Anak Susah Hafal Sifir? Nah Guna Jer Pentagon Sifir ni, 3 jam anak-anak mampu menguasai Sifir.



Anak Susah Hafal Sifir ? Nah Guna Jer Pentagon Sifir ni, 3 jam anak-anak mampu menguasai Sifir. | Ramai ibubapa gusar dengan penguasaan sifir anak-anak dan sedaya upaya menerapkan minat anak untuk menghafal sifir. Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakan ibu bapa tidak tahu cara terbaik hingga menyebabkan anak –anak tidak suka menghafal sifir dan rasa terbeban. Perkongsian huda kali adalah tentang satu bahan alat bantuan mengajar yang menarik dan memudahkan anak menghafal sifir dengan cara yang menarik!


Anak Susah Hafal Sifir?  Nah Guna Jer Pentagon Sifir ni, 3 jam anak-anak mampu menguasai Sifir.



Syarikat Asas ILM Sdn Bhd telah menghasilkan satu inovasi Sifir iaitu alat bantuan mengajar yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meminati dan menguasai sifir dalam masa sesingkat 3 jam. Mungkin kedengaran mustahil dengan logik akal, namun jika di amati cara pengunaannya pasti ibu bapa akan tersenyum bangga apabila anak-anak sudah dapat menjawab soalan sifir yang diajukan tanpa menghitung menggunakan jari sepuluh. Seperti semuanya sudah tersedia di benak mereka.

Menurut Pengarah Pemasaran syarikat, Tuan Sulaiman Syah Bin Ab Rahman (Che Man), ramai ibu bapa mengeluh dengan pendekatan dan minat anak-anak untuk mengusai sifir. Untuk menghilangkan gusar ibubapa, beliau dan rakan kongsi Addie Humaizie Bin Abu Hassan, Selaku Pengarah Syarikat, yang juga antara pakar dalam motivasi matematik telah membuat kaji selidik bagaimana untuk mengeluarkan satu produk bantuan kondusif yang mana pelajar dapat belajar dengan lebih kreatif, mudah difahami dan cepat tertarik angka.




5 Elemen dalam Pentagon Sifir yang Memudahkan Anak Kuasi Sifir Dalam Masa 3 Jam Sahaja!

Berikut adalah 5 Elemen yang menarik dalam formulasi Pentagon Sifir . 
  • formula yang mudah,
  • kurang penghafalan, 
  • sistem reward,
  • disertakan video penerangan supaya anak-anak tidak cepat bosan, dan 
  • dapat dikuasai dalam masa 3 jam.


Kanak kanak seawal umur 9 tahun sepatutnya sudah boleh menguasai sifir dan apabila meningkat umur 12 tahun, sifir sudah menjadi satu kebiasaan dan sudah dapat menguasainya dengan baik.


Apa isi kandungan Set Pentagon Sifir ni? 




Di dalam Set bantuan Pentagon Sifir ini, terdapat Buku Manual iaitu panduan menggunakan Pentagon Sifir, terdapat juga flash card bewarna yang menarik dan Gem Reward dalam bentuk pelekat sebagai hadiah jika dapat hafal dan faham setiap flash card serta video.

 Setelah berjaya menguasai Pentagon Sifir, pasti anak-anak akan tertunggu-tunggu dan akan lebih cepat mengusai sifir kerana ada sesuatu yang menarik sebagai hadiah menunggu mereka (BIG REWARD). Menarik bukan?

Sejarah Pentagon Sifir 


Pentagon Sifir bukan sahaja sudah mendapat tempat di Brunei dan Indonesia malah ianya juga sudah menjadi buah mulut di seluruh Negara. Telah bertapak di Negara Brunei sejak tahun 2011 dengan menerbitkan beberapa buku formula matematik bagi kegunaan pelajar dan buku-buku tersebut juga telah di edarkan di seluruh perpustakaan sekolah rendah di sana. Modul sifir ini juga telah diguna pakai dalam sistem pembelajaran di Brunei.

Antara pelajar yang dapat menguasai dan mengikuti aktiviti Pentagon Sifir adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil, cucu Baginda Sultan Brunei sendiri.

Banyak aktiviti seperti kelas seminar dan program telah dijalankan di dalam dan di luar Negara bagi memperkenalkan Pentagon Sifir ini. Setiap kali program ini dijalankan pasti kanak-kanak ini akan pulang dengan satu matlamat bahawa sifir adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mudah untuk dikuasai.

Dengan adanya formulasi Pentagon Sifir ini akan menarik minat anak-anak untuk belajar sifir dan seterusnya menguasai mata pelajaran matematik dengan baik. Ini bukan sahaja dapat memudahkan ibu bapa di dalam pemantauan pembelajaran tetapi ianya juga dapat meringankan beban guru-guru di sekolah.

Dengan menguasai sifir melalui kaedah Pentagon Sifir, anak-anak akan dapat menyiapkan kerja rumah dengan lebih pantas dan cepat. Dan pasti akan mendapat keputusan yang membanggakan dalam perperiksaan.

Berapakah Harga Pentagon Sifir? 

Pentagon Sifir hanya berharga RM60. Syarikat menyediakan harga promosi sempena pembelajaran dalam talian akibat pendemik covid-19 iaitu berharga RM50 dengan menggunakan kod kupon PS50 di https://pentagonmath.onpay.my/order/form/pentagonsifir untuk 100 pembeli terawal sahaja

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan berilah peluang kepada anak-anak anda untuk mendapat ilmu yang praktikal ini. Boleh juga di beli terus di laman sesawang www.pentagonmath.com dan juga www.facebook.com/pentagonmath .


Program Pentagon Sifir Champion

Program Pentagon Sifir Champion bagi anak-anak yang sudah menguasai sifir. Ibu bapa perlu merekod video bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman menggunakan Pentagon Sifir secara bertulis atau video. 50 video terawal akan mendapat Pentagon Sifir Champion Medal, T Shirt & FaceMask.

InshaAllah adik Arif Hakim pun akan hantar video dan sertai program Pentagon Champion ni! Suka huda tengok dia yang teruja dengan pencapaian diri sendiri yang dapat hafal sifir dengan cepat dengan bantuan Pentagon Sifir ni! 




Jana Pendapatan dengan Jadi Affiliate Pentagon Sifir 

Berminat nak jana pendapatan sampingan? Syarikat mempelawa kepada individu yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Pentagon Sifir dengan mendaftar sebagai affiliate di pentagonmath.onpay.my/affiliate/register tanpa mengeluarkan modal. Semua bahan promosi dan info akan disediakan. Semoga yang berminat dapat menyumbangkan bakti sebagai pendidik melalui Pentagon Sifir.

Dengan ini kita akan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak yang cerdik dan celik sifir dan seterusnya akan berjaya dalam bidang yang diceburi dan dapat membanggakan keluarga serta mengharumkan nama Negara di persada dunia.


Untuk info lanjut boleh hubungi:

Tel : 019 666 2860

E-mail : pentagonmath@gmail.com


Youtube: Pentagon Math




















Post a Comment

22 Comments

Nadia Johari said…
Bagus kan , anak-anak dapat belajr sifir dengan baik. tengok kepada bentuknya menarik sangat. Siapa ada reward..Nad pun ada jual sifir ni..bagus sangat
Ai said…
Macam-macam cara kreatif nak ajar anak-anak zaman sekarang ni.
Fadima Mooneira said…
Hafal sifir bukan sesuatu yg mudah. Even kita yg dah dewasa nie pun bukan hafal sgt sifir pun kan. Bagus lah ada game macam nie. Senang kanak2 nak blajar.
Nina Mirza said…
Bagusnya! Menarik siap ada reward. Tertarik. Kak nina suka! Nak cari laaa untuk anak-anak. Kasi depa lagi lancar hafal sifir.
azni said…
wah.. boleh jadi affiliate erk . menariknya
Rawlins GLAM said…
Ok. Nak beli untuk anak-anak saudara Rawlins. Bagus ada produk inovatif sebegini untuk mengajar anak-anak sekarang. Especially dengan belajar dari rumah kan.
emarieys said…
bagus ni boleh belajar sifir dengan cepat..kadang kita mak-mak ni pun dah lambat nak kira.
Sis Lin said…
Sangat bagus ni, Sis nak rekemen kat adik-adik laaa.. memasing ada anak sekolah rendah.. sangat bagus budak kalau dari kecik dah hafal sifir...
SalinaJohari said…
Seronok jugak kaedah pentagon ni ya sebab sifir ni bukan mudah nak dikuasai oleh anak-anak melainkan ada pendekatan yang buat anak suka nak baca dan hafal.
Kitkat Nelfei said…
Menarik ada tool macam ni to assist the kids to master sifir... learning need to be creative nowadays to make it effective kan..
Decamellia said…
Menariknya Pentagon Sifir ni. Lebih mudah & pantas anak2 dapat belajar & hafal sifir.
Sunshine Kelly said…
Wah this Pentagon Sifir macam bagus juga, nak belikan untuk anak buah.
menarik sebab dah cuba..anak pun excited sebenarnya hehehehehe...belajar sifir dengan cara paling mudah difahami sangat praktikal
Marina Bashah said…
Menarik jugak pentagon sifir ni. Time diorang duk rumah ni bolehlah belajar sifir
Rolling Grace said…
i love this! it makes learning so fun for a kid. this new way of teaching will definitely stimulate their minds to learn better, faster!
Saya masa kecik dulu pun susah betul nak hafal sifir. Untuk budak2 yg tak minat maths, mmg kena ada sistem mcm ni.
iena eliena said…
menarik ni tiga jam boleh kuasai sifir. Bagus lah untuk ibu ibu yang ada anak untuk belajar sifir :)
this is really a good tool to help kids with sifir memorize, still remembered I had a hard time during my school time with it. cheers, siennylovesdrawing
Tekkaus said…
Indeed it is a good way for our little ones to learn how to memorize timetable right? :)
Syafiera Yamin said…
kanak-kanak jadi suka menghafal sifir dengan pentagon ni mudah sangat kan :)
Cuppy Cake said…
Thanks for sharing this! Next time I also can help my little daughter to memorize! This will help her a lot !
Nina Mirza said…
Bagus nya! Kita kecik dulu susah hafal sifir so beruntung anak -anak sekarang adanya pentagon macam ni.