Pengalaman Naik Kapal Terbang Dari KLIA2 Ke Langkawi





Pengalaman Naik Kapal Terbang Dari KLIA2 Ke Langkawi |
Bermula 1st flight The Arifs tahun 2016, kemudian 2017 dan tahun-tahun berikutnya semuanya fly dengan Air Asia sebab tiket murah ya amat, lebih murah dari naik bas, naik kereta pandu sendiri. Pernah tahun bila entah tak ingat, huda tak bayar langsung tiket, free tiket hasil kumpul points. So korang jangan fikir, huda berbelanja banyak setiap kali travel, huda sangatlah berkira budget okay! 

Bagaimana nak Jimat Dengan Tempah Tiket Air Asia?

Penat juga nak cerita bila orang tak percaya huda pergi Langkawi satu family , kos tiket flight tak sampai RM 100 pun pergi balik.. Nah buktinya 


RM 12 x 4 Pax x 2 way = RM 96.00 

Perasan tak ada deduct loyalty point sebanyak RM 5.97 di situ? Tu lah point huda sempat kumpul last year, dan redeem time bayar tiket flight Air Asia. Huda kumpul point biasanya guna kad Big Pay ni jer. Kalau korang nak buat kad Big Pay, boleh klik DI SINI dan jangan lupa apply KOD ZBV7NTBFNV untuk dapatkan RM 10 percuma! 




Breakfast di Atas Awan

A week before fly, baru add on breakfast untuk anak-anak . Diorang first time naik flight awal pagi, so kena stand by makanan untuk diorang in flight. Beli awal lebih jimat tau. Set sandwich ni siap dengan air, huda order 2 set kosnya cuma RM 16.96. 

Stress Air Asia selalu cancel flight? 

Bagi huda lah, ianya sebagai advantage! Dah bertahun fly dengan Air Asia, reschedule sudah biasa, yang penting jangan gelabah okay! Benda boleh buat bincang kot.. hehe.. 

Kenapa huda kata advantage? Sebab bila kita nak grab promo harga tiket murah, biasa memang timing dia , weekdays, bukan cuti sekolah dan etc. Namun bila Air Asia cancel flight kita, kita boleh nak reschedule ikut masa kita nak pergi tak kisah bila date yer asalkan ada kekosongan. Kalau cancel flight, tak nak fly boleh jer request credit. Hari tu huda pernah tersilap beli tiket, doa sangat cancel flight yer boleh la request credit. Rezeki flight yer cancel, so terus huda request credit AA dan boleh guna untuk beli tiket yang lain. 

Tak silap tahun lepas last dapat promo RM12 untuk tiket AA, lepas ni paling murah pun RM 24. Kira double dah lah. Takde dah tiket nak bercuti below RM100 dah lepas ni..huhu.. 

Al-kisah tiket pergi Langkawi ni pun AA reschedule jugak tau, tapi huda okay jer. Date sama cuma timing lah berbeza. Its okay, malas nak stress, just go with the flow, dan percaya Allah is the best planner. 


Tip Parking Murah KLIA2 

Gigih pukul 5.30 pagi tunggu ERL dari Salak Tinggi menuju ke KLIA2 semata-mata demi parking murah! Tiket ERL beli di Apps KLIA Transit , dapat 10% discount. Total tiket pergi balik Salak Tingg-KLIA2 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak RM 25.60 . 


Parking di ERL KLIA Transit Salak Tinggi , berbumbung dan ada guard 24 Hour.

Rate Parking ERL Salak Tinggi Vs LTCP KLIA2 


Actually huda ada 2 option sama ada nak parking di ERL dan naik train atau parking di LTCP dan kena baik bas ke KLIA2. Selepas banding beza harga. maka pilih parking di ERL sahaja. 

Rate Parking di ERL Salak Tinggi  . Huda parking 3D2N kosnya RM19 sahaja 
Ini pula kos parking di LTCP. Tak pasti parking di sini jenis open ke berbumbung. Tak pernah ada pengalaman parking di sini. 

Naik ERL dalam 10 minit kemudian sampai KLIA2. Jalan dalam 10 - 15 minit juga lah nak sampai gate departure. Baru lah travel vibes kan, pagi-pagi dah berpeluh berjalan. hehe.. Semuanya berbaloi demi view ini....

6.55 am dalam flight. Take off pukul 7.30 am . So dok dalam flight dari langit belum cerah sampai lah cerah macam ni...


hajat di hati nak tengok matahari terbit dari atas awan. Tapi seat huda bukan menghadap matahari. so nampak reflection sunrise jer, its okay. Ada lah tu rezeki next time. InshaAllah. 


Lepas turun flight terus pergi dapatkan kereta sewa yang ditempah di Shopee. Korang boleh baca itinerary huda holiday 3d2n di Langkawi DI SINI. 

Masa nak balik ke KL dari Langkawi, jauh pulak plane yer parking.. Jauh berjalan dengan panas dan bawa backpack. Harap lepas ni airport ni buat 2 tingkat..leceh kan kalau aiport setingkat ni jer.. 


Can u imagine, parent yang ada anak kecil, kena tolak stroller plak tu nak naik flight. Atau warga emas.. Yup ada portable lift juga di sediakan untuk mereka yang memerlukan.. Time ni pukul 3.30 petang, agak panas cuaca. 

Alhamdulillah , percutian 3 hari 2 malam di Langkawi berjalan lancar seperti yang di rancang. Next entry huda share hotel dan resort yang kami menginap sepanjang di Langkawi. Stay tuned.. 

Post a Comment

0 Comments