Petua Kurangkan Pengambilan Garam Ketika Memasak dan Makan



Garam antara bahan masakan yang paling penting. Tiada garam, lauk jadi tawar memang tak selera langsung nak makan, betul tak? Tapi semakin meningkat usia , Huda jadi lebih peka tentang pengambilan garam harian sebab risau akan penyakit yang berpunca dari garam berlebihan ni.

Untuk orang dewasa di sarankan mengambil tidak lebih daripada satu sudu kecil garam sehari bersamaan dengan 5 gram garam atau 2,000 mg natrium mengikut panduan pengambilan garam yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012. Jumlah ini merangkumi natrium yang wujud secara semula jadi dalam makanan dan juga yang ditambah sewaktu pemprosesan atau memasak makanan.

Tidak di nafikan garam memang penting untuk metabolisme tubuh, namun pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Tambahan pula, ia menyumbang kepada faktor risiko mendapat strok, serangan jantung, kegagalan jantung, buta dan kegagalan buah pinggang.  Sangat menakutkan bila fikir asbab makanan , kita sendiri merosakkan tubuh badan kita sampai sakit. Jadi sebelum terlambat, jom la kita amalkan petua berikut:-



Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia kongsi infografik yang sangat-sangat berguna ni. Lagi-lagi nak bulan puasa kan tak lama lagi, sama-sama lah kita menjaga pemakanan kita. Kurangkan pengambilan garam dan kekal sihat sepanjang Ramadan akan datang!

5 comments:

  1. bagus tips ni .boleh cuba juga.

    ReplyDelete
  2. Good info Huda..
    LZ kuat masin, lepas ni memang kena kurangkan atas faktor kesihatan..

    ReplyDelete
  3. mmg kena kurangkan garam.. nnti penyakit mcm2 boleh singgah huhu

    ReplyDelete
  4. Good sharing huda .. Bab2 pengambilan garam ni, mmg kalau boleh elak pengambilan berlebihan ...

    ReplyDelete
  5. Betul tu...part makanan segera tu yg kena jarangkan makan...tak dinafikan situ la penyumbang utama garam tinggi...tp tu la kadang2 terasa nak makan kan huda.

    ReplyDelete