Tips Percutian Bersama Anak - Cara Kemas Beg - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Tips Percutian Bersama Anak - Cara Kemas Beg

Tips Percutian Bersama Anak - Cara Kemas Beg

Share This
Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi satu tips percutian yang penting dan paling ibu-ibu ni perlukan masa dan fokus yang tinggi, iaitu waktu kemas beg yang hendak dibawa ketika bercuti. 

Cara kemas beg bercuti secara road trip dan bercuti naik flight mungkin ada sikit berbeza sebab kena ambil kira yang barang yang di larang di bawa ketika menaiki pesawat. Huda dah rasa macamana stress bila nak kemas beg ketika road trip dan juga naik kapal terbang bersama anak-anak. Kenapa stress? Hehe, biasa la, stress utama sebab tak tahu nak bawa baju apa, dan masalah bosan asyik pakai baju sama ( maklum lah baju berjalan yang cantik ada la 3-4 helai jer, kalau setiap bulan jalan, tak ke bosan ulang baju sama jer). Mula la mood nak pergi shopping baju, tapi fikir budget semua nak bawa pergi holiday. hehe..masalah betul. 

 Ok, tak mau stress-stress, jom huda kongsi tips penting dan patut ibu-ibu amalkan untuk elakkan "stress" ketika bercuti nanti.
 

 Tips Percutian Bersama Anak - Cara Kemas Beg.

1) Ambil sekeping kertas, dan tulis berapa hari anda bercuti dan buat senarai baju yang hendak di bawa ( kalau boleh siap warna baju sekali- mudah suami juga nak rujuk bila kita suruh diorang amikkan baju anak nnt) 


2) Buat kajian tentang cuaca dan keadaan tempat yang bakal anda kunjungi. Jika cuaca sejuk dan hujan pastikan sediakan baju sejuk dan stokin. Jika cuaca panas, pastikan semua baju yang di bawa fabrik yang serap peluh dan sediakan juga topi untuk anak-anak. 


3) Lipat baju anak dengan kaedah " lengkap sepersalinan" . Contoh macam anak huda lelaki umur 6 tahun. Huda akan lipat sekaligus T-shirt, Jeans dan boxer dia. Nanti di bilik hotel lepas mandi, terus amik satu set baju dia yang lengkap. Tak payah nak bongkar-bongkar beg cari itu ini. 


4) Bawa tuala kecil, wet tissue dan lampin pakai buang secukupnya. Contoh anak huda yang umur 3 tahun ni, masih lagi gunakan pampers, huda akan bawa pampers mengikut berapa hari untuk bercuti. Contoh 5 kali tukar pampers, jika 3 hari bercuti, pastikan huda bawa pampers 15 keping dan extra 2-3 keping. 


5) Makanan anak seperti susu formula, snek dan roti pastikan ada di dalam beg travel anda. Sebaiknya beli sebelum, sebab boleh jimat duit dari terpaksa membeli makanan di airport yang berkali ganda mahalnya. 

 Tips untuk bawa susu formula anak, boleh bungkus di zipper beg mengikut sukatan dan di darab dengan berapa hari anda bercuti. Lebihkan juga sukatan yang dibawa jika ada emergency anak perlukan kuantiti susu yang banyak . Mujur anak-anak huda dah tak minum susu formula dah. Jadi huda fokus bawa snek dan roti yang mudah di makan di dalam perjalanan. Bekalan air mineral juga penting untuk pastikan anak-anak kekal hidrat sepanjang percutian nanti. 

6) Bawa ubat-ubatan untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Kita memang tidak mahu anak kita jatuh sakit kan? Maka langkah berjaga-jaga seperti sentiasa menggunakan hand sanitizer sangat penting di amalkan oleh seluruh ahli keluarga ketika travel. Ubat-ubatan juga penting untuk standby jika ada emergency. 

7) Sebelum ini dah buat kajian tentang cuaca, selain itu buat juga kajian tentang jarak perjalanan yang memerlukan anak-anak untuk berjalan kaki. Jika jaraknya jauh maka pastikan baby carrier atau stroller berada dalam list anda.

Alhamdulillah, huda dah lepas fasa bawa baby carrier dan stroller ni. Namun huda juga harus membuat persiapan tentang kasut apa yang sesuai untuk di pakai oleh anak-anak untuk memastikan mereka selesa dan happy sepanjang percutian. 


8) Bawa juga permainan saiz kecil, buku dan pensil warna untuk elakkan anak merasa bosan sepanjang perjalanan atau di bilik hotel. Macam huda, encik suami memang akan beli mainan baru dan simpan dalam beg travel. sebelum naik flight akan bagi anak-anak supaya mereka tidak merasa bosan sementara menunggu flight sampai. Dalam flight pun anak-anak akan bermain. Dalam bilik hotel, suprise permainan baru juga membuatkan mood anak-anak happy, dan dapat elakkan tantrum yang boleh "spoilkan" mood bercuti. 



Selamat amalkan tips ringkas dari huda ini. Percutian dengan anak-anak memang seronok dan mencabar. Sebab itu penting sangat ibu-ibu mengemas beg travel dengan selengkap dan sesempurna mungkin.

29 comments:

  1. suka dengan perkongsian huda ni, info bagus! kadang kalau bercuti memang part paling malas adalah kemas baju. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun,part kemas baju yang paling malas nak buat,kena ada mood. hehe

      Delete
  2. Bagus tips ni. thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. wajib buat.. hehe.baru travel nnt stress-free.

      Delete
  4. salam huda =)
    tips yg bgus.tq share ^_^

    ReplyDelete
  5. Bestnya tips ni. Thanks tau.. memang kelam kelibut nak prepare barang jadi 1 beg je 😂😂

    ReplyDelete
  6. Nak pergi bercuti tu best. Tp part nak pack & unpack barang tu ya Tuhan liatnya la hai rasa

    ReplyDelete
  7. haha.. permainan kecil kegemaran diorang mesti wajib bawa.. kalau tak.. meragam pulak kat sana.. sekali kena beli mainan baru.. udah kena keluar duit lain pulak.. apa-apa pun bagus tips2 ni.. thank thank you.. nanti TB nak bookmark.. hehe

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bagus. Sebab bila melibatkan pergerakan dengan anak kecil kita kena lebih kreatif.

    ReplyDelete
  9. Tq for the tips. Blh jadi rujukan bila nak pg melancong

    ReplyDelete
  10. Bila dah expert sekejap ke kemas beg. Ruby masih ingat masa memula dulu, boleh delay berhari-hari kemas beg. Bila dah bertolak, ada je la barang tertinggal. Kalau boleh nak elak anak guna gadget, tapi masa tu memang dah tantrum kuat. bagi juga la. hahahaha

    ReplyDelete
  11. Tip ke 3 tu sama mcam zaza jgk.. Siap2 satukan terus nak pakai apa tmasuk tdung sekali hehe

    ReplyDelete
  12. Hampir kesemua tips tu ana dah apply cuma yg no 3 tu ana tak terpikir nk buat mcm tu. Next time wajib buat tips ni sebab ana nampak sgt membantu. Tak yah lah nak selongkar baju2 yg lain. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  13. Huda.. Kisah baju cantik ada berapa je tu sama.. Hahaha..pastu stress. Setiap kali packing baju masya Allah, lepas balik tu kadang berhari tak sentuh last2 semua baju basuh. Walaupun bersih. Kami ada 4 anak dara imagine je la baju bawak banyak mana. 2 hari rasa mcm kene bawak almari

    ReplyDelete
  14. tips yang sangat berguna untuk parents hari ni... let's go travel!

    ReplyDelete
  15. Selalunya, semua benda nie dah pack awal2 dalam beg... Sebab anytime je kami sekeluarga akan travel.. Kenkadang tak dirancang pun.

    ReplyDelete
  16. Gud info! Ada juga list yang ciktie dah buat hehe

    ReplyDelete
  17. Hurm kita pasangan pun xde lagi, takpe bookmark dulu, huhuhu

    ReplyDelete
  18. Bab ambil kertas, tulis bajet baju serta brng nk dibawa tu sememangnya diamalkan. Mcm tips lain belikan permainan baru ye. Erm.. blh dipraktikkan. Wlpn anak mmng akn paw lebih punya. Haha
    Terima kasih atas tips yng baik ni. 💕

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah anak2 sis semua dah besar panjang, dah lepas dah fasa mengemas barang2 travel utk diaorg. Skrg diaorg dah leh travel sendiri dah..hehehe

    ReplyDelete
  20. Bagusnya boleh buat macam ini. Rawlins walaupun buat checklist, nanti mesti akan timbul perasaan tak cukup pakaian, maka akan sentiasa bawa lebih 2 pasang pakaian, pergi balik kampung sekalipun. Huhu

    ReplyDelete
  21. Sedangkan nak packing laki bini pun pening kepala, kalau ada anak lagi la banyak benda. Best jugak tips ni.

    ReplyDelete
  22. thanks for the tips. useful for parents like me

    ReplyDelete
  23. Bagus tips for this. I can share with this with my friends who are new parents!

    ReplyDelete
  24. Nice tips...bulan 5 ni nk brjln jauh dgn 2 org ni kena plan btul2 ni..kalau tak jenuh jugak..thanks for the tips

    ReplyDelete
  25. Bagus tip ni. Nak pula klu Naik flight lagi la xtahu nk bwk apa.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages