4 Best Pizza Place In KL & PJ You Must Try


Craving nak makan pizza? Tapi nak makan pizza kat mana yer yang best di area KL dan PJ. Jom baca perkongsian huda tentang 4 buah lokasi yang hidangkan pizza yang terbaik di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Pelbagai pizza dengan inspirasi baru dan juga cara masak tradisional dengan rasa authentic pastinya menjadikan restoren-restoren ini lokasi yang korang wajib terjah bila nak makan pizza!

4 Best Pizza Place In KL & PJ You Must Try

Wood Fire Oven Pizza ( WOP )


Teringin nak makan pizza dengan rasa authentic? Korang boleh terjah Wood Fire Oven Pizza dan nikmati rasa keenakan authentic wood-oven pizza yang pastinya lain dari yang lain.
Tambahan pula di sini chef buat sendiri fresh mozzarella cheese. Mozzarella cheese buatan sendiri dari susu kerbau! Mesti rasa pizza yer sangat istimewa kan?

Selain itu doh pizza di sini diperbuat dari  tepung import dari Italy yang sangat halus  yang sangat lembut dan mudah dihadam. Dengan kepakaran dan teknik perapan yang sangat unik serta bahan segar dan berkualiti tinggi pastinya rasa pizza di sini sangat sedap dan unik! 




Fahrenheit 600


Apa yang membuatkan pizza di Fahrenheit 600 ni BEST?? Korang boleh nikmati “ Artisan Oven-Baked Pizza “ di sini. Chef di sini membuat sendiri pizza dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Kemudian di bakar membakar pada 600 darjah Fahrenheit, pizza mereka mempunyai rasa yang unik kerana Kerak pizza yang ranggup. Restoren ini juga ada “rustic vibe” , jadi makan pizza di sini macam travel back time sebab dinding batu bata dan juga poster lama yang di gantung menghiasi dinding.
Pelbagai pizza dengan citarasa unik yang boleh anda pilih.





My Pizza Lab


Bosan dengan pizza yang biasa-biasa? Apa kata korang cuba pizza dengan flavor yang luar biasa macam Milk Boba Pizza di Pizza Lab. Banyak lagi topping pizza yang bukan biasa-biasa tau kat sini dengan nama-nama yang unik dan catchy antara nya :-
·         Dhal-Nal Duck
·         Popeye The Sailormon
·         Huat The Duck


Jika korang jenis yang berani dan suka benda baru memang wajib terjah Pizza Lab dan rasai keunikkan rasa dan resepi istimewa pizza di sini.
                                                                        


Honcho Pizza Parlour


Nak ubah angin makan pizza outdoor? Jom try makan pizza di four-wheel kitchen Honcho Pizza Parlour.  Ia merupakan first wood-fired pizza truck di Malaysia. Di sini korang boleh nikmati macam-macam jenis wood-fired pizza dan juga homemade pasta.


Jangan memandang rendah pizza makan kat tepi jalan ni biasa-biasa jer berbanding dengan pizza yang dijual did alam restoren yang cantik-cantik.  Antara pizza korang patut cuba adalah Salmon Smoked Honcho yang membawa korang feeling-feeling macam makan pizza original Itali!
                                                                         
Namun , jika korang kesibukan dengan urusan kerja dan susah nak keluar rumah, zaman sekarang kan mudah, nak makan pizza boleh jer tempah pizza delivery. Huda selalu gunakan apps foodpanda untuk dapatkan khidmat pizza delivery yang cepat dan juga murah! Di sekitar KL dan PJ memang sangat mudah dan banyak pilihan jenis pizza delivery dalam apps food panda. 

 Huda tahu korang tengah craving sekarang kan nak pizza lepas baca artikel ni, apa lagi, tak payah susah-susah nak makan pizza yang sedap, ambil phone korang dan tempah pizza delivery sekarang jugak!!



Post a Comment

2 Comments

Duan Deris said…
Terliur tengok pizza tu semua..K la nak gerak gi Dominos jap
NA said…
Yeah selalu nak makan pizza yang asli dan dibakar dengan api serta oven batu tu.