Food Review : Nasi Ayam Hainan, Jerteh

Ini kali pertama huda ke Bandar Jerteh. Ikut en.suami yang ada urusan bertemu customer beliau di sini. Ok, bila sampai Bandar Jerteh ini, misi huda cari kedai makan yang best di mata. Huda tertarik dengan Signboard Kuning Nasi Ayam Hainan di Jerteh ini, dan huda terus terjah ke sini.
Masuk sahaja ke dalam kedai, survey menu dan harga makanan yang dilekatkan di dinding kedai. 
Kedai makan ini juga bersih dalam GRED B, ok la tu kan.
Bukan sekadar nasi ayam sahaja, ada mee, rojak, dan juga western food di Kedai Nasi Ayam Hainan ini. 





 Puas belek menu, huda pesan set nasi ayam hainan roasted dan free air sirap.harganya cuma RM5.50.

Nasi ayam di sini, di jamu dengan sayuran taugeh bukannya salad dan tomato seperti di kedai nasi ayam yang biasa huda makan. Ada keunikan di kedai Nasi Ayam Hainan di Jerteh ini.



 Ok, selesai makan sepinggan nasi ayam di sini, huda bagi 3 bintang.

Ayam terlalu kering, dan kuah kicap terlalu masin. Huda memang kurang gemar makanan yang masin-masin sangat ni. Sayur taugeh pun macam overcooked.

Sekian food review huda kali ini. Lain kali huda kongsi lagi food review di tempat lain pula. Jika anda berkunjung ke Jerteh, boleh la singgah makan di kedai Nasi Ayam Hainan, ada pelbagai pilihan dan harganya pun berpatutan.
some_text

Post a Comment

0 Comments