Hari ini pula huda nak kongsi 5 tips penting untuk korang semua yang bercadang untuk bercuti ke Legoland bersama keluarga.
5 Tips Bercuti ke Legoland Malaysia
Tips #1 - Dapatkan tiket masuk ke Legoland melalui atas talian.
- Dapat jimatkan masa dari kena beratur panjang di kaunter dan korang boleh jimat banyak jika beli tiket online. Boleh beli direct di website rasmi Legoland ( www.legoland.com.my) atau di website travel seperti travelog.com dan wonderfly.asia
Tips #2 -Pilih pakaian yang sesuai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pilih persalinan yang nipis dari material yang ringan dan tidak panas.
- Isu utama yang penting sebelum masuk ke Legoland ini adalah PAKAIAN. Huda dah planning siap-siap untuk anak-anak dengan pastikan mereka pakai baju yang cerah ( sebab baju yang berwarna gelap lebih menyerap haba , dan buatkan anak-anak panas dan tidak selesa) .
- Huda juga belikan topi kegemaran anak-anak supaya mereka suka nak pakai sepanjang masa di Legoland ni tanpa perlu di paksa.
- Pakai kasut atau sandal? Terpulang pada korang. Bagi huda nak anak-anak selesa berjalan, jadi mereka sendiri memilih untuk pakai sandal. kalau pakai kasut yang tertutup dan berstokin, mungkin anak-anak cepat rasa panas.
P/s : Bawa juga baju spare, in case anak rasa tak selesa dan berpeluh sangat, boleh salinkan baju mereka di sana.
Tips #3 - Pakai pelindung UV atau sunscreen yang ada SPF yang tinggi.
SPF, or Sun Protection Factor,is a measure of how well a sunscreen will protect skin from UVB rays, the kind of radiation that causes sunburn, damages skin, and can contribute to skin cancer.
Legoland themepark ni outdoor themepark. Maka kulit muka kita akan terdedah dengan cahaya matahari dalam jangka masa yang agak lama. Jadi hargai kulit korang dan anak-anak. Pakai siap-siap yer dari rumah atau hotel sebelum datang ke Legoland.
Tips # 4 - Bawa air dan coklat.
Tips #5 - Sediakan budget yang secukupnya untuk makan dan mainan anak-anak
Sedia maklumlah kan, masuk Legoland, semua benda akan berkali ganda harga terutama part makan.
Untuk jimat, makan sekali sahaja, dan pilih makan makanan yang berat. Budget seorang dalam RM36++ untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak-kanak.
Budget mainan pun kalau boleh sediakan juga. Masa huda on the way balik ke parking lot Legoland, banyak sangat budak kecil menangis sebab tak dapat beli Lego. Sedih dan sebak juga, kalau huda kaya nak jer belanja semua budak yang menangis tu. ( Faham sangat, tiket masuk Legoland dan beratus, makan lagi, memang budget kering nak beli mainan yang harga pun boleh tahan mahal kan?)
Harga lego di Legoland memang mahal, mencecah ratusan ringgit. tapi ada juga yang mampu milik.
Ada juga yang di jual ikut berat.
Beli la sikit, buat kenang-kenangan anak-anak. Anak happy kita ibu bapa pun happy juga.
Duit yang "hilang" boleh di ganti, tapi senyuman anak-anak tiada tolok gantinya kan?
Huda beli yang murah-murah jer, buat syarat dan anak-anak senyum dapat bawa plastik kuning ni, huda rasa happy sangat tengok anak-anak senyum. Baru lah percutian seharian di Legoland menjadi kenangan terindah dalam kotak memori mereka. Konfem sampai besar diorang akan ingat tau.
Tips di atas yang huda kongsikan sesuai untuk anak-anak 4 tahun ke atas. Jika korang ada anak kecil yang masih perlukan minum susu, jangan lupa bawa semua perkakas yer. ( Lega dah lepas fasa kena angkut macam-macam ni , hehe... )
Kalau korang lupa atau tertinggal stroller , di Legoland juga ada servis sewa stroller dan wheelchair tau.
Owh, ada lagi perkara penting yer, bawa payung juga masa datang sini. bawa payung lipat yang comel tu jer letak dalam beg. Berguna ketika cuaca panas sangat atau hujan. Perjalanan dari parking lot nak ke Legoland juga agak jauh. Jika ada payung ia pastinya memudahkan kita berhadapan cuaca yang tidak terduga kan?
Okay, sekian perkongsian huda tentang 5 Tips bercuti ke Legoland Malaysia, semoga perkongsian ringkas huda ini memberi manfaat kepada semua pembaca. InshaAllah, huda akan kongsi tips yang berguna lagi di masa depan. Terima kasih. 😄

7 Comments