Perancangan Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Mana?
Kundasang , Sabah
Perancang Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Mana?
Salah satu wishlist huda, adalah nak menginap di Kundasang Golf Retreat Villa. Villa merupakan private villa dan tidak selalunya di buka untuk tempahan. Jadi untuk mereka yang bertuah jer tau dapat merasa stay di villa ni. Hope time huda nak bercuti ke Kundasang ada lah rezeki menginap di sini. Jom layan gambar-gambar cantik di Kundasang Golf Retreat Villa.

Rekaan seni bina dan juga hiasan dalaman villa ni adalah hasil kreatif JWA Design and Build. Selain dari villa ini, Ibis Styles Hotel Inanam Kota Kinabalu juga direka hias oleh JWA Design and Build. Memang kagum huda tengok, nampak mewah dan elegan kan? Semoga ada rezeki jejakkan kaki ke sini..
Selain dari wishlist nak stay di villa yang cantik di Kundadang, huda juga ada study di laman web Bagasi di mana ia memberi panduan tentang lokasi penginapan yang sesuai . Huda tertarik dengan satu artikel yang di terbikan oleh Bagasi mengenai senarai tempat penginapan di Kundasang . Lengkap panduan untuk huda pilih jenis penginapan macamana dan kelebihan di setiap lokasi.
Lepas baca artikel tersebut dan banding kan semua review yang telah ditulis oleh pengunjung yang pernah datang, maka pilihan penginapan untuk percutian keluarga ke Kundasang adalah Ren Hana Kampungstay Kundasang.
Sebab utama huda pilih lokasi penginapan ini adalah permandangan yang sangat cantik, dekat dalam 3 km sahaja untuk pergi ke Dairy Farm dan juga ada FREE Wifi dan FREE Parking yang luas dan selamat.
Teringin sangat nak tengok view cantik-cantik macam ni kan? Damai , tenang dan segarnya!
Okay, survey tempat penginapan dah settle, boleh la huda teruskan dengan merancang itinerari percutian keluarga yang akan datang. Kalau korang ada tips bercuti ke Kundasang, sudi-sudikan kongsi di ruangan komen di bawah yer!
Kalau korang macam huda, suka membaca info travel sebelum pergi bercuti , jom layari >> https://bagasi.my/
Post a Comment