My Nasi Kandar Mydin Mall Kuala Terengganu


Assalamualaikum. Siapa sini suka lepak mamak? Kita geng!

Nak imbas sikit moment few years back , kisah huda dan My Nasi Kandar Mydin Kuala Terengganu.
Masa huda mula-mula pindah ke Kuala Terengganu, time tu tengah pregnant anak kedua. Teringin sangat nak makan roti nan dan ayam tandoori. Pening Mr A nak cari mana kat Kuala Terengganu ni..
Mujur la terjumpa dengan kedai mamak My Nasi Kandar yang terletak di Mydin Mall Kuala Terengganu Happy sungguh masa tu. Sejak dari saat tu, huda memang selalu lepak sini, tak kira lah untuk makan pagi ke, tengahari atau malam.

Okay, kelmarin Mr A ajak huda dan anak-anak breakfast di luar. Anak-anak pula bising nak ajak main playground, tak nak pergi makan. Huda pula dah lapar sangat. Pening Mr A, nak utamakan siapa dulu..hehe...

Mr A terus memandu ke Mydin Mall Kuala Terengganu. Yeay, dua-dua pihak puas hati. 



Anak-anak terus ke playground. Huda pula terus ke My Nasi Kandar yang terletak bersebelahan dengan playground. 


Tengok-tengok menu. Rasa nak try tosai.. ( sebenarnyer terpengaruh dengan orang depan huda yang dok order sampai dua pinggan. sedap ke tosai ni? Tak pernah try sebelum ni)

 Tosai RM1.80


The Arifs pula, huda belikan roti favourite diorang. Seronok dapat sorang satu Roti Tisu yang crunchy ni. 

  
Roti Tisu RM4.00

Alhamdulillah. kenyang perut semua, senang hati. Rezeki pagi untuk kami sekeluarga. Sambil makan , sambil anak-anak pun dapat main playground. Memang terbaik lokasi pilihan Mr A ni. 



Lepas makan, huda terpandang staff My Nasi Kandar angkat nasi dan lauk pauk yang masih berasap baru masak. Aduhai, tergoda nak makan nasi kandar pula. Tapi perut dah kenyang sangat. InshaAllah next time jer lah datang sini lagi makan nasi pula. 

Korang yang dok area Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tu kalau teringin nak makan di kedai mamak, huda rekemen korang makan kat sini. Tempat makan selesa dan luas dan yang penting bersih. Nak datang sini mudah jer, google jer Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu.