Shopping Baju Sekolah Anak Di Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Nikmati Diskaun Menarik!


Shopping Baju Sekolah Anak Di Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Nikmati Diskaun Menarik!  |  Alhamdulillah, hujung minggu lalu huda dah selesai bawa anak-anak shopping baju sekolah baru tahun ni. Lagi sebulan si abang Arif Haikal akan naik darjah empat dan si adik pula naik darjah satu. Baju tahun lepas semua dan singkat dan senteng seluarnya. Dengan ekonomi yang tak menentu, huda memang pilih beli baju anak-anak di Gedung pakaian Hari-Hari kerana harga yang di tawarkan berpatutan dan juga banyak pilihan. 

Baca : Tips Beli Baju Sekolah Murah 

Shopping Baju Sekolah Anak Di Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Nikmati Diskaun Menarik!


Waaaa... banyak yer pilihan beg sekolah comel-comel di Pusat Pakaian Hari-Hari 


Saban tahun, setiap kali nak beli kelengkapan kembali ke sekolah, Pusat Pakaian Hari-Hari yang akan huda terjah. Ramai juga kawan-kawan huda seluruh Malaysia suka bawa shopping kelengkapan sekolah di sini. Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada 90 cawangan seluruh Malaysia , jadi sangat mudah nak bawa anak-anak shopping ke sini. Korang boleh check senarai cawangan Hari-Hari di : www.hari.com.my/locator

Baju Sekolah pelbagai warna untuk anak-anak. Termasuk baju sukan , pakaian seragam dan lain-lain. 

Huda suka pergi ke cawangan yang paling dekat, sebab kalau ada masalah macam nak tukar size ke boleh terus ke cawangan tadi. Yang penting, price tag dan resit masih ada. Penukaran hanya boleh di buat dalam masa 7 hari sahaja yer.  Pernah 2 tahun lepas, semangat huda belikan baju sekolah agama siap samping hijau untuk Arif, sekali lepas beli baru cikgu mesej. Sekolah KAFA di sekolah Arif tak pakai pun baju melayu putih tu. kira direct jer lepas sekolah sesi pagi terus ke KAFA dengan baju kemeja sahaja. So huda tukar baju sekolah tu dengan barang lain , yang sama harga. Alhamdulilah, lega sangat sebab ada penukaran macam ni kan? 

Si Abang Arif dengan baju baru. Masuk darjah 4 , Arif jadi pengawas, kena pakai baju kemeja kuning dan seluar coklat. 

Adik naik darjah 2, masih pakai baju kemeja putih dan seluar biru. 

Lepas selesai fitting sepasang baju sekolah, teruskan misi cari beg sekolah baru. Memang rambang mata si adik nak pilih beg di sini. 


Si abang dah besar, pilih beg yang nampak matured sikit, hehe. Banyak juga design beg di sini. memang puas hati lah! 

Dress code pengawas sekolah Arif kena pakai songkok. Mujur di sini pun siap ada jual songkok juga. mudah satu tempat jer shopping kelengkapan kembali ke sekolah, head to toes settle shopping. Mudah kan?

Kasut sekolah hitam di sini murah jugak tau. berbaloi sungguh beli.

Stokin pun ada. Singlet pun ada jual sini. Kalau anak perempuan  lagi banyak aksesori dalaman tu , semua ada di sini. Anak huda boboi jer, so huda just lalu jer bahagian singlet, kain dalam, anak tudung di sini. 

Last but not least, beli kelengkapan alat tulis di sini. Memang puas hati sungguh, settle semua check list kembali ke sekolah anak-anak, semuanya shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Terbaiklah! 

Shopping Online Di www.ehari.com & Nikmati 10% Diskaun!



Kalau korang tak sempat nak pergi ke cawangan Hari-Hari yang terdekat, boleh jer shopping di website www.ehari.com. Sekarang ada promosi Back To School ( BTS) , nikmati diskaun 10% untuk semua kelengkapan kembali ke sekolah dengan harga RM 10 ke atas. Tempoh promosi ini sehingga 31 Mac 2022 jer tau! 


Nikmati FREE DELIVERY dengan Beli Baju Sekolah di Shopee Hari- Hari 


Selain boleh shopping online di website, korang juga boleh shopping di apps Shopee jer. 
 Shopee - https://shopee.com.my/harihari_
  • BTS  Kempen : 10% diskaun untuk semua kelengkapan sekolah bernilai RM 10 ke atas
  • 5% diskaun untuk NEW FOLLOWER (dengan pembelian minima RM50)
  •  shocking sales (sesetengah item akan mendapat diskaun tambahan untuk masa terhad, sila ikuti Shopee Hari-Hari)
  •  FREE DELIVERY (pembelian RM15 ke atas) 
    • Claim di apps Shopee yer, free delivery ni dari Shopee bukan dari seller Hari-Hari. 
Kempen ni sehingga 31 Mac 2022 sahaja!



 "Marilah pergi Hari-Hari!"

Baca Juga : Shopping Baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari 







Post a Comment

4 Comments

Nina Mirza said…
pilihan kak Nina jugak shopping kelengkapan sekolah kat HARI HARI 👍
Marina Bashah said…
Tak shopping lagi baju sekolah ni
Nadia Johari said…
Syok shopping, lengkap semua
Izyan Balqis said…
Wahh...seronok la abg da tukar uniform sekolah dia kali ni. Mujur Hari2 ada jual baju warna yg diperlukan kan.