5 Tips Penting Untuk Diet Sihat Ketika Bersahur
Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah masuk 14 Ramadhan.Sungguh cepat masa berlalu kan? Lebih kurang separuh lagi perjalanan kita di bulan Ramadan ini.
Ramadan ada satu peluang keemasan bagi huda, sebagai seorang ibu dan isteri dalam mengumpul pahala dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka.
KEPENTINGAN BERSAHUR
Bagi huda, tugas seorang isteri dan ibu, bab pemakanan antara aspek penting yang huda harus siapkan sebaik mungkin sepanjang Ramadan ini terutama sekali juadah bersahur. Waktu makan yang paling penting ketika Ramadan adalah bersahur.
Sabda Nabi SAW,
ŲŖَŲ³َŲَّŲ±ُŁŲ§ ŁَŲ„ِŁَّ ŁِŁ Ų§ŁŲ³َّŲُŁŲ±ِ ŲØَŲ±َŁَŲ©ً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
Ų§ŁŲ³َّŲُŁْŲ±ُ ŁُŁُّŁُ ŲØَŲ±َŁَŲ©ٌ ŁَŁŲ§َ ŲŖَŲÆَŲ¹ُŁْŁُ ŁَŁَŁْ Ų£َŁْ ŁَŲ¬ْŲ±َŲ¹َ Ų£َŲَŲÆُŁُŁ ْ Ų¬ُŲ±ْŲ¹َŲ©ً Ł ِŁْ Ł َŲ§Ų”ٍ ŁَŲ„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŁ َŁŲ§َŲ¦ِŁَŲŖَŁُ ŁُŲµَŁُّŁْŁَ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁْŁ ُŲŖَŲ³َŲِّŲ±ِŁْŁَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Melewatkan untuk bersahur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
ŲŖَŲ³َŲَّŲ±ْŁَŲ§ Ł َŲ¹َ Ų§ŁŁَّŲØِŁِّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ َ Ų«ُŁ َّ ŁَŲ§Ł َ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŲµَّŁَŲ§Ų©ِ ŁُŁْŲŖُ ŁَŁ ْ ŁَŲ§Łَ ŲØَŁْŁَ Ų§ŁْŲ£َŲ°َŲ§Łِ ŁَŲ§ŁŲ³َّŲُŁŲ±ِ ŁَŲ§Łَ ŁَŲÆْŲ±ُ Ų®َŁ ْŲ³ِŁŁَ Ų¢ŁَŲ©ً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (Riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Hukum bersahur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersahur adalah sunnah muakad berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersahur, kedua bersahur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan sahur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (Riwayat Ibn Hibban)
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (Riwayat Ibn Hibban)
5 Tips Penting Untuk Diet Sihat Ketika Bersahur
1) Pastikan menu lengkap dengan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet semasa bersahur. Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
2) Pastikan ada sumber protein dalam hidangan bersahur. Makanan berprotein seperti ayam, daging, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
3) Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap dan masakan bergoreng boleh mempercepatkan dehyration dan akan buat kita cepat berasa dahaga. Jadi, huda harus minimakan penggunaan garam dalam menu bersahur.
4) . Elakkan minuman yang mengandungi kafein. Kafein dalam minuman seperti teh tarik, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain bersifat diuretik (ia merangsang badan untuk buang air). Maka ia mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.
5) Makan menu sahur yang tinggi dengan serat seperti Quaker Oat. Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.
Mesti ada sekali dua tu korang pun pernah terbangun lewat kan? Bangun terlewat untuk bersahur dan tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi huda sediakan minuman Quaker Oat untuk sahur kerana ia memberikan huda dan keluarga nutrien yang mencukupi dan membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lebih lama. Korang dah try ke minuman 3 in 1 Oat Green Tea ni? Sedap tau!
Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
RESEPI MENU BERSAHUR MENGGUNAKAN OAT
Tadi korang dah baca kan betapa bagusnya kita makan oat ketika bersahur. Bila mood rajin huda datang, huda akan cuba macam-macam resepi menu bersahur dengan menggunakan oat sebagai bahan. Jom huda kongsikan resepi mudah Burger Daging Oat yang sedap! Menu favourite suami dan anak-anak ketika bersahur.
RESEPI BURGER DAGING OAT
Bahan-Bahan seperti gambar di atas :-
- 400 gram daging hancur
- 1 cawan oat
- 1 biji bawang besar *
- 1 inch halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh black pepper/white pepper
- 1 sudu besar mixed herbs
*diblender atau di tumbuk menggunakan lesung
Cara Masak
Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Adun rata dengan sebati menggunakan spatula
Bentukkan bulat leper seperti daging burger. Masak selama beberapa minit dan siap di hidang bersama bun burger dan sayur salad, timun dan tomato.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Adun rata dengan sebati menggunakan spatula
Bentukkan bulat leper seperti daging burger. Masak selama beberapa minit dan siap di hidang bersama bun burger dan sayur salad, timun dan tomato.
Mudah jer kan menu bersahur huda dengan menggunakan oat sebahagian daripada resepi. Jadi, jom
Ramadan ini, kita sama-sama bersahur dengan Quaker Oats yang dapat membantu membekalkan tenaga. Ada banyak lagi tau menu-menu best yang korang boleh cuba dengan menggunakan oat ni. Cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah . KLIK >> BUKU RESEPI QUAKER OAT <<
Peminat boleh memenangi pas untuk sesi istimewa bersama chef selebriti Anis Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Korang hanya perlu membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘LIKE’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebriti Anis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.
Ok, sekian perkongsian huda hari ini. Selamat berpuasa. Semoga segala amal ibadat kita di terima Allah.
bagusnya huda Sek3luarga amalkan gaya hidup sihat.Kreatiff betul! Antara penyumbang terbesar tenaga Oat ni..
ReplyDeleteQuaker Oat memang telah lama menjadi makanan tradisi untuk sahur di bulan Ramadan. Bagus untuk perut terutamanya yang mempunyai masalah gastrik
ReplyDeleteAda resepi burger daging oat. Lepas ni bolehla cuba.. Tq Huda..
ReplyDeleteBurger daging oat. First time dengar!
ReplyDeletePertama kali dengar resepi burger daging oat...kebetulan kt rumah mmg ada oat...boleh cuba ni tq huda bg idea
ReplyDeleteAi sekarang memang bersahur dengan quaker oat.. Blend dengan bahan-bahan lain. Alhamdulillah kenyang..
ReplyDeleteSahur memang banyak kebaikan. Jadi apa yang kita makan masa bersahur tu sangat penting. Oats mmg bagus kan. Makanan kesihatan yang kenyang.
ReplyDeleteMenarik resepi tu.
ReplyDeleteThanks share resipi nie. Macam nak try buat je untuk sahur esok sebab macam mudah je kan. Hehe.
ReplyDeleteLepas tengok resepi Huda, muncul dah pelbagai resepi lain yang boleh dipelbagaikan menggunakan Quaker Oat.
ReplyDeleteSedap pulak tengoknya. Pandai buat variasi
ReplyDeleteSahur memang penting. Menarik laaaa resipi daging burger Oats.
ReplyDeleteFamily kak Nina memang hantu Oats. Nak cuba laaaa nanti.
tq huda...oat ni bagus sebab mengenyangkan..kalau timpe posa laju je telan oat..kihkihkih
ReplyDeleteBagusnya perkongsian ni! Terima kasih ya! Saya selalu minum nescafe lepas sahur, tujuannya sebab tak nak tidur dah lepas tu. Alhamdulillah memang menjadilah cuma cepat pula rasa laparnya. Haha. Mungkin lepas ni kena biasakan tak tidur lepas sahur tanpa pengambilan kaffein.
ReplyDeleteHalf the month of Ramadan gone just like that. Still, these tips will surely come in handy for those who are fasting, especially those who are new to it.
ReplyDeleteSahur memang sangat penting, kalau tak shur confirm akak gastrik..nampaknya akak kena tukar la kebiasaan ambil caffein masa sahut tu..tak bagus plak rupanya...thanks Huda atas perkongsian
ReplyDeletePerggh sangat rajin la Huda ni. Leh skodeng lagi nanti untuk resepi Daging tu. Terima kasih share tips diet.
ReplyDeletenice sharinh menu utk sahur..
ReplyDeletekak nowa setiap sahur minum susu dgn kurma jer. x nak ambil berat2 coz pwpagi akan rasa senak perut kalau mkn berat.. so cukuplah dgn susu segelas atau air panas kopi teh o dgn kurma.. sikit2 jamah kuih oklah
Kalau oat kosong memang tak makan, tapi burger daging oat tu macam menarik pulak...
ReplyDeleteaisey..
ReplyDeletenampak mudah pulak buat.
rajin dgn x je nk try goreng.
wow.. awesome resipi tu..
ReplyDeleteAda baca juga katanya oat memang bagus diamalkan untuk bersahur sebab ia tahan lama rasa kenyang tu. Tapi tuhlah tekak nih x boleh nak telan oat. Tapi kalau buat resipi macam ni bolehlah
ReplyDeletewah terbaikla kak huda..buat burder oat..kita pun makn oat gak kalau lambt buat nasi
ReplyDeletebagus tips ni!@ bolehlah try nanti sebab oat ni banyak khasiatnya dan bagi tenaga sepanjang hari! mesti pilih buat shake
ReplyDeletewah nice la resepi burger tu. menarik.
ReplyDeleteAida biasanya minum gitu aje. Memang feveret ni time sahur. Mengenyangkan. Lega...
Lgpon oat ni bagus uyk diet yg sihat.
Baguslah baca kat sini ada tips berguna macam ni hehehe kita sendiri tak tahu pun... Tapi paling kita suka adalah resipi burger tu sangat menyelerakan hehehe boleh cuba lah...
ReplyDeleteyea.. eating the right food is very important for Sahur else you will suffer whole day. i love to read about your burger recipe.. wana try for my own... thanks for sharing!!!
ReplyDeleteGreat implementation of oats, I wonder what the burger taste like cause it looks really appetizing. Gonna start sharing this idea with my colleugues, think they will love it.
ReplyDeleteyeayyy ! ada pon tips untuk berpuasa. betul, sahur sangatlah penting walaupun certain org menganggap sahur tu xde pape. Padahal, makanan sewaktu sahur tulah yg membekalkan kita tenaga utk tempoh hari tersebut. thank you ya for sharing us these tips
ReplyDeleteEmi time sahur mkn cereal, susu dgn kurma je. Alhamdulillah mengenyangkan. Klu mkn roti je atau biskut, lapar.
ReplyDeletekita sahur dgn oat dan air susu.. kadang2 buat overnight oat mlm esoknya sahur makan tu... tapi bila tgk ada resepi burger oat ni sihat juga ye.. bolehlah nk try nanti... hehehe.. sahur ni kalau kita makan makanan yg sihat, inshaaAllah akan rasa bertenaga sepanjang hari tanpa penat...dan yg penting jgn lupa kurma juga...
ReplyDeleteWah burger oats tu menarik sangat...
ReplyDeleteBoleh try nanti...
Anak2 mesti suka punya...
Thanks for sharing healthy recipe mcm ni
Menu menarik ni burger dengan oat. Selalu sahur tak tahu nak makan apa. Takde idea kadang2 tu . Nak kena cuba menu berkhasiat dan sedap ni .
ReplyDeletesis tak boleh nak berdiet sahur ni..sis kena makan sahur like a king.. sebab ade baby dalam perut..hahahaha.. tak 2 pinggan nasi tak sah.. btw, tgk makanan utk sahur yang diharekan ni pon menarik sgt sgt.. cuma rajin atau tak je nak prepare kan?? klo dah ngantuk tu nampak kurma pon mcm bantal peluk..hahaha..
ReplyDeleteWah oat pun dah boleh masak mcm ni sekarang. Mmg nampak healthy dan sedappp! Tapi.. Kenapa bila resepi2 jenis masakan mcm ni saya buat selalu fail. Huhuhu
ReplyDeleteTekak akak x blh telan oat sejak azali lg. Tapi klu jadi burger mcm ni, Insya-Allah ok. :D
ReplyDeleteFuh mengancamm
ReplyDelete