Nikmati Kulit Cerah Berseri dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty



Siapa yang tak kenal produk SAFI. SAFI adalah jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia. Terkini SAFI memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan wanita yang menghadapi masalah kulit gelap dan tona tidak sekata.


SAFI FAIR BEAUTY


Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Apa itu Teknologi BIO.Fairness?

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu dibawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV! 

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas. 

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja! 


Nikmati Kulit Cerah Berseri dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty 

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu yang dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness memberi 8 manfaat :-  

· Mencerahkan kulit 

· Menyamaratakan tona kulit 

· Kulit berseri merah jambu 

· Mengawal pengeluaran minyak berlebihan 

· Memberi perlindungan UV 

· Melembutkan dan menghaluskan kulit 

· Melicinkan kulit 

· Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit


Produk SAFI Fair Beauty 



Jom berkenalan dengan “3 beradik” penyeri wajah, pelengkap harian anda!


Dia si ayu penuh keyakinan 

Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah pertama untuk keyakinan dirimu.Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri. 

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser 

Saizpek: 50g/100g 

Harga: RM5.75/10.20

Dia si cantik penuh kemanisan 

Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.



2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream 

Saizpek: 50g/80g 

Harga: RM8.15/11.45

Dia si comel penuh keceriaan 

Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan.Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).


3.SAFI Fair Beauty BB Cream 

Saizpek: 40g 

Harga: RM8.15

Dengan harga yang mampu milik, kini semua gadis boleh menikmati kulit cerah berseri! 
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI. Sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Safi Fair Beauty 31 Day Challenge 



Day 1 - Kulit kusam, tona tak sekata.... nak posing tengok kamera pun malu . Kurang keyakinan diri sangat masa ni.

Day 31 - Selepas sebulan, huda sangat puas hati dengan keberkesanan Safi fair beauty yang terbaru ni.  Sangat berkesan dan serasi dengan kulit wajah huda. Wajah lebih berseri dan cerah. Suami pun puji. =)

Huda dah try, korang bila lagi??

Post a Comment

18 Comments

azlina_ina said…
woww..serasi dengan huda yea.Baguslah ni. Halal dan suci itu yg penting
cre8tone said…
syok nya dapat unbox semua product yang menjadikan kulit cerah... such a lovely set of products.. must b very nice..
3 set yang lengkap .
Dari cleanser , cream @ bb cream . Harga pun murah2
Rawlins GLAM said…
Patut la berseri - rupanya ini rahsia seri wajah ye. Kalau dapat yang serasi dengan diri, memang best. Kulit Rawlins pun jenis sensitif, so terpaksa memilih bila mencari untuk kulit wajah. SAFI pun semakin maju sekarang dengan pelbagai inovasi.
wow this your secret of being stay beautiful? hehe.. skincare is important for us, gonna check out this range.
Suria Amanda said…
Product Safi memang sesuai untuk semua jenis kulit..paling suka BB Cream dia..eh dh bbanyak product under safi kan..x lama lagi nak keluar collagen drink plak..ke mememang dh ada?
adianiez AIDA said…
safi ni memang bagus. trusted brand. sgt yakin dgn safi.
bukan skincare nyer aje aida pernah pakai, now masih pakai body shampoo dan hair shampoo.
anak la yg masih pakai one of safi's skincare. for remaja.
aida da remaja tua, terpaksa pakai utk remaja tua lah :) ha ha ha ha.
Syaza Redzuu said…
Safi bagus jugak. Hehe. Tapi SR pakai neutrogena. heee. Nice entry sis!
Hanny Abdullh said…
Produk safi mmg produk yg dipercayai zaman berzaman. Dulu pernah gak try safi ni..tapi dh lama stop. Ingat nak start baliklah gunakan safi ni..tgok dh mcm2 ada
Abby Onety said…
Ternyata banyak ya manfaat dari pada SAFI Fair Beauty ini. Gk salah klo produknya sudah terpercaya dari jaman ke jaman.
apekinahdotcom said…
Kinah guna produk safi ni sejak zaman sekolah lagi. Sekarang ni dah macam-macam produk keluaran safi dan salah satunya safi fair beauty. Kinah pun ada juga guna rangkaian ni dan memang nampak perubahannya.
MaisarahSidi said…
Safi semakin ke depan dengan teknologi barunya. Suka pula dengan produk yang ini, banyak manfaat yang akan dapat daripadanya. Harga pun sangat-sangat mampu milik.

www.maisarahsidi.com
Produk Safi memang best, sejak dari zaman sekolah memang guna produk Safi, macam mana dengan kempen cabaran 31 hari ada perubahan tak?
JMR said…
Brand SAFI ni memang lejen..dari dulu lagi kan..skang ni lak makin banyak produk dihasilkan..ramai gak review cakap best.
Qeela said…
waa mcm best jee product bru dari Safi ni! cantik jee nmpk kulit, cerah dan sekata. Safi ni antara brand legend kat drugstores kan, tak ragu-ragu klau nk cuba.
penaberkala said…
Safi nI femes sejak dulu sampai sekarang. Harga dia pun mampu milil, lagipun produk dia bagus untuk penjagaan kulit wajah. No wonder ramai orang suka dengan produk safi
Zharif Azis said…
safi nie produk yg dah lama berada di pasaran. walaupun dengan kebanjiran produk terkini, tapi safi tetap bertahan. ini menunjukkan produk safi berkesan dan mempunyai pengguna yg ramai
Alia Farhan said…
Wow terbaik lah safi ni..makin macam2 range produk diorang sekarang eh..yg penting poket x rabak dgn harga yang ditawarkan