Food Review : Satay Tok Abah di Jerteh

Petang hari ini tekak rasa nak makan Satay. Huda dan keluarga menginap di hotel di bandar Jerteh, maka nak makan satay berhampiran Jerteh sahaja. Search di google maps jumpa pun kedai jual satay area Jerteh.


Ni hasil google di google maps. Dah jumpa terus tekan "navigate" dan google map bawa huda sampai ke lokasi kedai satay. 


Namun, sedihnya. Kedai Kak Nah Satay belum buka lagi. Nak tunggu entah pukul berapa kedai ini buka. 

Maka misi mencari satay di teruskan. Drive ke depan lagi dan ternampak banner SATAY TOK ABAH. 

Alhamdulillah, kedai ini buka! Syukur , Allah perkenankan hajat nak makan satay hari ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Lokasi Satay Tok Abah ini terletak bersebelahan Amin Ikan Bakar. Masa huda pergi ni, kedai makan ni tutup.


Ini dia satay TOK ABAH. Harga satu cucuk 70 sen. Kami order 20 cucuk, makan anak- beranak. 



Suka tengok Arif makan satay banyak hari ini. 

Review huda, satay Tok Abah ini sedap, cukup rasa , kuah kacang sedap cuma satay daging agak liat sedikit. Overall oklah makan satay di sini.

Sekian coretan cerita huda kali ini. Pesanan huda bila kita makan satay jangan lupa makan sekali timun tau, sebab kita kena seimbangkan makan daging serta sayuran dalam satu hidangan.



some_text

Post a Comment

0 Comments