Staycation di Grand Blue Wave, Shah Alam | Hotel Mesra Halal
Grand Bluewave Hotel Shah Alam Memperoleh Standard Penarafan Mesra Halal oleh Crescentrating.
GBWHSA sekali lagi memperoleh standard kelayakan Halal luar biasa bagi mengukuhkan lagi ciri-ciri mesra Muslim dari aspek produk makanan dan minuman apabila ia diperakui sebagai Hotel diiktiraf oleh Crescentrating* dan diberi Penarafan Mesra Halal Tertinggi, 7 Crescentrating oleh Crescentrating.
*Crescentrating adalah sebuah syarikat dari Singapura yang berperanan meningkatkan kesedaran industri terhadap pelancongan Halal di seluruh dunia.
Moto Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Taraf Tertinggi Mesra Halal oleh Crescentrating
GBWHSA kini mengalu-alukan semua pengunjung dari seluruh dunia. Meskipun GBWHSA mengambil pendekatan terhadap nilai Halal, namun idea ini di terima baik oleh majoriti masyarakat Malaysia dan juga luar negara seperti warga Jepun, Cina dan India yang merupakan golongan pelanggan utama di GBWHSA.
Menurut Pengurus Hotel , Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim
Kebanyakan tetamu kami amat menerima baik konsep Mesra Halal yang kami ketengahkan ini. Selain itu, pengiktirafan OHSAS SR0405 ialah salah satu strategi kami demi memastikan kami dapat memberi kualiti perkhidmatan terbaik untuk tetamu kami supaya mereka berasa puas hati dengan perkhidmatan yang telah di berikan.
Pengalaman Staycation di Grand Blue Wave, Shah Alam
Hotel GBWHSA merupakan hotel 5 bintang yang PERTAMA di Asia Tenggara Terakreditasi dengan penafaran Mesra Halal Tertinggi. Maka mestilah expectation huda juga tinggi dengan perkhidmatan di hotel ni. Alhamdulillah, sepanjang staycation 2 hari 1 malam di sini, huda sangat berpuas hati dengan kemudahan dan layanan staff di sini.
Kemudahan yang terdapat dalam bilik - Cerek elektrik dan kelengkapan buat air kopi/teh. Selain itu ada juga mini fridge.
Meja dan cermin wajib ada kan? Mudah nak buat kerja dan juga untuk huda bersiap.
Makan-makan di Royale Songket Restaurant
GBWHSA selain diiktiraf dan di beri penarafan Mesra Halal Tertinggi ia juga diiktiraf HALAL, JAKIM. Jadi memang seronok sangat staycation di sini sebab dapat makan-makan dengan yakin dan tanpa was-was. Huda telah menikmati pelbagai jenis tawaran buffet di sini, antara nya :-✅ 4 in 1 Buffet Dinner
✅ Breakfast di Royale Songket Restaurant
✅ Hi-Tea di Royale Songket Restaurant.
- Japanese cuisines,
- Malaysian Delights,
- BBQ & Grill
- Italian dishes
Antara menu breakfast huda di sini. Secawan kopi panas, pelbagai jenis roti , buah-buahan dan sayuran. Banyak sangat pilihan breakfast di sini tau sebenar nya antaranya nasi lemak, bubur, spagetti, mee goreng dan macam-macam lagi.
Layari www.bluewavehotels.com untuk tempahan dan juga promosi terkini.
Follow media sosial :-
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/
Instagram : https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/
Post a Comment