Pengalaman Bercuti di Hotel De Art I-City, Shah Alam

Alhamdulillah, segar rasa otak ni sebab huda dan keluarga baru balik bercuti dari Shah Alam. Selepas survey-survey hotel yang berdekatan dengan i-City Shah Alam, huda berkenan sangat nak stay di Hotel De Art i-City, Shah Alam. Sebenarnya huda memang dari tahun lepas merancang nak stay di sini, tapi selalu fully-booked. Alhamdulillah, kelmarin, wishlist tercapai nak stay di sini. 

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa huda teringin nak stay di Hotel De Art I-City dan hotel ni selalu fully-booked. Meh baca perkongsian huda sampai habis yer. ( Konfem lepas baca, korang pun nak datang bercuti ke sini!)


LOKASI  Hotel De Art I-City, Shah Alam

Kriteria pertama yang huda pentingkan dalam pemilihan hotel adalah lokasi. 




Hotel De Art I-City, Shah Alam terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7. Jarak hotel ke I-City hanyalah 2.6 km sahaja.  Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, seperti Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel. Kompleks membeli-belah juga tidak jauh dari kawasan hotel seperti gedung tekstil terbesar Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, AEON Bukit Raja, AEON Shah Alam, dan Setia City Mall.

Memang strategik lokasi Hotel De Art, I-City Shah Alam, checklist utama huda dah boleh "tick". 

Keunikkan Hotel De Art I-City, Shah Alam


Hotel De Art I-City ini bertemakan ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi membuatkan anak-anak teruja nak masuk hotel ni. Lukisan tangan pelukis mural professional melatari keseluruhan dinding ruang lobi. 




Di kawasan lobi juga terdapat bar mini yang unik dan cantik. Sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Owh ya, lupa nak bagi tau, Hotel De Art I-city ini merupakan cawangan yang ketiga Hotel De Art. 
Istimewanya  Hotel De Art ni adalah ‘trademark’ yang menampilkan corak bilik yang berbeza-beza . Setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel. 

Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 yang dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam. 


Tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam.


 Kategori Bilik di Hotel De Art I-City, Shah Alam


Hotel De Art I-City terdapat 35 bilik. Setiap bilik dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air yang lengkap dengan kemudahan tab mandi, rangkaian TV satelit, Wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh. 

Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.

Istimewa di Hotel De Art I-City, Shah Alam terdapat kategori bilik Art Soho, Art Studio dan Art Suite yang tidak terdapat di cawangan Hotel De Art yang lain. Bilik bagi kategori Art Soho dan Art Studio terletak di tingkat bawah di mana setiap bilik dilakar pelukis mural professional. Konsep ‘naik tangga’ di mana ruang tamu terletak di bawah manakala bilik tidur di tingkat atas amat sesuai bagi pengunjung yang mencari kelainan.  Setiap bilik diadaptasi mengikut tema yang berbeza.

Antaranya bilik Super Mario, filem animasi kanak-kanak yang bertajuk Up, filem anime Jepun iaitu One Piece, The Hobbit, dan Under The Sea. Lebih istimewa, kelima-lima bilik di tingkat bawah ini dibina menggunakan perabot yang seumpama dengan tema setiap karektor yang diketengahkan. 
Memang best giler dekorasi semua bilik di sini! )









Huda datang bersama family, ada dua kanak-kanak, rasanya kurang sesuai nak stay bilik yang ada tangga tu. Maklumlah, anak dua-dua lelaki yang agak hyper. Mahu tak tidur malam dibuatnya dok main tangga jer nanti. Jadi huda memilih bilik Art Family Deluxe.
Jom layan video bilik kami yang memang best!




Memang "WOW" kan bilik hotel di  Hotel De Art I-City, Shah Alam. 

Dimensi lukisan tangan yang melatari hampir di keseluruhan kawasan Hotel De Art I-City ternyata menggamit tumpuan kami. Ibarat bermalam dalam dunia fantasi. So korang mesti dah tahu kenapa huda memang teringin nak stay di Hotel De Art I-City, Shah Alam

Kemudahan lain di Hotel De Art I-City, Shah Alam




Antara kemudahan yang terdapat di sini  dewan seminar yang diberi suntikan seni juga disediakan di tingkat dua yang boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa, ruang seminar ini menyediakan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan. Dewan punya la cantik, mesti syok kalau buat event kat sini. 



 Selain itu kemudahan surau dan washroom juga terdapat di tingkat bawah.
Terdapat juga menu "ready to eat" seperti nasi tomato, nasi ayam, dan nasi ayam Mandy. Anak-anak huda sempat "shopping" aiskrim Malaysia yang dijual di mini bar. 




Pandangan Huda tentang Hotel De Art I-City, Shah Alam

Selepas stay di sini semalaman, huda sangat-sangat puas hati sepanjang berada di Hotel De Art I-City, Shah Alam. Hotel yang bersih, sangat selesa dan muslim-friendly ( ada penunjuk kiblat, ada sejadah dan ruang solat yang luas, boleh solat jemaah dalam bilik hotel ) 



Anak-anak huda pun sangat enjoy sepanjang bercuti di Hotel De Art, I-city. ( Puas berendam main bubble dalam bath tub =)



Huda rasa lepas ni, jika ada urusan di Shah Alam, huda pasti akan memilih stay di sini lagi. InshaAllah. 




Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi : - 

HOTEL DE ART I-CITY
19 JALAN KELULI 7/110, SECTION 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : +603 5880 5588

Follow social media Hotel De Art
Instagram @hoteldeart
Facebook Hotel De Art

Post a Comment

32 Comments

Nina Mirza said…
Wahhh.. . Lawa laaa lukisan art hotel ni. Unik! Anak² kak nina memang suka ambik gambar, seronok stay sini ni....
ai said…
Suka konsep dia.. Cantik.. Menarik.. Tertarik..
Yanty Lee said…
Ya Allah cantik..cute..comel. Sukanya tengok the arts. Dapat ke sini memang Ty sibuk posing jelah.
Lawanya! Leh laa nak try bawa anak anak pi situ, pastu jalan jlan kat icity
Fieza Sani said…
cantiknya hotel dia..berseni sangat...
ayeesha anna said…
Bestnyeee...nak pegi jugak la
Hans Hanis said…
walawehhhh
lawa lah hotel nih
Izyan Balqis said…
best giler tengok interior dalam hotel ni, budak2 mesti sronok tidor sini....menarik sangat!
Unknown said…
Seronoknya dapat menginap dihotel ini. Melihat keadaannya dari gambar-gambarpun dah membuatkan bonda teruja nak menginap disini bawa keluarga dan anak-anak. Mesti anak-anak bonda seronok jika kesini.
Airah Syahirah said…
Seronoknya hotel dia dekorasi menarik sangat.ada bukak laman web dia nak tengok pilihan bilik.memang kalau ada urusan di shah alam akan book hotel ni
Mahamahu said…
Amboi cantiknya hotel ni tengok dari dalam macam-macam hiasan kat dinding tu hehehehe terpegun kita nak tido sana tapi tak ada peluang nak pergi lagi...
Kenari Putih said…
Drawing hotel ni mmg cantik. Rasa mcm museum art kan dan lagi extra best boleh bmalam kat sini. 😀
Ana Suhana said…
Ala ruginya tak stay sini hari tu padahal dah nak book hotel ni dah tp pilih hotel lain pula. Cantik dan unik sangat. Tak sangka student yang lukis semua tu. Menang berbakat. Kemudahan pun lengkap. Nak try duk sini lah nanti.
Nadia Johari said…
cantik betul tempat dia ye..wah nak pergi la nanti..tahun depan la bercuti,tapi katanya banyak tempat kan
Irismyra said…
Bestnye hotel ni.. Anak2 msti suka.. Nak try jgk la nnti.. Tq for sharing
Eyzamiel said…
Cantiknya.. nak pegi sini jugak la nnt
Miza Talib said…
Dah falling love dengan tema hobbit
Lin Liena said…
wah...tak sabar nk g hotel ni...nk bawa ank2 g ict sekali..
Emily said…
I've heard so much about the artsy De Art Hotel but haven't got the chance to spend a night there yet. Harap2 ada peluang dan rezeki satu hari.
Adam said…
Awesome Post Thankh you
Omg this is an awesome hotel. Looks a museum! I would be happy to stay here and have a memorable experience.
mas saari said…
Menariklah konsep hotel dia, anak² mesti suka!
Unknown said…
This Hotel de Art looks really creative and impressive. I would love to bring my kids there.
cantik giler. x sbr nk g
Ana Jingga said…
best kan Huda, satu pengalaman penginapan baharu buat kak AJ, selalunya ke resort atau hotel lain tak sama dengan De Art ni, unik dan tersendiri.
CIKZACOM said…
untill now cikza still tak boleh move on, memang lawa dan cantik
Fara Lumière said…
Seronoknye.. hotel cntik nmpk selesa je family...
saidila said…
lawa betul hotel de art nih...unik
Hanny Abdullh said…
Cantik2 deco hotel ni. Pernah jugak tengok geng2 blogger post pengalaman dok hotel ni, terus terasa nak cuba jugak dok sini walaupun rumah taklah jauh sangat..hehehe
ummie zarra said…
Cantiknya decoration hotel ni. Sesuai dgn nama sebab byk hasil seni yang ada di sini.
Azlinda said…
Cantik sangat ni... Lain dr yg lain