Craving nak makan pizza? Tapi nak
makan pizza kat mana yer yang best di area KL dan PJ. Jom baca perkongsian huda
tentang 4 buah lokasi yang hidangkan pizza yang terbaik di kawasan sekitar
Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Pelbagai pizza dengan inspirasi baru dan juga
cara masak tradisional dengan rasa authentic pastinya menjadikan
restoren-restoren ini lokasi yang korang wajib terjah bila nak makan pizza!
4 Best Pizza Place In KL & PJ You Must Try
Wood Fire Oven Pizza ( WOP )
Teringin nak makan pizza dengan
rasa authentic? Korang boleh terjah Wood Fire Oven Pizza dan nikmati rasa
keenakan authentic wood-oven pizza yang pastinya lain dari yang lain.
Tambahan pula di sini chef buat
sendiri fresh mozzarella cheese. Mozzarella cheese buatan sendiri dari susu kerbau!
Mesti rasa pizza yer sangat istimewa kan?
Selain itu doh pizza di sini
diperbuat dari tepung import dari Italy
yang sangat halus yang sangat lembut dan
mudah dihadam. Dengan kepakaran dan teknik perapan yang sangat unik serta bahan
segar dan berkualiti tinggi pastinya rasa pizza di sini sangat sedap dan unik!
Fahrenheit 600
Apa yang membuatkan pizza di
Fahrenheit 600 ni BEST?? Korang boleh nikmati “ Artisan Oven-Baked Pizza “ di
sini. Chef di sini membuat sendiri pizza dengan menggunakan bahan yang
berkualiti tinggi. Kemudian di bakar membakar pada 600 darjah Fahrenheit, pizza
mereka mempunyai rasa yang unik kerana Kerak pizza yang ranggup. Restoren ini
juga ada “rustic vibe” , jadi makan pizza di sini macam travel back time sebab
dinding batu bata dan juga poster lama yang di gantung menghiasi dinding.
Pelbagai pizza dengan citarasa unik yang boleh anda pilih.
Pelbagai pizza dengan citarasa unik yang boleh anda pilih.
My Pizza Lab
Bosan dengan pizza yang
biasa-biasa? Apa kata korang cuba pizza dengan flavor yang luar biasa macam
Milk Boba Pizza di Pizza Lab. Banyak lagi topping pizza yang bukan biasa-biasa
tau kat sini dengan nama-nama yang unik dan catchy antara nya :-
·
Dhal-Nal Duck
·
Popeye The Sailormon
·
Huat The Duck
Jika korang jenis yang berani dan suka benda baru memang wajib terjah Pizza Lab dan rasai keunikkan rasa dan resepi istimewa pizza di sini.
Honcho
Pizza Parlour
Nak ubah angin makan pizza
outdoor? Jom try makan pizza di four-wheel kitchen Honcho Pizza Parlour.
Ia merupakan first wood-fired pizza truck di Malaysia. Di sini korang
boleh nikmati macam-macam jenis wood-fired pizza dan juga homemade pasta.
Jangan memandang rendah pizza
makan kat tepi jalan ni biasa-biasa jer berbanding dengan pizza yang dijual did
alam restoren yang cantik-cantik. Antara
pizza korang patut cuba adalah Salmon Smoked Honcho yang membawa korang
feeling-feeling macam makan pizza original Itali!
Namun , jika korang kesibukan dengan urusan kerja dan susah
nak keluar rumah, zaman sekarang kan mudah, nak makan pizza boleh jer tempah pizza
delivery. Huda selalu gunakan apps foodpanda untuk dapatkan khidmat pizza delivery yang cepat dan juga murah! Di sekitar KL dan PJ memang sangat mudah dan banyak pilihan jenis
pizza
delivery dalam apps food panda.
Huda tahu korang tengah craving sekarang kan nak pizza lepas baca
artikel ni, apa lagi, tak payah susah-susah nak makan pizza yang sedap, ambil
phone korang dan tempah pizza
delivery sekarang jugak!!
2 Comments