Bersantai di La Hot Spring , Besut.

11:28 am
Kali pertama bawa Arif bersantai di La Hot Spring yang terletak di Hulu Besut Terengganu. Huda sekeluarga bertolak dari Kuala Terengganu pukul 7.30 am dan selamat sampai di La Hot Spring pada pukul 9.30 am.


Masuk ke La Hot Spring ini adalah PERCUMA.

Huda parking kereta berdekatan dengan deretan Chalet di terdapat di sini.



Ini pintu masuk ke Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring.


Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai mainan dan makanan. En. suami beli bola RM 4 untuk anak-anak main di kolam.



Jom cuci mata tengok persekitaran semulajadi di sini yang mendamaikan dan menyegarkan. 






Kolam Air Panas untuk Wanita.

Namun malangnya, kolam ini sudah tidak beroperasi lagi.Sayangnya yer kan?





Reminder penting untuk pengunjung yang ingin mandi di Kolam Air Panas.




Banyak family datang dan berpiknik dan bakar ayam BBQ. Sedapnya, kami amik bau sahajalah. Hehe.....
 


Kolam Air Panas yer agak penuh ketika huda sampai, dan huda rasa kurang selesa nak anak-anak bermain dalam kolam.

Huda bawa anak-anak main di tepi sungai yang mengalir yang terdapat di sini.

Seronok tengok Arif dan adikknya, Arif Hakim enjoy main air di sini.

Air sungai agak sejuk, kasihan pula nak biarkan adik Arif Hakim berendam lama di sini.





Huda pun berjalan menyelusuri sungai yang cetek menuju ke kawasan kolam air panas.

En.suami berendam bersama adik di bawah air terjun kolam air panas. Memang Nampak berasap air di batu-batu di air terjun ini.



Menurut cerita adik ipar huda yang pernah berkunjung di sini, jika menaiki tangga ini ke atas, akan jumpa air terjun. Tapi en.suami kata tak sesuai nak bawa anak-anak naik atas. Cukup sekadar main air di bawah ini sahaja.



Setelah hampir sejam lebih anak-anak bermain air, kami pun pergi bersihkan diri di bilik air berdekatan dengan sungai tadi.

Jom kita balik!


Sebelum balik, huda singgah di gerai makcik jual rambutan. Nampak rambutan fresh memang tak tertahan rasa nak makan. Huda bayar dengan rasa terkejut sebab murah sangat rambutannya! Seikat yang besar tu cuma RM3.00 sahaja! Huda bawa balik ada kot berat dalam 2kg++




Alhamdulillah, selesai misi pertama huda hari ini, bawa anak-anak ke La Hot Spring untuk kali pertamanya! Insha Allah, ada rezeki kita datang sini lagi

Sekian coretan ceritahuda kali ini. Jom luangkan masa anda datang ke sini, nikmati keindahan alam semulajadi bersama orang tersayang.

No comments:

Powered by Blogger.