Bawa Arif Meneroka ke Gua di Pantai Bukit Keluang.

Arif selalu tengok  kartun “ Jake and Neverland Pirates” yang meneroka ke gua cari harta karun. Hari ini huda bawa Arif Meneroka ke gua di Pantai Bukit Keluang.  Jom tengok Arif ada jumpa harta karun tak? Hehe…



Sampai jer di Pantai Bukit Keluang ini, Arif dah Nampak playground. Maka memang wajib la main di sini dulu sebelum pergi kawasan  pantai.


Dah puas bermain playground, Arif berlari di tepi pantai.
 Adik Arif Hakim pula lena tidur di atas riba huda sambil menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi. Memang syok habis.

Ini pula jambatan yang sudah roboh dan usang.

Dulu jambatan ini cantik macam gambar bawah ini. Sayang jer kan tak jaga dan perlihara betul-betul jambatan ni.

 Aktiviti kegemaran Arif bila pergi pantai adalah tulis ABC atas pasir.


Dah bosan tulis atas pasir, berlari tepi pantai. Memang tak terkejar, lari laju sangat!


Ok, misi nak bawa Arif masuk gua di Pantai Bukit Keluang tercapai hari ini.

Dah puas main-main air, Arif pun ikut papa pergi meneroka de dalam gua di sini. 

Arif kata " Dragon in the cave" - sambil buat bunyi dragon. Kuat betul pengaruh cerita kartun. hehe..




Baru nak take family picture berempat ( penat jer huda cari tripod guna batu). Time nak amik gambar ni la mata si Arif ni masuk pasir. Tu la sape suruh main campak-campak pasir.



Alhamdulillah, huda syukur segala perancangan huda hari ini Allah permudahkan. 
Insha Allah, bulan depan huda nak datang sini lagi. Cantik tempat ni, air laut pun jernih. Boleh la bawa anak-anak bermain pantai di sini.

Sekian coretan ceritahuda kali ini. Bawa anak-anak melawat tempat menarik yang dekat dengan alam semulajadi, ianya aktiviti lebih sihat untuk perkembangan minda mereka.



some_text

Post a Comment

0 Comments