Bila Arif Minta Itu Ini.... - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Bila Arif Minta Itu Ini....

Bila Arif Minta Itu Ini....

Share This
Assalamualaikum.

Hari ini nak kongsi kisah anak first huda, hadiah pertama dari Allah untuk huda dan suami. Muhammad Arif Haikal. 

Pagi ini liat bangun tidur sebab semalam tidur lewat dok hafal sifir sebelum tidur. Sekarang umur dia 5 tahun 7 bulan, nampak sangat otak dia tengah aktif, sel-sel otak tengah berhubung dengan aktif. 

Syukur, En.Suami memang terbaik bab handle anak bangun tidur ni. Kejut baik-baik penuh kasih sayang. Itulah sifat suami yang buat huda terpaut sejak dulu. Seorang yang penyayang dan penyabar, jauh beza dengan perangai huda, hehe... 

Sebelum sampai ke sekolah, dia sampaikan hasrat dia....
.
" Papa...boleh tak balikkan saya? Macam ayah Afqar, dia amik dekat sekolah, dia tak naik bas pun"
..
Hehe, bahasa melayu Arif masih lemah dalam bertutur. Silap huda yang biasakan dia speaking , masuk sekolah tadika tahun lepas baru dia baru belajar nak cakap melayu. Tu yang bahasa melayu dia masih belum fasih. 
.
Maksud dia , suami huda dah faham. Dia nak suami huda ambil dia dari sekolah hari ini. Dia taknak naik bas. 

Alhamdullilah, hari ni hasrat si anak kesayangan sorang ni, papa tunaikan. Bukan main happy dan semangat dia keluar kelas. 

Bagi huda ada sebab kenapa dia minta itu ini...
Dia nak perhatian dan kasih sayang lebih dari kami. 

Selagi kami mampu, segala permintaan anak-anak di tunaikan.
Impian nak jadi parent terbaik. Masa kanak-kanak diorang akan pantas berlalu. Sikap dan tindakan kita dalam mendengar segala isi hati mereka dan menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa akan membentuk peribadi anak-anak.

Huda nak anak-anak sentiasa sayang kami, sentiasa ingat, diorang ada parent yang selalu "make wish comes true".   Biarlah impian mama , mama pendam, tapi mama pastikan impian anak-anak mama tercapai. InshaAllah.

Selalu doa, setiap usaha kami mencari rezeki hari ini, semoga Allah murahkan rezeki anak-anak. Amin

3 comments:

  1. Semoga segalanya dipermudahkan, masa macam ni la boleh rapat dengan anak-anak, nanti besar maybe duduk hostel pula...

    ReplyDelete
  2. semoga adik arif membesar menjadi anak yang bijak dan soleh.

    ReplyDelete
  3. semoga arif membesar jadi anak yg soleh dan berbakti pada ibu bapa..inshaAllah

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages