Pengalaman Bercuti di Bayview Hotel Langkawi


Pengalaman Bercuti di Bayview Hotel Langkawi |
Selamat Pagi Isnin semua! Pagi ni huda mulakan dengan menulis review hotel best di Langkawi yang huda pergi minggu lepas. Memang banyak pilihan hotel best di Langkawi, budget korang jer lah menentukan di mana untuk korang stay ketika bercuti di Pulau yang bebas cukai di mana port shopping yang heaven untuk kaum wanita.. Sharing kali ni huda akan kongsikan kenapa Bayview Hotel menjadi pilihan hati dan berbaloi ke bawa family bercuti di sini?

Pengalaman Bercuti di Bayview Hotel Langkawi

Kenapa Huda pilih Bayview Hotel Langkawi?



Pertama sekali sebabnya nak dapatkan view Maha Tower direct dari bilik macam ni. Alhamdulilah, wishlist granted! Actually ada satu lagi option hotel 3 bintang yang betul-betul menghadap Maha Tower, tapi beza harga RM 50 jer dari Bayview ni. Tapi Bayview ada lebih banyak kelebihan dan taraf hotel lebih tinggi , so huda pilih bayview hotel langkawi!

Tempahan Hotel di Website Official Bayview Langkawi Untuk Dapatkan Harga Diskaun

Sebelum buat tempahan hotel, huda memang akan survey harga untuk dapatkan rate yang paling terbaik dan berbaloi. Selepas survey huda decide tempah melalui direct website https://bhl.bayviewhotels.com/

Daftar member dulu, free jer. Lepastu  masukkan kupon time nak bayar. Bagi huda sangat berbaloi hotel taraf 4 bintang dengan rate macam ni inclusive breakfast untuk kami sekeluarga. 


Lokasi Bayview Hotel Langkawi


Bayview Langkawi terletak di Pekan Kuah. Dekat dengan tempat shopping. 



Review Bayview Hotel Langkawi


Premier Seaview Room
-37 m² (398 sq ft)

Seaview - Dapat tengok Maha Tower dan Andaman Sea

Kemudahan dalam Bilik Seaview Premier

  • Complimentary high-speed WiFi
  • Complimentary fruit basket
  • Complimentary coffee/tea
  • Electronic safe
  • 32″ LED Television
  • IDD telephone
  • Writing desk
  • Coffee table
  • Iron and ironing board
  • Hair dryer
  • Bedside control panel
  • Long bathtub
  • Walk-in shower
Luas bilik airnya dan yang paling penting, bersih dan wangi. 

Separate shower and bath tub. 


Toileteries lengkap. 

Kemudahan iron dan kettle 

Meja untuk kerja dan ada ada TV. Okay lah jugak siarannya walau tak banyak option. 


Percuma Hi Tea dan Breakfast


"Enjoy a host of exclusive privileges to our Executive Lounge at 14th floor. Light food and drinks are available daily from 5:00 P.M. to 7.00 P.M." 

Dalam email booking confirmation ada tulis exclusive privileges at executive lounge ni. Dulu pernah terbaca ada orang share, makanan hi tea yang free flow. So letak expectation tinggi lah juga. Sekali dapatnya hanya lah....

Set ni sahaja di hidangkan atas meja.. Pilihan air kopi or teh. Mujur dapat sorang satu pinggan. Anak-anak tak kenyang..huhu. Sebab ingat banyak food di sediakan dan boleh amik sendiri. 

Time breakfast pun agak kecewa. Buffet spread dia biasa jer. Tiada pastry.. Huda memang kalau buffet breakfast akan cari pastry.  Pilihan makanan yang ada, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan ada juga roti canai. Kira biasa-biasa jer lah untuk 4 star hotel, huda expect lagi best kot..




Process Check in dan Check Out Mudah dan Cepat

Part check in dan check out memang huda puji, staff semua bagus dan cepat jer. So no complain. Tiada deposit di minta, hanya perlu bayar RM 3.00 untuk kutipan bayaran warisan. 




Tarikan di sekitar hotel Bayview Hotel Langkawi

Banyak kemudahan yang walking distance sahaja dari hotel antaranya deretan bank , ada CIMB dan Maybank. Kemudian sangat mudah nak cari makanan, hadapan hotel ada restoren Thai.
Hotel juga berdekatan dengan MAHA Tower. Di Langkawi Boulevard berhadapan Maha Tower terdapat banyak deretan kedai antaranya Watson, Old Town White Coffee




Huda Check in Bayview Hotel Langkawi hari rabu, so berkesempatan pergi Pasar Malam Pekan Kuah. Dari hotel boleh jer jalan kaki, tapi sebab bawa anak-anak huda pergi naik kereta dalam 3 minit dah sampai. Banyak local food sedap-sedap kat sini. Berbaloi lah singgah.

 

Sekian sahaja sharing hari ni , nanti entry lain aktiviti menarik yang huda lakukan sepanjang di Langkawi. Stay tuned! 





Post a Comment

0 Comments