Assalamualaikum.

Macam tak percaya wishlist The Arifs nak pergi ke Legoland sudah menjadi kenyataan. Sebak pulak rasa nak tulis entry ni, terbayang masa holiday tahun lepas ke Johor Bahru, huda hanya singgah di Legoland untuk ambil gambar depan pintu jer. The Arifs cakap "Mama, saya nak masuk Legoland..." Masa pergi tu dah petang, memang kaunter tiket pun dah tutup, jadinya ada alasan cakap Legoland dan tutup ni, nanti kita pergi yer. Dalam hati, bila ntah kita dapat jejakkan kaki ke sini lagi. Huda hanya doa semoga satu hari itu akan datang, hari Allah makbulkan wish anak kesayangan mama ni. 

    21 Julai 2017 

Alhamdulillah, tahun ini wishlist The Arifs tercapai. Terima kasih Legoland Malaysia dan Kelab Blogger Ben Ashaari atas peluang untuk huda sekeluarga merasai pengalaman yang cukup menarik seharian di Legoland Malaysia

Konsep Family Day kali ini free and easy. Jadinya kami sekeluarga bebas nak memilih lokasi menarik yang harus di mulakan dahulu. 

Sebelum melangkah masuk ke Legoland huda ternampak ada sebuah kereta depan pintu masuk Legoland.  Huda pergi dekat lagi dan baca terperinci. 


Owh rupanya Legoland tengah buat promosi untuk Annual Pas dan menang kereta! Wah, peluang menarik ni, mana tahu rezeki korang dapat kereta baru tahun ni. Jom kita join ramai-ramai. 
Dengan harga tiket 1 Day Pass yang bernilai RM199, korang boleh dapatkan Awesome Pass, boleh masuk Legoland untuk 1 Tahun! Berbaloi sangat-sangat kan?
Lagi banyak korang beli annual pass ni, lebih tinggi peluang untuk drive balik Nissan Almera ni. Syok yer kalau dapat sebiji kereta tahun ni =)

Alhamdulillah, seperti yang di janjikan pukul 11 pagi, hampir kesemua geng KBBA9 sudah sampai di depan pintu masuk Legoland. Family day kali ini seramai 25 blogger dan keluarga menyertai family day yang pertama di tahun 2018 ini.
Group photo dahulu sebelum mulakan explorasi bersama keluarga masing-masing. 



Huda pun tak nak lepaskan peluang abadikan kenangan keluarga kecil di pintu gerbang Legoland ini. 



The Arifs warm up nak start explorasi tarikan di Legoland dengan study dulu map. Banyak sangat sampai tak tahu nak start yang mana satu dulu, last-last ikut sahaja The Arifs nak pergi yang mana dulu. 


Kami berjalan dan mulakan dengan melawat miniland. 



Adik hakim ternampak keretapi warna warni melintas di kawasan miniland,dan terus ajak nak naik Cho Cho train.  Jadi first activiti kami dengan naik Legoland Express. Pusing- pusing Legoland.






Aktiviti kedua kami naik boat di boating School. 




Aktiviti ketiga teman Arif amik lesen di Driving School.




Perut mula rasa lapar dan kami memilih untuk lunch di Market Restaurant. Lokasi restoren paling dekat dengan driving school.



Juadah lunch kami (RM36 set nasi dewasa, RM20 - spagetti carbonara kids set) 




Perut kenyang, dah senang hati semua, jom teruskan explore. Masa cepat jer berjalan, macam tak sempat jer rasa nak habiskan semua!

Next kami teruskan mengembara ke adventure land.  The Arifs main Phoraoh Revenge. Syok la main tembak2 bola. 





Kemudian kami naik NinjaGo The Ride. syok la main ni, main game. The Arifs minta second round, tapi sebab nak kejar masa dan banyak lagi tempat tak pergi.


Yeay, skor mama tertinggi. ( Main hentam jer main ni, hehe)


Korang juga boleh dapatkan gambar main Ninjago ni sebelum keluar. Syok gak beli ni buat kenang-kenangan. 


Ni harganya..
Sekali sekala membazir takpe kot..hehe



Lepas main NinjaGo tu plan nak naik ride di The Lost Kingdom Adventure ni, tapi queue yang sangat panjang. Maka terus berjalan ke Playtown. 



Naik train lagi, train kanak-kanak jer, Duplo Express yang terletak di Play town. Syok gak, boleh tahan laju train ni.




Kemudian naik Observation tower. 



Berhenti solat sekejap dan rehatkan kaki yang berjalan dari pagi. Lepas solat tengok Movie 4D.

First time The Arifs tengok movie 4D haruslah jakun. Hehe..terasa percikan air dan ais 




Next kami mendaki naik ke Legoland Kingdom. Cantik betul port amik gambar kat sini tau. 






Di sini, first time lepaskan adik hakim naik ride sorang-sorang. Alhamdulillah. Adik pandai main kuda. Seronok betul dia. 



Next huda temankan Arif yang excited nak naik rollercoaster. Pengalaman pertama Arif naik rollercoaster. Bagus dia takut bila jatuh n pusing2, tapi huda cakap jangan takut. Dia pun okay. Nanti Arif dah besar sikit kita naik roller coaster The Dragon pula yer. 



Last but not least masuk Starwars. Enjoy short movie dan tengok pameran lego Starwars



.
Sebenarnya banyak sangat lagi tempat menarik yang boleh korang pergi tau. Masa sangat mencemburi kami di sini. Serius tak puas berjalan walau kaki ni dah start rasa sakit sikit-sikit. hehe.. 
Jika rujuk dalam maps ni, ada 84 check points semuanya.



Tarikan terbaru adalah VR Coaster. Huda tak sempat naik yang ni, inshaAllah next time nak cuba.



Tengok geng blogger yang main enjoy betul diorang. 

Nak pergi Legoland lagi!! Tak puas lagi teroka. Dan ada rides yang tak dapat naik antaranya Dino world yang tengah under maintenance. 

InshaAllah next time nak datang nak tengok ikan plak. Tengah construction lagi Sealife Malaysia yang di jangka siap suku keempat tahun ini.



Dah pergi Legoland harus la beli lego buat kenangan The Arifs. Sebelum ni beli lego murahan jer, ni first time beli lego yang original brand LEGO.




Ok, sekian perkongsian huda tentang Family Day KBBA9 di Legoland Malaysia. Nantikan next artikel >> 5 Tips bercuti ke Legoland Malaysia <<

Untuk maklumat lanjut tentang Legoland Malaysia layari www.legoland.com.my atau hubungi

☎ +607 597 8888

📧info@LEGOLAND.my

Follow social media Legoland Malaysia

Facebook : LEGOLAND Malaysia

Instagram : @legolandmalaysia