Berbaloi Daftar Jadi Member Kenny Rogers !

Alhamdulillah, semalam hajat huda nak belanja encik suami makan sempena birthday dia tercapai. Ikut hati nak bawa The Arifs sekali, tapi sebab budak-budak tak boleh lagi nak masuk mall, maka huda dan suami jer lah keluar dating makan berdua. Huda minta suami pilih mana lokasi restoren dia nak makan , dan Kenny Rogers Roaster menjadi pilihan. Dah lama sangat kami tak makan kat KRR ni, last tahun lepas.


Belek-belek menu dan juga poster promosi atas meja, tertarik nak daftar jadi member KRR ni. Harga kad lebih berbaloi ni, kalau makan saja jer dah lebih RM 50++ . Tanpa buang masa, terus cakap dengan staff KRR nak daftar jer lah member dan redeem free buy 1 free 1 ni.


Alhamdulillah, murah rezeki nak belanja birthday boy . Bayar hanya untuk satu meal set sahaja dan dalam kad KRR ni ada balance lagi duit. Memang berbaloi dan tak rugi lah daftar jadi member KRR ni.

Bayar RM 50 untuk aktifkan kad. Value RM 50 ada dalam kad. Huda bayar guna kad big pay, sambil berbelanja sambil kumpul bigpoints. 


Konsep member kad KRR ni macam kad prepaid, kita reload dalam kad ni dan bayar guna duit dalam kad ni. Semalam total huda makan RM32.40.  Ada baki RM 17.60 yang boleh huda gunakan untuk pembelian akan datang. Payment pun cashless. Memang ikut trend terkini kan..


Next time akan datang sini lagi, redeem free gift birthday huda pula dan dapat Free Meal yang sama macam kami makan. Quater Chicken Delight Meal.


Lengkap dengan sup ayam yang sangat sedap , dan 3 side dish pilihan hati dan juga kek muffin. Air jer lah kena add on sendiri. Kami pilih amik air zero kalori jer bila makan kat luar, sebab main dish beratus-ratus kalori dah... Makan ni kenyang sangat!



Berbaloi sangat daftar member Kenny Rogers ni. Jadi kalau korang nak makan kat sini, daftar jer member terus yer. Banyak benefit antaranya monthly promo free products, birthday treats dan juga boleh kumpul point. 




Alhamdulillah, kami berdua sangat puas hati dapat tunaikan hajat nak makan KRR di KTCC Mall yang sangat best sebab makan sambil layan view laut. Takkan ada kat KRR branch lain kot. hehe...


sekian coretan hari ni. Sempena birthday encik suami, doakan beliau sentiasa murah rezeki dan panjang umur serta sihat selalu. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi doakan, semoga malaikat mendoakan korang.



12 comments:

  1. Ada expired date ke kad tu? Kak Huda pergi KR mana? Cantik pemandangan.

    ReplyDelete
  2. Ala...lama dah tak pekena Kenny Rogers. Tertelan air lior dah ni

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya. Kat sini takde kenny rogers. Huhu

    ReplyDelete
  4. Nad pun dh lama tak makan krr.. Wah bgus juga jafi ahli erk

    ReplyDelete
  5. Wah best ada banyak rewards for KRR members

    ReplyDelete
  6. lama x makan KRR, suka muffin dia jugak...bestttt

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak makan kenny ni. Sedap

    ReplyDelete
  8. Lepas lama xmakan luar. Berbaloi lah dengan harganya ya kan

    ReplyDelete
  9. Ala...lama dah tak pekena Kenny Rogers. Tertelan air lior dah ni คาสิโนออนไลน์

    ReplyDelete