Tips Legakan Kegatalan dan Ruam Kulit Dengan Bedak Agnesia Wajah Baru

Tips Legakan Kegatalan dan Ruam  Kulit Dengan Bedak Agnesia Wajah Baru 



Sejak 1930an, bedak Agnesia Hygiene Care Powder telah sinonim dengan rakyat Malaysia dimana  ia menjadi bedak yang wajib ada  di semua rumah. Bedak Agnesia membantu  melegakan kegatalan kulit dan mengurangkan masalah ruam yang sesuai di gunakan seisi keluarga tidak mengira umur dan jantina.  

Bedak Agnesia Wajah Baru  

Sebelum Huda berkongsi lebih lanjut tentang wajah baru bedak Agnesia ni, jom kita kenal lebih dekat tentang bedak Agnesia ni, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Rumusan Agnesia yang berasal dari Britain di bawa ke Malaysia dan disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika agar dapat memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Tin Merah ikonik yang disukai oleh setiap generasi juga kini turut popular di luar negara. Ia boleh didapati  di Mauritius serta Nigeria. 

Pada 2004, Agnesia berjaya memenangi anugerah berprestij Superbrands Award, yang menjadi bukti kepada jenamanya yang kukuh lagi diiktiraf oleh rakan-rakan industri serta para pelanggan sekalian. Ia juga disahkan Halal. 

Muka huda yang excited dapat mencuba Bedak Agnesia yang terbaru 
dan juga teruja terima sejambak bunga dari 50gram.com.my 

Setelah berjaya memantapkan kedudukannya selama lebih 80 tahun, bedak Agnesia Hygiene Care kini berwajah baru. Selain itu, Agnesia turut menambah rangkaian produk terbaru iaitu Beau Care Powder dengan dua haruman semulajadi yang menyegarkan iaitu lavender dan ros.  Ia didatangkan dalam bekas 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan. 



Terbukti berupaya membasmikan 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos, bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan. Tambahan pula Bedak Agnesia juga mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. 


Tips Legakan Kegatalan dan Ruam  Kulit Dengan Bedak Agnesia Wajah Baru 

Okay, sekarang kita dah kenal dan tahu tentang bedak Agnesia yang kini tampil wajah baru dan juga ada pilihan nak bau ros atau lavendar.
Bila waktu terbaik nak gunakan bedak Agnesia ni?



Tips untuk legakan kegatalan dan kurangkan masalah ruam kulit adalah menggunakan Bedak Agnesia setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Bedak Agnesia ini juga membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.


InshaAllah, dengan ciri-ciri anti bakteria, membasmi 99.9% bakteria dan juga bebas Asbestos ini, seluruh ahli keluarga kita dapat menikmati hari-hari yang lebih indah dan dilindungi seumpama sentuhan kasih sayang. Pengalaman huda sendiri dah guna bedak Agnesia yang terkini , anak kurang mengadu masalah kegatalan dan tiada lagi masalah ruam terjadi walau mereka aktif bermain dan berpeluh.



Menurut Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee :

 Kita sememangnya beruntung kerana dapat menikmati sinaran matahari dan cuaca tropika sepanjang tahun. Namun, kerana kita berada dekat dengan air, cuaca sentiasa lembap sekali gus membuatkan kita mudah berpeluh. Oleh yang demikian, bedak Agnesia Hygiene Care merupakan pilihan terbaik kerana ia berupaya memberikan keselesaan dan kekeringan kepada para pengguna agar mereka sentiasa segar dan lega daripada kegatalan kulit,”
 Semenjak ia mula ditemui lebih 80 tahun lalu, bedak Agnesia telah memainkan peranan penting dalam melindungi keluarga daripada kegatalan kulit dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian bersama-sama orang yang tersayang. Ia merupakan produk isi rumah yang sangat dipercayai oleh setiap generasi dalam memberi perlindungan selamat dan keselesaan yang dirumus khas untuk seluruh peringkat usia.

Apex Pharma merupakan syarikat induk rangkaian bedak Agnesia. 





Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart. 

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari :-

Website : https://www.apexpharmacy.com.my/

Facebook : AGNESIA


Post a Comment

5 Comments

Tak sangka 2 bedak yg baru th wangi sungguhkan.. letak kat tgn anak pun dia terus suka sgt
Nadia Johari said…
bagus sangat bila dia keluarkan bdeak ni denagn bauan harum..hehe
Mimin Adam said…
bau dia wangi. suka sangat.. dah try
Ai said…
Bedak legend. Diyakini turun temurun.
Admin said…
Wonderful story, reckoned we could combine some unrelated data, nevertheless definitely worth taking a look, whoa did a single study about Mid East has got more problerms also
áo lớp
http://ksvadl.com/khach-san-ha-noi
http://anhngubingo.com/su-kien-bingo
Sư trụ trì