Taman tema laut interaktif pertama di Asia –Perdana Quay Eco Marine Park merupakan tarikan pelancongan terbaharu di pulau ini. Terletak di Pantai Kok yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong, taman tema laut interaktif bernilai RM50 juta ini dibangunkan oleh Explicit Eco Marine Sdn. Bhd. Pertama seumpamanya di Asia, taman tema laut interaktif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai keindahan dunia bawah laut yang pastinya mengujakan!
Taman Tema Laut Interaktif Pertama Di Asia
Pengarah Urusan Explicit Eco Marine Sdn. Bhd. Kelvin Foo Chian Wei menjangkakan pembukaan taman tema laut ini tepat pada masanya untuk merancakkan semula ekonomi di pulau bebas cukai itu. Beliau yakin taman tema laut ini akan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus terus membantu melonjakkan nama Langkawi sebagai destinasi percutian di persada pelancongan dunia.
Perdana Quay Eco Marine Park adalah destinasi percutian yang sempurna untuk seisi keluarga. Merentasi tanah seluas 13 ekar, taman tema laut ini membawakan pengunjung pengalaman dunia bawah air yang sungguh menarik dan dipenuhi dengan pelbagai tarikan. Taman tema laut ini bukan sahaja menawarkan pelbagai aktiviti air malahan pengunjung juga boleh berseronok dengan aktiviti riadah lain yang pastinya menceriakan.
Kini peminat aktiviti menyelam skuba boleh menerokai keindahan dunia bawah laut di kolam air dalam tanpa melancong jauh-jauh ke pulau menyelam. Bagi penggemar keseronokan adrenalin pula, taman tema laut menawarkan peluang untuk anda berenang bersama jerung dan mendekati pemangsa terkenal ini di kolam jerung.
Manakala, air jernih di kolam snorkeling menawarkan oasis yang menenangkan untuk anda menerokai dunia bawah air yang indah. Bosan berenang di kolam yang biasa-biasa? Apa kata cabar diri anda untuk berenang di kolam inifiniti yang sudah pasti akan menguji daya ketahanan anda. Ingin memastikan anak-anak anda terhibur? Bawalah mereka untuk berseronok di kolam kanak-kanak!
Semua kolam air laut di taman tema, kecuali kolam kanak-kanak, didiami oleh ribuan hidupan marin eksotik yang berwarna-warni bukan sahaja dari Malaysia malahan dari seluruh dunia. Semua yang anda pernah impikan untuk melakukan di bawah air kini tersedia untuk anda di darat!
Bagi pengunjung yang lebih suka aktiviti yang menenangkan, anda boleh bersantai di pantai simulasi, memanjakan diri di spa atau mendandan diri di salun. Pengunjung juga boleh mempelajari fakta yang menyeronokkan dan banyak lagi tentang hidupan marin di pusat kultivasi dan kolam sentuh.
Sementara itu, pengunjung juga boleh menuju ke pusat membeli-belah bebas cukai seluas 4,572 meter persegi dan menikmati tawaran hebat di sana atau goda selera di pelbagai tempat makan – 3 kafe, 23 kiosk, ruang piza seluas 5,000 kaki persegi dan restoran makanan laut dua tingkat seluas 5,000 kaki persegi merentas taman tema laut ini. Terdapat pentas persembahan selebar 37 meter dengan dua skrin gergasi yang sudah pastinya akan menyediakan pelbagai hiburan yang menarik.
Projek ini yang bermula pada 2017 akan membuka pintunya kepada orang ramai sebelum akhir April 2022. Manakala pembukaan rasmi adalah pada Ogos 2022.
Promosi Hebat Pembukaan & Cuti Sekolah!!
RM240 Pakej Keluarga Pemegang MyKad (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak)RM320 Pakej Keluarga Warganegara Asing (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak)
RM78 Dewasa and RM48 Kanak-Kanak & Warga Emas (Pemegang MyKad)
RM98 Dewasa and RM68 Kanak-Kanak & Warga Emas (Warganegara Asing)
PERCUMA Kanak-Kanak berumur 3 tahun ke bawah and OKU
Haa, dah tak sabar nak bercuti kat Perdana Quay Eco Marine Park??? Tunggu apa lagi??
Tempah tiket anda sekarang di https://www.ecomarinepark.com/admission-ticket/ atau ticketing: +6011 5938 6338(WhatsApp).
Untuk maklumat lanjut follow di social media
Facebook : https://web.facebook.com/EcoMarinePark
Instagram: https://www.instagram.com/ecomarinepark/
P/S : Korang nanti dah pergi share lah pengalaman di sini, huda pun plan nak pergi ke sana tak lama lagi, dengar cerita asam laksa ikan tenggiri kat sana sedap! Syok tu, penat main air dapat makan!
#perdanaquayecomarinepark #schoolholidays #langkawitourism #ecomarinepark #perdanaquay #malaysia #ecomarineparklangkawi #langkawiisland #langkawi #underwaterworld #traveladventure #themepark #scubadiving #snorkeling #swimwithsharks #dunkpool #seawalking #dutyfreeshopping
8 Comments