Seronok Terokai Perdana Quay Eco Marine Park Langkawi - Taman Tema Air Interaktif


Hye semua! Dah baca itinerary 3 Hari 2 Malam bercuti di Langkawi ? Kalau dah, mesti korang nak tahu lebih details kenapa huda dan keluarga terjah Perdana Quay Marine Park sejurus selepas kami turun flight.  Huda ni kalau ada tempat baru buka memang teruja tau nak bawa anak-anak teroka new places. Lagi lah, ini merupakan kali pertama The Arifs jejak kaki ke Langkawi. Anak-anak ni cepat jer kan diorang membesar, macam si Abang Arif Haikal, tahun ni dah masuk 10 tahun , lagi 2 tahun jer boleh dapat rate children, so sementara masih ada masa dapat rate murah sikit ni jom lah holiday! Eh bebel pasal umur anak pulak yer..Jom lah huda story pengalaman yang seronok terokai Perdana Quay Eco Marine Park, Langkawi 

Seronok Terokai Perdana Quay Eco Marine Park Langkawi - Taman Tema Air Interaktif

Pada entry sebelum ni huda ada cerita tentang latar belakang Perdana Quay Eco Marine Park Langkawi, korang boleh baca di SINI.

Entry kali huda fokus pada pengalaman dan aktiviti yang sempat kami buat di sini. Sampai jer Perdana Quay Eco Marine , kami salin baju dahulu dan terus ke Cultivation Center. Tempat ni macam mini underwater world, banyak sangat hidupan laut yang unik, ada yang huda first time jumpa. So memang teruja lah! Dapat close up tengok starfish, dan pelbagai jenis timun laut. 

Lepas Cultivation center terus layankan anak-anak nak masuk Eco Swirl Pool. 


Owh ya, lupa nak bagitau, barang-barang korang boleh letak di locker yang di sediakan dengan caj RM 30 sahaja. So dapat main dengan tenang lepas simpan barang.



Anak-anak enjoy sungguh main di sini. Rasanya last kami betul-betul enjoy main di water themepark di Legoland, beberapa tahun lepas. So trip kali memang melepas gian lah orang kata.. enjoy!



Rezeki kami datang waktu cuaca cerah dan seronok main sampai ke petang!

Puas bermain, masuk waktu lunch kami singgah ke gerai Langkawi Asam Laksa. 


Huda dan suami makan Asam Laksa Ikan Tenggiri dan anak-anak makan set nasi grilled chicken rice set. Serius sedap giler makanan kat sini!
Sebelum makan sini, korang kena top up dulu tau , sebab konsep cashless kat sini. boleh top up di kaunter masuk. So better awal-awal top up sebelum main air.
Aduhai, teringat-ingat asam laksa ikan tenggiri yang sedap ni. kalau korang datang sini wajib try menu yang ni.

Di sini ada banyak pool tau. Ini Infinity Pool yang boleh bawa korang round kawasan ni. Tapi kami tak sempat nak enjoy pool ni..   


Snorkeling pool ni ada banyak ikan besar-besar dengan kedalam 2.8 meter. 

Kami skip snorkeling pool tu dan terus terjun ke deep pool yang lebih dalam dan lebih adventure! Biasalah anak-anak dah biasa snorkeling di open sea di pulau, diorang nak snorkeling kaat pool yang lebih dalam dan juga lebih luas.



Di sini di sediakan jacket dan snorkeling set. Tapi kami bawa sendiri, sebab tak suka sharing dengan orang lain.


Shark Pool. 



Harga Tiket  Perdana Quay Eco Marine Park 





Haa, dah tak sabar nak bercuti kat Perdana Quay Eco Marine Park??? Tunggu apa lagi?? 
Tempah tiket anda sekarang di https://www.ecomarinepark.com/admission-ticket/
 atau ticketing: +6011 5938 6338(WhatsApp).


Perdana Quay Eco Marine Park memang best! InshaAllah nak repeat lagi sebab hari tu, si abang kurang sihat, tak dapat nak fully enjoy semua attractions dalam ni macam sea-scooter , sea-walking ( maintenance ) dan main dengan shark pool. See u again in the future!! 
Untuk maklumat lanjut follow di social media 
Facebook : https://web.facebook.com/EcoMarinePark
Instagram: https://www.instagram.com/ecomarinepark/


Boleh tengok vlog huda di facebook 

Post a Comment

0 Comments