Kadar Tol Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
Assalamualaikum. Huda tengah buat budget kewangan untuk ke Kuala Lumpur beberapa hari lagi. Sebenarnya banyak kali dah kira-kira, tapi selalu terlupa juga berapa kadar tol Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
Jarak Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang 449km dan mengambil masa 4 jam hingga ke 5 jam perjalanan.
Alhamdulillah, sejak ada LPT2 ini, perjalanan ke Kuala Lumpur makin cepat berbanding dulu, terpaksa lalu jalan kampung dan banyak traffic light, memang makan masa juga.
Jadi, makin cepat perjalanan, ada kos yang perlu dibayar.
Terdapat 3 bayaran tol yang mesti di bayar untuk Kuala Lumpur.
1) Tol LPT2 ( Kadar Terkini Tahun 2020)
Huda bergerak dari tol Kuala Terengganu dan keluar di tol Karak
Kos tol yang perlu di bayar = RM 39.24
Jika nak jimat, bawa bekal awal-awal tak payah singgah makan di RnR. Sampai KL nanti baru cari makanan yang sedap-sedap yang tiada di Kuala Terengganu. ( Haish..rindu plak nak makan kat IKEA sambil tu shopping =)
Post a Comment