Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 Bantu 13,000 Peserta Tingkatkan Potensi Diri

Kita sudah pun melangkah ke dekad yang baru dalam hidup kita. Cuba kita lihat hidup kita, adakah kita masih sama seperti dahulu? Nak ubah hidup? Jom baca perkongsian tentang Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 , semoga ia memberi inspirasi untuk kita melangkah keluar dari zon selesa dan sedia untuk berubah!


Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 Bantu 13,000 Peserta Tingkatkan Potensi Diri



Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 telah berlangsung pada 25 – 27 Januari 2020 di Setia City Convention Centre (SCCC). Program ini adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.



Nak Ubah Hidup ? Ilmu Vs Bisnes 

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. 

Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga. Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. 

Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. 

 

Misi BANGSAWAN


Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.



Kisah Kejayaan 


 Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum :- 

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. 
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. 

Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). 

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow! 

Siti Noor Sabrina | Mamasab Bakery

Beliau yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. 

Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. 

Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 

Rosli Ismail dari Oli Collection

Bisnes beliau hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. 

Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. 

Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan. 



TENTANG AZIZAN OSMAN 

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

 Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
 ▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia 
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030 


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL 

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. 

Antara topik dan pengisian program adalah: 

1. Pengurusan Bisnes
 2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan & Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Titanium RichWorks Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. 

Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi. SPIRE RichWorks SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.” 

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk: 
1. Fesyen dan pakaian 
2. Kesihatan dan kecantikan 
3. Makanan dan minuman 
4. Pendidikan dan latihan 
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi) 
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan 
8. Perladangan dan pertanian 

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.



Pendek kata nak ubah hidup kita hari ni wajib ada ILMU! Dari ilmu di susuli dengan tindakan. Untuk program NUH yang akan datang korang boleh dapatkan informasi dan follow social media Richworks. Semoga tahun 2020 ni, hidup kita semua berubah menjadi lebih baik, lebih berjaya dan lebih kaya!

Website Rasmi : https://nakubahhidup.com/
Instagram : https://www.instagram.com/richworks_official/
Facebook:https://www.facebook.com/RichworksGroup/
Youtube : https://www.youtube.com/user/RichworksChannel

15 comments:

  1. Tahniah Huda..kerna berjaya menghadirkan diri..Sis dulu pantang ada seminar begini mesti join...ni dah lama takde kat Johor..nanti kalau ada mesti Sis pergi...suka ceduk aura positif Dr..

    ReplyDelete
  2. Ramai juga ya bloggers yang hadir pada program Nak Ubah Hidup ni... semoga apa yang didengar dapat di praktikkan.

    ReplyDelete
  3. tahniah sbb mampu nak ke sini. bgus sebenarnya program mcm ni. nak kite kluar dari zon selesa. ida tak berpeluang lg nak join event mcm ni

    ReplyDelete
  4. Rawlins pun salah seorang peniaga online. Meniaga apa sahaja memang peru ada ilmu dan menuntutlah dengan yang pakar.

    ReplyDelete
  5. Seems like a successful seminar �� must have gained a lot of knowledge and networks from it. ��

    ReplyDelete
  6. zaman un p IMKK..skrg ni NUH..nnti ada kelapangan boleh la nak reg lagi..aura tu penting

    ReplyDelete
  7. What a good programme. Kalo ada lagi programme camnie saya pun nak join lah. Hehehe. Thank you for sharing your experience.

    ReplyDelete
  8. Bagus azizan osman ni, walaupon mcm2 berlaku. Dia tetap bersemangat mengajar rakyat malaysia tk kira kaum utk bangkit

    ReplyDelete
  9. Kawan saya pun duk memuji-muji azizan osman ni. dia boleh membakar semangat orang untuk berusaha sehingga berjaya

    ReplyDelete
  10. Memang luar biasa program ni. Masuk kali ni dah dua tahun berturut2 saya join program ni. memang naik semangat bila join program NUH ni.

    ReplyDelete
  11. Bagus ikut program yang mcm gini.. dpt tingkatkan prestasi sendiri kan.. makin semangat!

    ReplyDelete
  12. Ramai ye yang hadir join. Tun pun ada, so nampak lah kejayaan event ni.nak kene join juga ni ambik ilmu.

    ReplyDelete
  13. Wahhh menarik ni dapat join program macam ni. Kalau ada peluang boleh join dan boleh dapat ilmu yang baru yang memberi manfaat. Anyway thank you for sharing, best baca entry macam ni.

    ReplyDelete
  14. Eh Huda ada datang ke hari tu? Tak jumpa pun..memang best gi NUH2020 ni sebab byk bg kita motivasi untuk berjaya

    ReplyDelete
  15. bestnya, bertuah sangat dapat sertai program macam ni. teringin jugak sekali nak pergi program2 macam ni one day.

    ReplyDelete