Teringin nak Makan Masakan Thai? Jom Order dengan Authentic Thai Kitchen - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Teringin nak Makan Masakan Thai? Jom Order dengan Authentic Thai Kitchen

Teringin nak Makan Masakan Thai? Jom Order dengan Authentic Thai Kitchen

Share This
Pernah  tak satu hari tekak korang terasa nak makan makanan yang unik, macam makanan Thai? Dan satu lagi masalah, takde transport nak keluar atau malas nak keluar rumah. So, cane nak makan sedap ni... ada ke yang sudi nak hantar makanan yang kita teringin tu depan pintu rumah.

Sebenarnya ADA! Yup, ada yang sudi dengan syarat korang kena beli la, hehe.

Situasi atas tadi huda dah alami, jadi huda memahami sangat kalau korang jugak rasa. 

Ok, huda nak kongsi ni, pengalaman huda tempah makanan Thai yang super sedap di Kuala Terengganu minggu lepas. Huda tempah melalui whatsapp jer, cepat dan efektif!

Huda tempah masakan Thai dengan Authentic Thai Kitchen. Jom tengok menu-menu best yang korang boleh order. Harga pun sangat-sangat berpatutan. 









Murah kan? 

Huda cuba 2 menu haritu , nasi beriyani Thai dan keow teow goreng Thai. Serius sedap sungguh. Huda dan suami suspek chef Authentic Thai Kitchen ni mesti power. Huda siap mesej tanya pengalaman dia tau dalam bidang masakan, sebab rasa masakan dia memang standard hotel. Perfect sangat semua rasa, terasa masakan Thai sebenar. 

A post shared by Huda Halid Malaysian Blogger (@hudahalid) on


Rupanya Chef Authentic Kitchen ni memang keturunan Thailand, dan bekas chef di Seri Pentas TV3 bersama Haslam Restaurant (Dato Yusof Haslam).  Jadi memang no wonder masakan dia memang sedap sangat2!

So orang Kuala Terengganu, atau korang yang bercuti ke Kuala Terengganu nanti cubalah menu-menu sedap dari Authentic Thai Kitchen ni, konfem korang akan puas hati .

Follow Authentic Thai Kitchen untuk promosi terkini dan tempahan
Instagram : https://www.instagram.com/authentic.thai/

2 comments:

Post Bottom Ad

Pages