Pengalaman Naik ETS Ke Ipoh Dari KL Sentral | Alhamdulillah, kami berjaya cipta memori baru lagi tahun ni. Naik kapal terbang sudah, road trip sudah berjuta kali, so kali ni huda pilih naik ETS bersama anak-anak ke Ipoh Perak! Jom baca pengalaman kami naik ETS dari KL Sentral
Pengalaman Naik ETS Ke Ipoh Dari KL Sentral
Pembelian Tiket ETS Melalui Apps & Grab Diskaun!
Pembelian tiket boleh di buat secara atas talian >> https://online.ktmb.com.my/ << atau korang install Apps KTM .
Actually idea nak naik ETS ni tercetus bila nampak promo diskaun dari KTM . Tanpa fikir panjang, 3 bulan sebelum birthday Arif Haikal, huda beli tiket ETS ke Ipoh. Dengan aim utama nak bawa anak-anak pergi Lost World of Tambun. Lepas tolak diskaun total kos tiket ETS Gold Class ke Ipoh untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak adalah RM69 sahaja! Murah kan?
Harga tiket asal untuk dewasa RM 37 , dan untuk kanak-kanak RM 23.00 .
Untuk tiket balik, huda beli Silver jer sebab kod diskaun hanya boleh guna sekali sahaja. Masa beli fikir nak jimat jer, sampai tersalah tengok AM/PM. Huhu, terbeli tiket balik KL pukul 5 am dari Ipoh! dan huda perasan timing tiket balik masa nak boarding berlepas ke Ipoh dari KL. So kena decide terus nak balik nanti macamana, adakah nak redah jer awal pagi atau refund tiket dan beli tiket lain. Lepas discuss dengan suami, huda pun minta refund melalui apps untuk cancel tiket balik pukul 5 am. Nak beli semula tiket ETS yang baru semua tiket dah sold out. Maka terpaksa lah naik bas jer.. So jadinya trip ke Ipoh kali ni, pergi naik ETS, balik naik bas...
Refund dapat 50% jer..huhu melayang duit. konon nak jimat, sekali kena keluar kos last minit beli tiket bas...huhu
Bersangka baik dengan aturan Allah..kadang-kala kita mungkin kita buat kesilapan namun ianya adalah terbaik, sebab rahsia masa depan yang bakal berlaku esok lusa semuanya didalam genggaman Allah.
Sedih takde gambar ketika ETS sampai di KL Sentral dan ketika di KTM Ipoh. Honestly on the date naik ETS pergi Ipoh tu dok kalut tengok phone jer nak beli tiket bas balik KL. Spoil betul mood time tu..
Okay huda nak share flow naik train ETS dari KL Sentral.
Stesen ETS tak sama dengan stesen komuter yang biasa naik kalau nak pergi MidValley tu tau..
Sebab ni first time, huda terus tanya kaunter KTM di ground floor, staff kata kena naik level 1. So naik ke level 1 dan jumpa kaunter KTM dan tunjuk tiket, dan kami diarahkan menuju ke gate B. kami sampai 45 minit awal dari train berlepas. 15 minit sebelum train berlepas baru boleh masuk ke train.
Stesen ETS tak sama dengan stesen komuter yang biasa naik kalau nak pergi MidValley tu tau..
Sebab ni first time, huda terus tanya kaunter KTM di ground floor, staff kata kena naik level 1. So naik ke level 1 dan jumpa kaunter KTM dan tunjuk tiket, dan kami diarahkan menuju ke gate B. kami sampai 45 minit awal dari train berlepas. 15 minit sebelum train berlepas baru boleh masuk ke train.
Sebab guna phone survey tiket bas nak balik KL, langsung tak amik gambar di KL Sentral..
Mujur ada juga kenangan dalam train ETS untuk kenangan kami.
kemudian mama pulak duduk dengan papa. Senang nak borak dan bincang planning trip ke sana sini. |
Half way perjalanan si adik mula cakap dia lapar. So huda bawa dia ke gerabak yang ada jual food.
Tak banyak choice pun food kat sini, ada lah sandwich boleh lah buat alas perut si adik ni.. RM4.80 untuk cheese egg sandwich .
Tak banyak choice pun food kat sini, ada lah sandwich boleh lah buat alas perut si adik ni.. RM4.80 untuk cheese egg sandwich .
Coffee time in rainy day....
Mahal moment ni.... priceless.. bila dapat hidu aroma kopi dan enjoy view dan rintik hujan...
After 2 hours and half, Ipoh here we came! Sampai stesen KTM Ipoh, terus tempah grab menuju ke Lost World of Tambun. Sampai Ipoh, terus huda fikir nak makan apa? Sebab dari KL makan light-light jer sebab simpan perut nak JJCM Ipoh! Kawan ada suggets Cafe Hipster dan restoren dimsum di Ipoh yang wajib try! Fuh tak sabar!!
Stay tuned for next entry- 2D1N Staycation at Lost World of Tambun!
Stay tuned for next entry- 2D1N Staycation at Lost World of Tambun!
0 Comments