payment job semua pending tak masuk-masuk..sob..sob.. tak boleh nak shopping di langkawi.. ( guess what, touch down jer KLIA, berdesup payment job masuk, sabo jer lah.. saje jer tak bagi shopping sakan kat sini tau!) 

Underwater World 

Sebelum masuk Underwater world, ada Mcd area sini, so lunch. Total makan McD kat sini RM 40

Beli tiket online di Shopee. Beli 2 jam sebelum pergi. Beli dengan Seller ESN Travel. Laju servis dia. Total kos masuk underwater world 2 dewasa 2 kanak-kanak RM102.60 . Nanti next entry huda share details tentang pengalaman bawa anak-anak ke Underwater World.

Fireshow di Pantai Cenang
Tempat duduk , tikar dan beanbag free jer, tapi wajib order air di sini 2 cawan , kos RM 30. Okaylah sekali sekala kan.. just enjoy the moment. kami lepak di sini dari petang sampai ke malam. 


Check in Shell Out Beach Resort Pantai Cenang 
Booking dengan AGODA - kos 1 malam RM 91.31 untuk standard room. Next entry huda share pengalaman stay di sini. 



Dinner di Shell Out Pantai Cenang 

Kos makan di sini RM 80.90. Sedap sangat, nanti nak repeat lagi bila datang Langkawi...

Summary Day 2
Hotel Bayview - Dataran Lang- Pantai Cenang
Total Kos : RM 634.81


Day 3 


Check Out Shell Out Beach  Resort 
Sebelum check out light breakast dulu. Beli roti gardenia di kedai depan resort dan buat air nescafe panas yang di sediakan dalam bilik. Pagi ni total kos duit keluar shopping roti etc RM 15.


SkyCab Langkawi 

Malam sebelum pergi  naik skycab baru huda beli tiket. Risau beli awal-awal kalau cuaca tak okay nanti burn pulak duit. So lepas tengok weather forecast, terus beli di Shopee sebab nak jimat. Korang boleh beli dengan seller ni Golden Eagle Langkawi. laju jer dia reply walau huda beli time ni dah nak tengahmalam. Total harga tiket RM 146.00 


Bergambar di 3D Art di SkyCab Langkawi 

Lama juga masa perlu di luangkan di sini, sebab banyak tempat nak cover. Kami datang seawal pukul 9 am sampai pukul 1 pm pun agak rush nak cover semua. Tu pun dah skip naik skyglide, skybridge dan skytrex. Memang rasa kena repeat lagi datang sini.  Exit skycab terus masuk kedai coklat tau. Tershopping lah juga sampai RM 90. 

Sebelum pergi airport, singgah petronas untuk isi minyak kereta, masa dapat kereta hari tu full tank, so masa pulang pun full tank. Set up dalam settle untuk full tank. Bila check Setel tolak RM 28.88 jer. So kos minyak untuk trip langkawi kali ni cuma RM 28.88 sahaja. 

Laksa Ikan Sekoq Tepi Aiport 
Sempat singgah lunch di sini. Huda order laksa , suami order pasemboq dan anak-anak makan mee goreng dan cucur udang. Total kos makan sini RM 33.60 

Sampai KLIA2 terus naik ERL ke Salak Selatan
Kos parking kereta 3 hari 2 malam ( Start 5 am 6 Julai sampai pukul 6 petang 8 Julai 2022 ) : RM 19 

Summary Day 3
Pantai Cenang- SkyCab - Langkawi Airport- KLIA2 
Total Kos : RM 332.48 

Total Kos 3d2n : RM1540.81 

Semoga sharing #TripLangkawi2022 huda kali ni bermanfaat untuk korang yang merancang nak bercuti ke Langkawi. 

Owh ya, korang boleh check di FB SkyCab Langkawi, tak silap diorang yearly closure tau bulan ni sampai bulan depan. Rezeki huda pergi sebelum diorang close. kalau pergi time yearly closure diorang, nangis bucu katil..huhu,datang jauh2 kan.. Apa-apa pun, semoga Allah permudahkan segala perancangan #CutiCutiMalaysia korang. 


Jumpa lagi di entry akan datang! Thanks sudi singgah baca dan tinggalkan jejak korang =) 















Post a Comment

15 Comments

  1. Lamanya tak ke Langkawi. Thanks Huda share info

    ReplyDelete
  2. Syiok jalan langkawi. Nanti nak repeat lagi ke langkawi. Nak pergi Eco Marine pulak

    ReplyDelete
  3. Memang rindu sungguh nak ke Langkawi... Makanan & jalan2 kat langkawi, memang best!!!

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh bestnya ada pengalaman naik parasailing tu. Nak try tapi gayat haha. Syok ya dapat makan laksa ikan sekoq!

    ReplyDelete
  5. Arghhh bestnya dah ke Langkawi lepas pandemik ni. Saya ada plan nak kesana. Tapi banyak pula urusan. InsyaAllah one day. Hehehe. Anak dah besar ni lagi syok bawa berjalan. hehe

    ReplyDelete
  6. lama x ke langkawi.. rindu dengan masakan lokal dan keindahan pantainya

    ReplyDelete
  7. dah lama xpergi langkawi. best dapat jalan2 kat sana sambil shopping sekali..hehe

    ReplyDelete
  8. Renyah juga ya. Kalau gitu, saya kena tunggu anak bongsu besar dulu

    ReplyDelete
  9. Bestnya pergi Langkawi, siap dapat tiket murah lagi tuh..Memang rezeki. Masuk list next destination pula, thanks for sharing Huda.

    ReplyDelete
  10. Ohh wow... Siennylovesdrawing gonna look out for cheap air fare to fly to Langkawi, miss my time there especially duty free shopping;) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. Seronoknya pergi Langkawi. iena tak pernah ke Langkawi lagi hehe. Nak pergi tak pergi2 lagi sibuk sangat

    ReplyDelete
  12. Rindu juga nak go back to Langkawi, the last time i was there was like 2 years ago

    ReplyDelete
  13. Langkawi memang best Tahun lepas sempat join Fam Trip ke sana, banyakt empat juga sempat singgah :)

    ReplyDelete
  14. Info baru ni, baru tahu boleh book kereta sewa daripada Shopee. Macam-macam ada.

    ReplyDelete
  15. Kalau ke Langkawi, 3 hari tu pun tak cukupkan, dulu Sis pi 5 hari, baru puashati, tapi nampak itteenery Huda, best betul, padat...

    ReplyDelete