Weekend pertama dalam 2020 iaitu weekend yang lepas, seawal 7 pagi dah gerak anak-anak bangun. Ajak pergi pantai, dan tunaikan permintaan si adik nak main pasir. Dah lama sangat diorang tak pergi pantai, sebab pantang bersunat hujung tahun lepas. Huda pun rindu nak tengok sunrise tepi pantai.
Best dapat luangkan bersama anak-anak ni. Diorang ni sekejap jer kecil..tak lama lagi membesar, moment camni mesti akan dirindui...
Selepas luangkan masa lebih kurang 1 jam di pantai, kami pun pergi sarapan di warung yang jarak lebih kurang 50 meter jer dari pantai kami pergi tadi. Time sarapan, hujan pun turun. Syukur, hujan tak turun time kami tengah bermain pasir tadi. Selesai jer makan, hujan pun berhenti. Syukur lagi...bertambah syukur sebab boleh balik ke kereta tanpa perlu anak-anak redah hujan lebat tadi.
Bertambah berjuta kali syukur sebab kami nampak PELANGI!!
Ya Allah, Allah Maha Besar, Maha BerKuasa.
Disebalik fenomena alam yang unik ni, ada hikmah yang kita sebagai hambaNya perlu berfikir...
“Life throws challenges and every challenge comes with rainbows and lights to conquer it.”
Semoga kami tabah menghadapi cabaran dan ujian Allah sediakan untuk kami di hari-hari mendatang.. Dan semoga kami sentiasa bersyukur di saat senang dan susah..
1 Comments