Chefmanship Akademi - Mendidik Peniaga Bazar Ramadan Bijak Dalam Pengurusan Sisa Makanan. - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Chefmanship Akademi - Mendidik Peniaga Bazar Ramadan Bijak Dalam Pengurusan Sisa Makanan.

Chefmanship Akademi - Mendidik Peniaga Bazar Ramadan Bijak Dalam Pengurusan Sisa Makanan.

Share This


Assalamualaikum. Semalam huda telah hadiri satu event menarik anjuran Unilever Food Solution dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Event ini merupakan acara rasmi perlancaran Chefmanship Akademi. Korang nak tahu lebih lanjut apa tu Chefmanship Akademi, teruskan membaca artikel ini sampai habis yer.


Sebelum perlancaran program Chefmanship Akademi, semua hadirin yang terdiri dari peniaga-peniaga bazar Ramadan mendengar ceramah tentang keberkatan dalam perniagaan. Ianya sangat penting, sebelum mereka memulakan perniagaan pada hari esok mereka haruslah memperbetulkan niat dan sentiasa berusaha mencari keberkatan.


Chefmanship Akademi 


Chefmanship Akademi ( CA ) merupakan satu inisiatif yang di anjurkan oleh Unilever Food Solution (UFS). Di dalam modul terbaru  CA ini memperkenalkan pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali makanan dalam memperbaiki sistem pengurusan makanan. 

CA juga merintis peniaga menjadi lebih bijaksana dan lebih berpengetahuan dalam isu kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi perkhidmatan mereka.




Semalam, merupakan detik permulaan usaha sama antara UFS dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ( MBKT). Turut hadir dalam majllis ini adalah Ketua UFS Malaysia - Nusrat Perveen ( yang duduk di kerusi roda )


Tahu tak?
CA ini sudah di lancarkan sejak tahun 2013 dan UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia seperti di kawasan Lembah Klang :-  MPSJ, DBKL, MBPJ , MBSA, MPS, MDHS serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang.

Selain di Lembah Klang, di negeri lain pun ada seperti MBAS, MBJB, MPK, MBMB, MPHTJ dan MBPP.

Nusrat Perveen juga menyatakan dalam sesi sidang media di sini tentang pentingnya kesedaran tentang pembaziran makanan yang berlaku di bulan Ramadan. Rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari , di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh di makan. Dalam setahun lebih kurang 1.1 juta tan makanan di bazirkan.

Lebih menyedihkan , menurut ahli MBKT, ketika Ramadan , pembaziran sisa dan lebihan makanan adalah TIGA KALI GANDA!!

Nusrat Perveen juga berkata " Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solution merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Ia bermula dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA "

Beliau juga berharap dengan adanya CA di Kuala Terengganu ini, peniaga bazar ramadan akan lebih mementing kebersihan , sekaligus memastikan kesihatan orang ramai tidak terjejas sepanjang bulan ramadan ini.

Program CA ini juga memberi peluang keemasan kepada peniaga- peniaga untuk berinteraksi ,berkongsi informasi dan garis-garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang baik.



Pada pandangan peribadi huda, usahama USF dan MBKT ini perlu diberi pujian, dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. 

Huda sendiri akan rasa lebih selamat untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan nanti. Semoga semua peniaga bazar ramadan menjadi peniaga yang amanah dan jujur. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.unileverfoodsolutions.com.my


18 comments:

  1. WAh bagusnya program macam ni mesti banyak info mengenai makanan kan.kdang orang tak tahu sebab tu tak buat macam sisa makanan tu biar je lalu ikut singki nanti sumbat susah

    ReplyDelete
  2. Memang bagus diadakan program.kesedaran macam nih. At least beri pengetahuan kepada para peniaga tentang menjaga kebersihan dan mengendalikan makanan supaya sisa makanan berlebihan tidak dibuang merata

    ReplyDelete
  3. Bagus betul diadakan program macam ni, memberi kesedaran kepada peniaga tentang kebersihan di tempat perniagaan mereka usahakan. Ni nak Ramadhan ni harap-haraplah tiadalah yang melampau

    ReplyDelete
  4. yeah nice program to attend. I attended this before many years back I think its been 14 years. :D

    ReplyDelete
  5. Great to have such a program. It help with new business owners in training the basic of getting started. This will indeed help many start on the road to being their own boss.

    ReplyDelete
  6. Bagus ada program mcm ni coz kita akan alert apa yg ptt dibuat utk menyelamatkan bumi.tentang kebersihan dan sempena ramadhan mmg patjt peniaga tahu kan

    ReplyDelete
  7. Bagusnya program macam nie. Mmg biasa sangat tiap kali ramadhan je pasti banyak makanan yg berlebihan. Membazir sangat2 ! Hopefully semua cakna dan aware akan hal ini

    ReplyDelete
  8. Semoga semua jujur, amanah dan kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan selamat dan berjimat cermat.

    ReplyDelete
  9. Pembaziran 3 kali gnda tu sangt merugikan Dan membazir. Semoga program macam ni dapat mendidik para peniaga dalam mengurangkan pembaziran.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya program ni sbb mengawal pembaziran nk2 di musim bln ramadhan. Hah smp 3kali ganda tu pembaziran di bln ramadhan.. Hrp dpt la dikurangkan.. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  11. bagus program yang mengawal pembaziran makanan..di china lebihan makanan yg di bazirkan di kumpul dan di masak semula then dijadikan hidangan lazat buat mereka ygkurang berkemampuan..menarik kan..so xde la istilah pembaziran selepas tu

    ReplyDelete
  12. Bagislah ada akademi macam ni. Mengajar dan mendidik orang agar tidak membazir. Belajar berjimat juga

    ReplyDelete
  13. fuhh! bagusnya progam macam ni.; sebab banyak faedah. selain itu dapat kurangkan pembaziran yang kita tahu itu merupakan amalan syaitan

    ReplyDelete
  14. Wow best juga dapat belajar, actually chef bukan sekadar pandai memasak tapi juga kena pandai costing and observant to the surrounding.

    ReplyDelete
  15. Wonderful program ni.. dapat mendidik peniaga dengan pengetahuan yang berguna... maklumlah, chef bukan kena pandai cooking je, kena pandai berniaga jugak!~

    ReplyDelete
  16. Semalam hujan lebat kat KK, byk mknn di gerai yg x habis dijual. Kalau dkt Europe, dorang ada EU Guideline on Food Donation. Di France, ada peruntukan undang2 yg mengharamkan peniaga membuang makanan yg masih elok dimakan. Tapi di sini, pekerja restoran blh dihukum oleh majikan jika tapau/makan makanan lebihan. Dorang lebih rela buang mknn dr bg staf bw balik.

    ReplyDelete
  17. Bagus program macam ni. memeupuk hal yang sepatutnya. sepatutnya dah lama kena buat ni.

    ReplyDelete
  18. terbaiklah program ni..memberi kesedaran kepadapeniaga bazar..supaya pelanggan takda sakit apa-apa bila beli makanna

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages