Perancangan Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Mana?


Perancangan Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Hotel Mana? | Kundasang , Sabah merupakan destinasi percutian impian semua orang. Huda sendiri dah pasang impian bertahun-tahun nak jejakkan kaki kesini. InshaAllah , mula kan dengan perancangan dahulu , cari lokasi penginapan yang terbaik dan kemudian boleh teruskan perancangan bab lain pula.

Kundasang , Sabah



Kundasang merupakan sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, yang terletak di sepanjang Kundasang Valley . Lokasinya yang strategik sebab ia terletak kira-kira 6 kilometer jauhnya dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari bandar Ranau yang penuh dengan tarikan tempat menarik seperti kolam air panas dan fish spa.

Perancang Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Mana?

Perkara paling penting dalam merancang percutian adalah tempat penginapan. Memang tugas huda, sebagai master mind percutian keluarga, akan pilih hotel atau homestay yang sesuai dan strategik untuk kami sekeluarga.

Salah satu wishlist huda, adalah nak menginap di Kundasang Golf Retreat Villa. Villa merupakan private villa dan tidak selalunya di buka untuk tempahan. Jadi untuk mereka yang bertuah jer tau dapat merasa stay di villa ni. Hope time huda nak bercuti ke Kundasang ada lah rezeki menginap di sini. Jom layan gambar-gambar cantik di Kundasang Golf Retreat Villa.









Rekaan seni bina dan juga hiasan dalaman villa ni adalah hasil kreatif JWA Design and Build. Selain dari villa ini, Ibis Styles Hotel Inanam Kota Kinabalu juga direka hias oleh JWA Design and Build. Memang kagum huda tengok, nampak mewah dan elegan kan? Semoga ada rezeki jejakkan kaki ke sini..
Kredit Gambar : Booking.Com

Selain dari wishlist nak stay di villa yang cantik di Kundadang, huda juga ada study di laman web Bagasi di mana ia memberi panduan tentang lokasi penginapan yang sesuai . Huda tertarik dengan satu artikel yang di terbikan oleh Bagasi mengenai senarai tempat penginapan di Kundasang .  Lengkap panduan untuk huda pilih jenis penginapan macamana dan kelebihan di setiap lokasi.

Lepas baca artikel tersebut dan banding kan semua review yang telah ditulis oleh pengunjung yang pernah datang, maka pilihan penginapan untuk percutian keluarga ke Kundasang adalah Ren Hana Kampungstay Kundasang. 

Sebab utama huda pilih lokasi penginapan ini adalah permandangan yang sangat cantik, dekat dalam 3 km sahaja untuk pergi ke Dairy Farm dan juga ada FREE Wifi dan FREE Parking yang luas dan selamat. 




Teringin sangat nak tengok view cantik-cantik macam ni kan? Damai , tenang dan segarnya!

Okay, survey tempat penginapan dah settle, boleh la huda teruskan dengan merancang itinerari percutian keluarga yang akan datang. Kalau korang ada tips bercuti ke Kundasang, sudi-sudikan kongsi di ruangan komen di bawah yer!

Kalau korang macam huda, suka membaca info travel sebelum pergi bercuti , jom layari >> https://bagasi.my/



Post a Comment

13 Comments

Emily said…
Saya juga pernah stay kat Ren Hana Kampungstay. Mereka memnpunyai service yang baik, bersih dan makanan yang sedap. I am impress dengan mereka sebab mereka menggunakan lori kargo untuk menghantar seua barang mereka. Good recommendation and informative article!
Ezna Khalili said…
Nampak sangat cantik kat Kundasang ni. Teringin juga nak pergi sebab pernah ke Sarawak je. Sabah tak pernah pergi lagi. Suasana mendamaikan dengan gunung kinabalu depan mata kan?. Nampak sangat cantik macam kat luar negara pulak tengoknya.
Fadzi Razak said…
Eh eh baru je bercakap dengan husband nak pegi bercuti ke Kundasang. Sebenarnya kiteorang main osom nak pilih tempat bercuti. Main osom, husband menang, dia pilih nak pegi kundasang. tengah buat reasearch jugak ni
Zharif Azis said…
Ya Allah rindunya dengan Kundasang. Teringin nak ke sana lagi. Satu tempat yg menarik dan best utk dilawati. Kalau pergi Sabah wajib pergi Kundasang. Kalau tak, tak lengkap lahh trip Sabah tu.
Nina Mirza said…
Bestnya kalau dapat bercuti kat Kundasang. Dah lama tingin nak ke sana yang cantik pemandangan , suasana nyaman. Dok baca orang citer jer...
Mahamahu said…
Lepas ni kalau nak ke Kundasang kita akan tengok Bagasi ni memang nampak menarik dan juga tertarik untuk dikunjungi hehehehe kita dah lama tak ke sana pun hurmmm...
Bella Jamal said…
Bestnya Kundasang. Macam kat Himalaya tengok, macam lua negara. Teringin la nak pegi. Tros google tgk Kundasang. Bolehla cuba Kampungstay yang dicadangkan tu.
Nadia Johari said…
nad pun ada usha bagasi ni..usha dekat johor..banyak hotel menarik yang diberi..sipa info, gmbr dan harga..good la..tak perlu cari banayk website..kundasang ni best tengok..impian nak ke sna
Ruby said…
Cantiknya la gambar tu. Rasa tak sabar nak pi Kundasang. Hahaha. Sebab akak belum lagi ke Kundasang. Plan kami next year. Bergantung kepada cuti sekolah atau cuti suami. hehehe
Lia Hasty said…
lia teringin sangat nak ke Kundasang Sabah ni. negeri yang belim lia jejak lagi. sellagi je tengok gambar cantik kat Kundasang ni.
saidila said…
wahhh rindu tempat nih , last jejak tahun bila tah masa anak2 masih kecik lagi...sejuk dan nyaman jer tempatnya...ada peluang pergi lagi nak stay kundasang pulak
Rawlins GLAM said…
Kundasang memang cantik kan.
Rawlins pun sejenis yang akan buat homework sebelum jejalan ke mana-mana pun. Thanks share info pasal webpage tu ye.
Ahmadi said…
Jom datang ke Sabah lagi..Boleh saya bawa melawat ke bahagian daerah saya Beaufort. Boleh nikmati masa malam dengan melihat keindahan fauna waktu malam...hehe macam jelajah safari pula.