Beli Treadmill di Shopee



Beli Treadmill di Shopee |  Alhamdulilah, salah satu wishlist encik suami dah tercapai awal Februari ni. Dia tengah semangat nak turunkan berat badan dan semangat nak kurus, of course cik puan isteri akan support 100% ! Waktu PKP ni, nak beli di kedai, nak keluar rumah pun susah, jadi online Shopping di Shopee jer lah. Dah banyak benda mahal-mahal beli di Shopee semua okay, jadi nak beli treadmill di Shopee pun kami yakin. Lepas dah decide nak beli treadmill, terus kami survey harga di Shopee. 


Beli Treadmill di Shopee



Setelah few hours cuci mata model treadmill di Shoppe akhirnya kami berkenan nak beli treadmill di Vigor Fitness.  

Antara kriteria yag huda cek sebelum beli, adalah berdasarkan berapa unit telah terjual, review dari pelanggan terdahulu dan juga kredibiliti penjual atau kedai tersebut di Shopee. Setelah semua kriteria lulus, maka teruslah check out! 




Alhamdulillah, shipping pun laju. Dalam 2 hari dah selamat mendarat treadmill yang di idamkan oleh encik suami. bukan main lebar senyuman si dia. 




Cara pasang treadmill ni pun mudah. Keluarkan semua barang dalam kotak, dan pasang skru untuk ketatkan di bahagian bawah dan atas sahaja. 




Ciri-Ciri Treadmill Vigor Sport Model T500 




Size yang tidak terlalu besar , just nice untuk kami letakkan di corner bilik kerja di tepi tingkap. 


Ini pula meter panel yang ada macam-macam button yang mudah di fahami . Simple jer, sesuai untuk beginner yang just nak guna treadmill di rumah untuk exercise santai-santai jer. 



Treadmill ni juga mampu menampung berat badan sehingga 110 kg maksimum, ada Pulse Sensor, boleh connect MP3 dan juga pilihan 3 manual incline. 


Speed range pula dari sehingga 12.8km per hour. So nak jalan biasa, nak jogging atau nak lari pun boleh atas treadmill ni. 


Teknologi motor yang powerful dengan silencer motor , energy saving dan stable. 


Paling huda yakin nak beli treadmill ni dengan waranti selama 2 tahun dan juga dapat free treadmill carpet. best kan?

Korang boleh tengok close up treadmill ni di video di bawah. 

Semoga treadmill ni dapat berfungsi dengan baik dan memberi manfaat kepada kami. 



Go!! go!!  best of luck encik suami,semoga target sihat dan kurus tahun 2021 ni tercapai! Amin. 
Nak shopping treadmill juga di Shopee , boleh klik VIGOR FITNESS. 





Post a Comment

17 Comments

Min said…
Bestnya, saya berangan juga kalau ada treadmill kat rumah ni bagusnya..boleh juga dibuat bersenam hari2. Semoga target tercapai inshaAllah amin.
Tekkaus said…
Thanks for the review. Might consider getting one treadmill myself as it is more convenient to purchase to exercise at home.
Sis Lin said…
Yeay... jenama ni pun ramai yang beli.. dah senangkan nak berBristwalk.. Sis pun sama, Suami belikan juga, siap sekali free dengan basikal.. nak dengan taknak je kan nak buatnya..
Jom kita sihat Huda...
Tini Alif said…
Wah! Bestnya... dalam rumah pun boleh bersenam tak gitu?... memang bagus ada ni, bila-bila masa je boleh bersenam kan... di samping dapat melakukan aktiviti sihat dapat juga kita releasekan tekanan apabila seharian fokus terhadap kerja dan tugasan kan...
Nadia Johari said…
Terbaikla..pasang sendiri ke huda..powerla aklau pasang snediri..senang ke nak pasang. Ramai dah orang beli treadmill ni. Yela nak keluar berjalan tak dpt, kita buat dalam rumah jela
Rawlins GLAM said…
Aduhai. Rawlins pun nak kena beli gak nie sebab nak pergi gym - still takut. Nak jogging pun neves. So, better beli treadmill kan.
Rolling Grace said…
wow you literally can buy anything on shopee today. the treadmill sounds like such a great idea. cheaper and also less hassle for delivery!
Best nya ada treadmill kat rumah. Boleh bersenam hari3 dan yg plg penting boleh dikongsikan bersama ahli keluarga yg lain
Wah, senang je ya, nak pasang sendiri. Bagus di zaman sekarang ni bila ada treadmill sendiri. Tak payah ambil risiko keluar ke tempat awam.
Emi said…
Wow kerlas uols! Ada treadmill kat rumah. Ini kalau masih liat nak bersenam jugak tak tahu nak habaq lagumana la haha.
Sunshine Kelly said…
Bagus i pun rasa nak beli sat treadmill at home but my house macam dah takde ruang dah hahaha.
Nina Mirza said…
Wah... Bestnya Huda dah ada treadmill. Bagus dah ada kena amalkan. PKP ni semua pun stuck so bagus bersenam dalam rumah jer
Mahamahu said…
Ye betul lepas sahaja kita dah setahun kerja dari rumah ni memang perlu peralatan macam ni untuk buat senaman agar badan tak bertambah bimbang juga ni hurmmm nak beli lah hehehehe..
Alia Farhan said…
Bestnya ada trackmill kat rumah.. Boleh exercise selalu kan. Suami kita da stress gym dekat clubhouse rumah ni x bukak2
Ika.S said…
Memang aim nak beli treadmill ni dekat shopee. tapi tunggu org buat review mcm ni hee. thanks tau :)