Tips Memasak | 5 Sebab Korang Patut Gunakan Garam Bukit bukan Garam Biasa Dalam Masakan



Rasanya sudah bertahun huda gunakan garam bukit dalam masakan, bukannya garam putih yang biasa. Korang pula macamana? Huda nak kongsi kan antara manfaat dan khasiat garam bukit yang mungkin korang tak tahu. Dah tahu ni konfem korang akan beli garam bukit jer lepas ni, tak belikan dah garam biasa.

Garam Bukit Vs Garam Biasa

Garam jer pun, ada beza ke? dua-dua rasa masin, betul tak? Mungkin berbeza pada harga sedikit mahal garam bukit berbanding garam biasa yang warna putih tu. Namun jika di teliti dua jenis garam ni berbeza  dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.


Garam laut / Garam Biasa / Garam Putih


Dihasilkan dengan menyejatkan air laut dan kandungan mineralnya bergantung kepada air laut itu sendiri yang bermakna ia mengandungi sodium cloride serta unsur-unsur mineral tambahan.
Warna serta tahap kemasinan garam juga bergantung kepada air laut.


Garam bukit


Dihasilkan dengan melombong di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam ini akan diproses menggunakan bahan kimia agar didalam garam itu sendiri hanya mempunyai sodium cloride serta bahan kimia tambahan yang menyebabkan tekstur lebih halus.
Ia juga ditambah iodin bagi memberi keperluan iodin dalam badan manusia.
Rasanya juga lebih masin.


Tips Memasak | 5 Sebab Korang Patut Gunakan Garam Bukit bukan Garam Biasa Dalam Masakan

Berikut 5 sebab huda pilih garam bukit berbanding garam biasa, mungkin korang juga patut pilih garam bukit lepas baca khasiat dan manfaat garam bukit ini kepada kesihatan tubuh badan kita :- 


#1. Membantu proses penghadaman


Garam bukit membantu sistem penghadaman serta mengurangkan sakit perut secara semula jadi.

Tips
  •  Masukkan sedikit garam bukit dan daun pudina segar ke dalam minuman kegemaran anda.
  • Amalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan membantu mencerna protein kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah pinggang.

#2 Meningkatkan kadar metabolisme


Pengambilan garam bukit membantu merangsang metabolisme tubuh dan meningkatkan fungsi tubuh.

#3.Menstabilkan tekanan darah

Kandungan kalium yang tinggi dalam garam bukit membantu menstabilkan tekanan darah dengan mengekalkan keseimbangan tekanan darah tinggi dan rendah.
Ia juga merangsang sistem imunisasi tubuh badan. Kandungan mineral dalam garam bukit sangat membantu dalam memulihkan sistem pertahanan tubuh. Ia mampu melawan bakteria berbahaya dan mencegah dari dijangkiti penyakit.

#4 - Membantu tidur lena

Garam bukit juga mengawal tahap melatonin, sekaligus menjadikan tidur lebih lena dan segar apabila bangun dari tidur.

#5 .Mengurangkan berat badan

Nak kurang berat badan?  Boleh amalkanlah pengambilan garam bukit kerana ia mengurangkan ketagihan gula dengan mengaktifkan semula insulin, seterusnya mengurangkan berat badan.

Walau bagaimana pun sentiasa kawal pengambilan garam harian kita. Baca >> Petua Kurangkan Pengambilan Garam <<


Kredit : Rasa.my 

Post a Comment

1 Comments

umminani said…
un guna garam yang bawah sekali tu...kat mydin je ada huuhu