KITKAT Popcorn - Rasa Unik KITKAT Gabungan Perisa Manis & Masin


Kepada semua penggemar coklat di seluruh Malaysia, jom raikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT! Sebagai peneraju utama dalam kategori coklat, KITKAT, bersempena Hari Coklat Sedunia kali ini, memperkenalkan keluaran edisi terhadnya - KITKAT Popcorn.



Selama ini, KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi. Namun, KITKAT tidak pernah ketandusan idea dan membawa ilham inovasinya ke tahap yang lebih tinggi dengan penghasilan satu lagi perisa luar biasa untuk tahun – KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin



KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!


Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,”Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja, malah ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.” 

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d'Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan. 


Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).

Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016. Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka. 

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan.

Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT! #PopABreak #KitKatMY


Mengenai KITKAT Nestlé


Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi pada tahun 1988, dan telah melangkah maju untuk menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini yang digemari oleh semua ini ialah jenama coklat No. 1 di Malaysia, dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko lestari yang diperolehi menerusi Pelan Koko Nestlé. 


Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. KITKAT Nestlé menawarkan segala bentuk ‘berehat’ yang diingini oleh peminat KITKAT – keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang sekarang dibuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan. 


Cara menikmati KITKAT Popcorn:


  • Buka pembungkus merah. 
  • Ceraikan jejari wafer dan nikmati aroma yang menyelerakan. 
  • Nikmati waktu rehat anda dengan setiap gigitan penuh kenikmatan bersama KITKAT Popcorn.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITKAT, Sila layari:


Laman web rasmi - http://www.KITKAT.com.my