Bonanza Sushi King - Repeat Makan Sampai 2 Kali!


Bonanza Sushi King - Repeat Makan Sampai 2 Kali!





Tahun 2019 ni rasanya paling kerap makan sushi. Ini semua sebab bila anak-anak dah jadi sushi lover macam mama dia. Pada tahun ni, dah takde sushi king card membership. Guna apps sushi king jer. Boleh baca huda ada review app Sushi King pada entry yang lepas DI SINI.


Bulan Jun lepas 2 kali makan sebab redeem birthday rewards papa dan redeem free birthday cake papa. Bulan Julai makan 2 kali juga, sebab Bonanza Sushi King yang sangat berbaloi makan. Yer lah, mana tak yer lebih 45 jenis pilihan dengan harga RM 3 jer! 

Dari awal Julai dah mark pada kalendar dan tampal reminder tarikh Sushi King Bonanza. Si Arif kan memang obses dengan nombor dan tarikh, jadi dia dok la counting days sampailah hari yang di nanti tiba.

Tarikh 22 Julai 2019, lepas amik anak-anak balik sekolah terus ke Sushi King Kuala Terengganu yang terletak di Paya Bunga Square.  Mujur tak ramai sangat orang, tak payah beratur panjang. Lega sangat. 


Adik Arif Hakim! Staff sushi king tak kira dia masa masuk, sebab kata ni kanak-kanak lagi. sebab sushi bonanza 1 akaun boleh bawa masuk 3 pax jer. Tapi dia lah paling banyak makan!! Lepas satu, satu dia amik . sampai habis sebotol kicap tu.

Best friend Papa! Muka sama perangai pun sama. Photostat 100% ni!


Kali ni makan, huda agak serabut dan geram pun ada. Dah la rasa panas, maybe air cond kat Sushi King tak kuat. Tambah pula si Arif asyik la dok kira berapa harga dengan keep on counting berapa banyak plate yang kami dah makan. Ish. tak tenang nak makan, bila anak kat sebelah asyik dok mengira berapa ringgit kena bayar nanti. Itu lah, anak sulung huda yang sangat fanatik dan obses dengan matematik. Semua benda dia nak kira dari bangun tidur sampai lah nak tidur malam, tak berhenti mulut sebut numbers.


Maka, selang sehari Huda ajak encik suami pergi makan lagi Bonanza Sushi King pada sebelah pagi. Nak makan dengan tenang dan sambil tu dating berdua.


Nak komen sikit lah! Kalau korang perasan, gambar kat atas tu Salmon Skin yang huda beli time 22/7 dan gambar bawah tu beli time 24/7. Nampak tak beza kuantiti yer. Memang lain. Bagi huda tak elok lah gitu, portion berbeza sangat. Ini lah antara favourite huda makan sampai 2 kali.hehe...


Ni pun favourite jugak!


Pencuci mulut makan Hanjuju Cheese Cake yang sedap sangat2.


Air ni pun RM 3 jer satu jug. Sekali sekala minum air lain pulak, asyik minum green tea jer kan kat Sushi King.

Alhamdulillah, habis duit tak sampai RM 100 pun untuk 2 kali repeat makan Sushi King Bonanza kali ni. Bulan depan nak makan lagi Sushi King! sebab nak redeem birthday smile points dan redeem free birthday cake!


Post a Comment

0 Comments