Tips Beli Baju Sekolah Murah dan Berkualiti



Tips Beli Baju Sekolah Murah dan Berkualiti!| Misi huda awal bulan Disember ni nak setelkan urusan beli baju sekolah Arif. Tahun lepas ingat lagi lewat pergi beli baju sekolah Arif. Size dan material baju sekolah yang berkenan semua dah kehabisan stok! Jadi susah nak mencari dari kedai ke kedai yang lain, dah buang masa dan tenaga. Jadi awal bulan Disember ni, huda asingkan budget awal-awal untuk kelengkapan sekolah Arif sebagai persediaan melangkah ke Darjah Dua tahun 2020 nanti.

Okay, huda tahu sangat, tak semua orang berkemampuan nak beli baju sekolah anak yang berjenama dah harga mahal. Lebih-lebih kalau anak ramai, betul tak? Macam huda sendiri, huda memang sentiasa cari yang murah namun dalam masa yang berkualiti. Jika kita boleh berjimat kenapa kita perlu membazir kan? Jom kita jadi pengguna bijak dalam berbelanja dalam masa sama mendidik anak-anak supaya jangan membazir dan bijak dalam memilih keperluan. 




Tips Beli Baju Sekolah Murah dan Berkualiti! 


1) Pilih kedai yang jual kelengkapan dari kepala sampai ke kaki dengan harga murah dan kualiti terbaik . Cara pilih kedai, boleh baca review di laman social atau boleh minta pendapat orang lain.

“ Ramai betul rekemen pergi shopping baju sekolah anak-anak di Gedung Hari- Hari, sebab murah dan berkualiti. Setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya.” 



2) Bila sudah pilih kedai yang nak di tuju, sediakan senarai semak yang lengkap berdasarkan keperluan persekolahan anak bukannya kemahuan yang berlebih-lebihan. 

“ Tahu tak korang boleh dapatkan full set baju, seluar, kasut dan stokin Kurang dari RM65! (size paling kecil.) “ 

3) Periksa promosi semasa untuk dapatkan diskaun dan juga hadiah PERCUMA! 

Promosi Kembali Ke Sekolah Gedung Hari-Hari 


Pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran menarik (sehingga 31 Disember 2019), antaranya adalah :- 

  • Setiap pembelian bernilai RM30 ke atas - FREE 1 kalender tahun 2020. 
  • Setiap pembelian bernilai RM120 ke atas – FREE stokin putih 
  • Setiap pembelian bernilai RM150 ke atas akan melayakkan korang boleh memilih sama ada ingin menerima 2 pasang stokin putih 2 pasang ataupun sepasang kasut putih. 
  • Setiap pembelian yang dibayar melalui CIMB debit/kredit kad pula, akan layak menerima tambahan diskaun sebanyak 15% 

Okay, huda nak sharing lah, antara kelengkapan baju sekolah Arif Haikal yang huda dah beli jenama No Problem dan Jony Jeny di Gedung Pakaian Hari-Hari. Tengok sendiri harga nya, memang berbaloi sangat, sebab tahun lepas Arif pakai jenama ini juga, memang setahun pakai, baju cotton tak lusuh, seluar pun tak lusuh. Saya huda memang rekemen anda juga dapatkan kelengkapan kembali sekolah anak-anak di Gedung Pakaian Hari- Hari!! 



Tiada masa nak shopping sendiri ke kedai? 


Kalau anda tiada masa atau malas nak bersesak dan serabut pergi shopping bawa anak berderet tu kan, huda rekemen beli sahaja online. 
Berbaloi tau beli online ni, selain boleh jimat masa dan minyak kereta dan bayar parking , anda juga boleh dapatkan DISKAUN!!!
Dengan setiap pembelian bernilai RM 50 ke atas secara online ( sehingga 31 Disember 2019 sahaja) and layak menikmati diskaun sebanyak 15%!! 

Jangan risau, kos penghantaran juga PERCUMA ( dengan pembelian minima RM 50) !! So banyak kan boleh jimat? 

So terpulang pada anda, kalau nak shopping online boleh terus klik >> www.ehari.com <<
Dan jika anda nak shopping sendiri di Gedung Pakaian Hari-Hari, ada 86 cawangan di Malaysia, boleh layari di www.hari.com.my untuk ketahui cawangan terdekat anda! 


Post a Comment

5 Comments

Nina Mirza said…
Kak nina pun shopping kat Hari-Hari. Kain dia berkualiti, dan harga tu murah mampu beli.
Illya LeYa said…
Wah... Best tengok masing-masing tengah shopping sekolah untuk anak-anak..
mas saari said…
Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.
emarieys said…
datang sini hari-hari pun tak jemu...hehehehe...
Lya Suhaimi said…
Kat pusat pakaian hari2 mmg terbaik la .. pakaian berkualiti dengan harga mampu beli ..