Keadaan dalam bilik yang luas. Rate bilik standard RM148.00
Si Arif Haikal, masuk jer bilik, sibuk main telefon. Call sapa entah.
Kemudahan asas dalam bilik. TV, Kettle dan tea set.
Review untuk makanan breakfast di sini adalah biasa-biasa sahaja. Ada toast, bubur nasi, nasi goreng, mee goreng dan kerepok. Mungkin weekdays, tak ramai orang, air oren pun di hidang didalam jug sahaja. Air panas teh dan kopi serta susu segar juga turut di sediakan.
Overall Tanjung Demang Resort ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bercuti bersama keluarga. Jarak ke Pantai Bukit Keluang pun dekat, dalam 5 minit drive. Kedai makan pun banyak terdapat berhampiran resort.
Apa yang paling penting, huda enjoy bawa anak-anak bercuti dan bermain air di sini sampai 2 jam berendam, hehe.
Aksi Arif Haikal buat gaya jellyfish. Mesti terpengaruh dengan cerita Hi-5 la ni. Muka adik Arif Hakim kebosanan, dia kepenatan main splash-splash air la tu.
Ini Website resort untuk lebih info : http://dbr.com.my/
Sekian coretan ceritahuda kali ini. Luangkan masa bercuti bersama anak-anak, nanti mereka dah besar, dah sekolah, mesti susah nak bercuti hari weekdays.

0 Comments