Bukan Sekadar Makan Malam, Datuk K Luah Sesuatu

Bukan Sekadar Makan Malam, Datuk K Luah Sesuatu



Pada hari kelahiran Datuk K, katanya ada tetamu istimewa yang akan bersama makan malam bersama keluarganya. Siapa ya? Agaknya Datuk K nak kahwin lagi tak? Tapi dalam pada itu, Datuk Siti Nurhaliza juga berada di samping beliau.


Siapa yang Datuk K nak jemput makan malam tu sebenarnya?


Apabila nya pada majlis itu dimuat naik dalam laman sosial media Instagram, itulah jawapannya. Datuk K meluahkan sesuatu yang sudah lama dinantikan beliau, beliau meluahkan apabila seseorang yang dijemputnya berada di depan mata pada malam itu.


Datuk Wira Dr Azizan Osman Adalah Tetamu Datuk K



Yang hadir pada malam itu, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah tetamu Datuk K. Macam tak percaya kan. Bukan calang-calang orang, Datuk Wira atau dikenali mesra sebagai Azizan Osman ini adalah mentor usahawan terbesar di Malaysia dan dikatakan pakar pemasaran No 1 Asia serta telah diiktiraf global.


Pada hari itu juga, barulah kita faham betapa kuatnya ukhuwah seorang anak murid dan guru sehingga memudahkan anak murid berjaya. Eh, takkan Datuk K anak murid Azizan Osman pula? Bukan.


Asyraf Khalid, anak Datuk K adalah seorang ahli Titanium yang di bawah bimbingan RichWorks. Maksudnya, beliau mempunyai mentor iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, dan memulakan perniagaan dibawah bimbingan beliau.


Siapa tak kenal Titan RichWorks? Ini adalah kumpulan bimbingan RichWorks dibawah Azizan Osman yang berjaya membuat jualan 1 juta sehingga 100 juta. Memang sangat premium kelasnya. 



Latar Belakang RichWorks International Sdn Bhd



RichWorks adalah salah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

 

Sejak 2008, RichWorks komited dan telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

 

Dengan berdasarkan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Video Ucapan Datuk K Pada Malam Majlis Hari Jadi Beliau



Perubahan Asyraf Adalah Perbualan Utama 



Penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman oleh Datuk K adalah disebabkan oleh perubahan anaknya yang lebih baik sejak berada di bawah bimbingan Azizan Osman.  Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini telah berjaya membuktikan bahawa bukan saja dalam bisnes, malah kehidupan juga boelh berubah dalam tempoh 3 tahun saja sekiranya komited belajar.


Asyraf juga menekankan beliau mempunyai Big Why untuk berjaya selain bersama ahli Titan Richworks yang diajar dengan penuh nilai murni. Asyraf juga bersyukur kerana tidak salah memilih mentor untuk membimbing beliau.



"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.  Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.”



Kagum Kesungguhan Datuk Wira Dr Azizan Osman


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link



Datuk K dalam ucapannya juga turut meluahkan sesuatu kepada Azizan Osman. Beliau mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan Osman iaitu dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. Itu dilihat bukanlah sesuatu yang mudah. 


Tidak dengan itu sahaja, Azizan Osman mengajar banyak perkara, tidak hanya hal berniaga sahaja, malah kekuatan hidup juga dapat diterapkan dalam diri. Datuk Wira memimpin dan menjaga anak muridnya bersungguh-sungguh, beliau suka melihat usahawan makin berjaya.


Jika guru bersungguh-sungguh, itulah guru yang terbaik!



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” - Datuk K



Akhir sekali, Datuk K dalam ucapannya turut menyelit bahawa usahawan berjaya perlu selalu ingat orang susah dan struggle yang perlu dibantu. Jangan terus ego, tetapi jadi seorang yang rendah diri. Usahawan berjaya akan lebih berjaya apabila ajar orang lain juga untuk capai kejayaan. 


Post a Comment

0 Comments