Sebelum perlancaran program Chefmanship Akademi, semua hadirin yang terdiri dari peniaga-peniaga bazar Ramadan mendengar ceramah tentang keberkatan dalam perniagaan. Ianya sangat penting, sebelum mereka memulakan perniagaan pada hari esok mereka haruslah memperbetulkan niat dan sentiasa berusaha mencari keberkatan.
Chefmanship Akademi
Chefmanship Akademi ( CA ) merupakan satu inisiatif yang di anjurkan oleh Unilever Food Solution (UFS). Di dalam modul terbaru CA ini memperkenalkan pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali makanan dalam memperbaiki sistem pengurusan makanan.
CA juga merintis peniaga menjadi lebih bijaksana dan lebih berpengetahuan dalam isu kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi perkhidmatan mereka.
Tahu tak?
CA ini sudah di lancarkan sejak tahun 2013 dan UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia seperti di kawasan Lembah Klang :- MPSJ, DBKL, MBPJ , MBSA, MPS, MDHS serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang.
Selain di Lembah Klang, di negeri lain pun ada seperti MBAS, MBJB, MPK, MBMB, MPHTJ dan MBPP.
Nusrat Perveen juga menyatakan dalam sesi sidang media di sini tentang pentingnya kesedaran tentang pembaziran makanan yang berlaku di bulan Ramadan. Rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari , di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh di makan. Dalam setahun lebih kurang 1.1 juta tan makanan di bazirkan.
Lebih menyedihkan , menurut ahli MBKT, ketika Ramadan , pembaziran sisa dan lebihan makanan adalah TIGA KALI GANDA!!
Nusrat Perveen juga berkata " Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solution merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Ia bermula dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA "
Beliau juga berharap dengan adanya CA di Kuala Terengganu ini, peniaga bazar ramadan akan lebih mementing kebersihan , sekaligus memastikan kesihatan orang ramai tidak terjejas sepanjang bulan ramadan ini.
Program CA ini juga memberi peluang keemasan kepada peniaga- peniaga untuk berinteraksi ,berkongsi informasi dan garis-garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang baik.
Pada pandangan peribadi huda, usahama USF dan MBKT ini perlu diberi pujian, dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
Huda sendiri akan rasa lebih selamat untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan nanti. Semoga semua peniaga bazar ramadan menjadi peniaga yang amanah dan jujur.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.unileverfoodsolutions.com.my
18 Comments