Review Pembersih Muka AZYMACARE, Clay Soap- Free Purifying Gel | Pencuci muka TANAH LIAT keluaran terbaru Azyma Care HQ merupakan pencuci muka yang huda amalkan sekarang. Weekend lepas time pergi bercuti ke Pulau Redang, pencuci muka ni memang wajib huda bawa sekali. Kali ni huda nak kongsi pengalaman huda sendiri lepas gunakan pencuci muka yang best ni.
Sebelum ni huda dah guna body wash Azyma Care, memang puas hati sangat dengan kesannya dalam mengatasi masalah bau badan dan masalah kegatalan kulit. Bila huda dapat tahu Azyma Care keluarkan pencuci muka, memang huda excited nak cuba. Jadi seminggu sebelum huda pergi bercuti huda dapatkan pencuci muka ni , memang huda target nak pakai sepanjang berada di Pulau dimana huda selalu masuk air laut untuk snorkeling. Bukan huda saja guna, encik suami pun guna juga sebab pencuci muka ni sesuai untuk lelaki juga, sebab nampak Ben Ashaari pun guna. Tambahan pula ia telah diuji “Hypoallergenic Tested” bagi bagi mereka yang berkulit sensitif nak gunakan pun boleh.
Okay jom kita kenal lebih lanjut keistimewaan pembersih muka Azyma Care ini.
- Mengandungi 5 bahan utama iaitu koalin clay, lavender, aloe vera, cucumber dan chamomile untuk kebaikan kulit dan tambahan bahan utama iaitu ROYAL JELLY dan BEE PROPOLIS.
- Diformulasikan dengan Kaolin tanah liat yang wujud secara semula jadi untuk membersihkan permukaan kulit dari kotoran. yang menyumbat liang seperti kotoran, minyak dan sisa solekan.
- Diperkaya dengan ekstrak botani semula jadi (Chamomile, Lavender, Timun dan Aloe Vera) untuk menenangkan kulit daripada kerengsaan.
- Kandungan Royal Jelly dan Propolis Extract pula untuk melembapkan dan menyuburkan kulit agar kelihatan lebih berseri dan sihat.
Kelebihan ROYAL JELLY & BEE PROPOLIS
Royal jelly adalah rembesan bahan menyerupai susu yang terhasil dari kelenjar pharyngealkoloni lebah madu Sebagai makanan ekslusif untuk ratu lebah yang membolehkannya bertelur sehingga 3000 biji telur setiap hari sehingga unur 6 tahun.
Ia kaya dengan nutrisi seperti protein, air, Gula, lemak, garam, vitamin, Dan asid amino untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran, membekalkan tenaga dan memandangkan usia ratu lebah.
Di dalam kosmetik, royal jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya. Royal jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit
Propolis, atau "lem lebah" dihasilkan apabila lebah mencampurkan resin dari pokok dengan air liur dan serpihan lebah. Ini digunakan untuk menjaga sarang mereka bersama dan untuk membentuk penghalang terhadap bakteria dan keradangan luaran yang lain.
Apakah faedah propolis dalam skincare ?
1. Sifat anti-bakteria
Peranan asli propolis adalah bertindak sebagai penghalang sarang lebah, menjauhkan bakteria. Dalam produk penjagaan kulit, propolis membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit anda, menjauhkan perengsa yang mungkin menyebabkan kerengsaan dan noda kulit. Berbekalkan sifat antibakteria, propolis juga telah digunakan sebagai antiseptik semula jadi untuk luka.
2. Memperbaiki Keadaan Kulit
Produk semula jadi ini terdiri daripada kualiti yang sangat disukai oleh kebanyakan orang, ia membantu menghilangkan semula pori anda secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin yang anda inginkan. Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit anda, memberikan nutrien penting yang diperlukannya. Dalam banyak kes, propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah.
3. Penyembuhan Luka
Beberapa antioksidan hadir dalam bantuan propolis dalam proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan. Tidak hanya itu, Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan sambil meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
4. Antibiotik Semula jadi
Propolis telah lama disebut "alam penisilin", yang bermaksud antibiotik semula jadi. Dengan sifat antibakteria yang kuat, ia dapat melawan pelbagai jenis kuman, virus dan melawan jangkitan.
MANFAAT AZYMACARE Clay Soap-Free Purifying Gel :
✅ Melembapkan & melembutkan kulit muka
✅ Mengatasi kulit kering dan kegatalan
✅ Mengatasi masalah jerawat
- Tidak MENGANDUNGI bahan merbahaya, Free from SLES, SLS, PARABEN DAN SYNTHETIC Colours.
- Dermatologist test Dan hypoallergenic tested
Okay, tadi huda dah kongsi panjang lebar tentang formulasi pembersih muka Azyma care , so apa kesannya lepas huda guna?
Alhamdulillah, sepanjang huda dan suami gunakan especially time kat pulau hari tu memang puas hati sangat. Terasa kulit muka bersih, tak melekit dan tak berminyak walau seharian buat aktiviti outdoor.
memang serasi untuk kami.
Selalunya lepas huda buat aktiviti di bawah terik matahari dan panas, memang malam tu kulit jadi berminyak dan lepas tu mulalah tumbuh jerawat. Namun , alhamdulillah, huda konsisten guna pencuci muka ni, takde satu pun jerawat naik dan paling best kulit muka lembab dan tak berminyak. memang betul-betul la pencuci muka ni serap minyak dan kotoran.
Pembersih Muka AZYMACARE, Clay Soap- Free Purifying Gel memang benda wajib bawa dalam check list percutian huda ke Pulau. Tak boleh tinggal ni...
Berapa Harga Pembersih Muka AZYMACARE, Clay Soap- Free Purifying Gel?
HARGA PENGENALAN RM29 (Harga Biasa RM34) Tawaran adalah TERHAD.
untuk pembelian secara online klik di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
website : www.azymacare.com
Facebook : Azymacare HQ
Instagram : Azymacare
13 Comments