Seronok Shopping buku di Booth Utusan, Pesta Buku Antarabangsa KL, 2018


Hye korang semua. terima sudi singgah blog huda hari ini. Huda nak kongsi pengalaman seronok berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( PBAKL, 2018) yang berlangsung di PWTC sehingga 6 Mei 2018 ini. 

Kali pertama pergi ke PBAKL bersama The Arifs. Setelah fikir masak-masak, huda dan suami bersetuju menaiki LRT sahaja ke PWTC, memandang hari minggu pastinya jalan sesak dan parking penuh di sana. 




Seronok The Arifs dapat naik train ke PBAKL. Kami naik LRT dari Bandar Tasik Selatan terus ke PWTC yang memakan masa lebih kurang setengah jam. 

Huda ke PBAKL , 2018 ini bukan sekadar nak shopping buku tau, tapi huda penuhi jemputan dari pihak Utusan Karya dalam mempromosikan booth mereka dan juga huda diberi peluang berkongsi tentang blog huda dengan pengunjung yang datang. 


Huda bersama enam lagi blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari , memeriahkan lagi booth Utusan 

 ( Gambar ini akan masuk paper Utusan tau, glamour sekejap, hehe ramai photographer amik gambar time ni ) 




Seronok tengok buku-buku ilmiah dari penulis terkenal tanah air di jual dengan harga diskaun 30% dan 40 %. Berbaloi sangat ni memborong buku untuk baca ketika waktu lapang. 


Selain itu, terdapat juga pakej-pakej buku yang sangat berbaloi dibeli dengan harga jimat, serta dapat freegifts seperti baucer KFC dan macam-macam lagi. 




Antara pakej-pakej yang boleh korang dapatkan di booth Utusan 







Sangat-sangat menarik kan pakej-pakej yang terdapat di booth Utusan di PBAKL, 2018 ni. Owh ya, ada lagi tau tawaran yang menarik iaitu CABUTAN BERTUAH!


Untuk korang yang ada anak-anak yang kreatif tu, jangan lupa join Pertandingan Origami yang bakal di adakan 6 Mei, 12 tengahari di pentas utama PWTC. 


Jom singgah Booth Utusan Karya di dewan Tun Razak 3 , booth bernombor 3068, 3069 dan 3075 yang terletak di  aras 2, PWTC. 


Post a Comment

1 Comments

SalinaJohari said…
serious best ..k.sal nak repeat lagi weekend ni..huhuhu