Alhamdulillah, segar rasa otak ni sebab huda dan keluarga baru balik bercuti dari Shah Alam. Selepas survey-survey hotel yang berdekatan dengan i-City Shah Alam, huda berkenan sangat nak stay di Hotel De Art i-City, Shah Alam. Sebenarnya huda memang dari tahun lepas merancang nak stay di sini, tapi selalu fully-booked. Alhamdulillah, kelmarin, wishlist tercapai nak stay di sini.
Mesti korang tertanya-tanya, kenapa huda teringin nak stay di Hotel De Art I-City dan hotel ni selalu fully-booked. Meh baca perkongsian huda sampai habis yer. ( Konfem lepas baca, korang pun nak datang bercuti ke sini!)
LOKASI Hotel De Art I-City, Shah Alam
Kriteria pertama yang huda pentingkan dalam pemilihan hotel adalah lokasi.
Hotel De Art I-City, Shah Alam terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7. Jarak hotel ke I-City hanyalah 2.6 km sahaja. Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, seperti Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel. Kompleks membeli-belah juga tidak jauh dari kawasan hotel seperti gedung tekstil terbesar Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, AEON Bukit Raja, AEON Shah Alam, dan Setia City Mall.
Memang strategik lokasi Hotel De Art, I-City Shah Alam, checklist utama huda dah boleh "tick".
Memang strategik lokasi Hotel De Art, I-City Shah Alam, checklist utama huda dah boleh "tick".
Keunikkan Hotel De Art I-City, Shah Alam
Hotel De Art I-City ini bertemakan ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi membuatkan anak-anak teruja nak masuk hotel ni. Lukisan tangan pelukis mural professional melatari keseluruhan dinding ruang lobi.
Di kawasan lobi juga terdapat bar mini yang unik dan cantik. Sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama keluarga dan kawan-kawan.
Owh ya, lupa nak bagi tau, Hotel De Art I-city ini merupakan cawangan yang ketiga Hotel De Art.
Istimewanya Hotel De Art ni adalah ‘trademark’ yang menampilkan corak bilik yang berbeza-beza . Setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel.
Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 yang dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam.
Tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam.
Kategori Bilik di Hotel De Art I-City, Shah Alam
Hotel De Art I-City terdapat 35 bilik. Setiap bilik dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air yang lengkap dengan kemudahan tab mandi, rangkaian TV satelit, Wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh.
Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.
Istimewa di Hotel De Art I-City, Shah Alam terdapat kategori bilik Art Soho, Art Studio dan Art Suite yang tidak terdapat di cawangan Hotel De Art yang lain. Bilik bagi kategori Art Soho dan Art Studio terletak di tingkat bawah di mana setiap bilik dilakar pelukis mural professional. Konsep ‘naik tangga’ di mana ruang tamu terletak di bawah manakala bilik tidur di tingkat atas amat sesuai bagi pengunjung yang mencari kelainan. Setiap bilik diadaptasi mengikut tema yang berbeza.
Antaranya bilik Super Mario, filem animasi kanak-kanak yang bertajuk Up, filem anime Jepun iaitu One Piece, The Hobbit, dan Under The Sea. Lebih istimewa, kelima-lima bilik di tingkat bawah ini dibina menggunakan perabot yang seumpama dengan tema setiap karektor yang diketengahkan.
( Memang best giler dekorasi semua bilik di sini! )
Huda datang bersama family, ada dua kanak-kanak, rasanya kurang sesuai nak stay bilik yang ada tangga tu. Maklumlah, anak dua-dua lelaki yang agak hyper. Mahu tak tidur malam dibuatnya dok main tangga jer nanti. Jadi huda memilih bilik Art Family Deluxe.
Jom layan video bilik kami yang memang best!
Memang "WOW" kan bilik hotel di Hotel De Art I-City, Shah Alam.
Dimensi lukisan tangan yang melatari hampir di keseluruhan kawasan Hotel De Art I-City ternyata menggamit tumpuan kami. Ibarat bermalam dalam dunia fantasi. So korang mesti dah tahu kenapa huda memang teringin nak stay di Hotel De Art I-City, Shah Alam
Kemudahan lain di Hotel De Art I-City, Shah Alam
Antara kemudahan yang terdapat di sini dewan seminar yang diberi suntikan seni juga disediakan di tingkat dua yang boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa, ruang seminar ini menyediakan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan. Dewan punya la cantik, mesti syok kalau buat event kat sini.
Selain itu kemudahan surau dan washroom juga terdapat di tingkat bawah.
Terdapat juga menu "ready to eat" seperti nasi tomato, nasi ayam, dan nasi ayam Mandy. Anak-anak huda sempat "shopping" aiskrim Malaysia yang dijual di mini bar.
Terdapat juga menu "ready to eat" seperti nasi tomato, nasi ayam, dan nasi ayam Mandy. Anak-anak huda sempat "shopping" aiskrim Malaysia yang dijual di mini bar.
Pandangan Huda tentang Hotel De Art I-City, Shah Alam
Selepas stay di sini semalaman, huda sangat-sangat puas hati sepanjang berada di Hotel De Art I-City, Shah Alam. Hotel yang bersih, sangat selesa dan muslim-friendly ( ada penunjuk kiblat, ada sejadah dan ruang solat yang luas, boleh solat jemaah dalam bilik hotel )
Anak-anak huda pun sangat enjoy sepanjang bercuti di Hotel De Art, I-city. ( Puas berendam main bubble dalam bath tub =)
Huda rasa lepas ni, jika ada urusan di Shah Alam, huda pasti akan memilih stay di sini lagi. InshaAllah.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi : -
HOTEL DE ART I-CITY
19 JALAN KELULI 7/110, SECTION 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
32 Comments
lawa lah hotel nih