Seawal 6.30 pagi huda dah bersiap masukkan barang ke dalam kereta. Biasalah, nak melayan drama anak pagi-pagi, sampai pukul 7.30 juga lah baru bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Hulu Besut.
Tema birthday holiday Arif Haikal -3 years ni adalah CLOSE TO NATURE. Huda bawa Arif kenal keindahan Alam Semulajadi.
Lokasi pertama kami adalah Bersantai di La Hot Spring , Besut
Kemudian, Belanja Arif makan lunch, favourite food dia, nasi ayam
Lokasi pertama kami adalah Bersantai di La Hot Spring , Besut
Kemudian, Belanja Arif makan lunch, favourite food dia, nasi ayam
Lokasi hari kedua ini, memang ikut tema habislah. Kali pertama bawa Arif pergi teroka Gua yang terletak di Pantai Bukit Keluang
Semalam bermalam di bandar Jerteh, hari kedua ini kami memilih untuk bermalam ni Tanjung Demong Beach Resort yang terletak berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang.
Aktiviti Arif petang ini adalah Bermain di swimming pool di Tanjung Demong Beach Resort
Hari ketiga ini, masing-masing letih bermain semalam. Kita terus drive balik ke Kuala Terengganu dari Kuala Besut. Kami lalu jalan pantai, sepanjang perjalanan memang cuci mata tengok laut yang sangat cantik.
Kami singgah makan di Tanjung Ketapang.
Belanja Arif makan favourite food dia "cruchcy". Itu gelaran Arif untuk Ikan Celup Tepung.
- Food Review : Firdausy Seafood Corner, Tanjung Ketapang, Belakang Airport Kuala Terengganu.
- Food Review : Firdausy Seafood Corner, Tanjung Ketapang, Belakang Airport Kuala Terengganu.
Alhamdulilah, 100% plan birthday holiday Arif terlaksana dengan jayanya! Huda puas hati tengok Arif enjoy 3 hari holiday ini. InshaAllah, next month birthday holiday untuk adik Arif Hakim pula. Best yer holiday!

0 Comments