Bila Adik Makin Membesar... Mama Sebak! - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Bila Adik Makin Membesar... Mama Sebak!

Bila Adik Makin Membesar... Mama Sebak!

Share This






Assalamualaikum. mood pagi nak menulis tentang anak bongsu huda, Muhammad Arif Hakim. Satu hari nanti, adik dah besar, adik baca yer apa mama tulis ni...

Adik lahir dengan izin Allah. Walau penuh dugaan dan cabaran. Masa mengandungkan adik first trimester, baru mama rasa pengalaman pitam dan bleeding, dalam bilik air seorang diri. Mama fikir, mama akan hilang adik time tu. Walau doktor kata adik takde dalam rahim mama, adik ni ectopic pregnancy la.. dan sampai tahap doktor minta ke hospital untuk jalani procedure buang ectopic pregnancy. Tapi mama degil.. Mama dan papa sanggup habiskan duit jumpa pakar di private hospital yang jarak 2 jam dari rumah semata-mata mama nak dapatkan konsultasi terbaik.

Cabaran seterusnya, ketika melahirkan adik.. Mama dah cuba sehabis baik gunakan teknik pernafasan dan push yang bagus, namun adik tak nak keluar jugak. Hampir setengah jam bertarung nyawa demi melahirkan adik ke dunia. Rupa-rupanya adik terbelit tali pusat dua kali di leher. Astagfirullah.... mama tawakal sangat time doktor cakap macam tu.


Namun Alhamdulillah, adik dapat keluar dengan selamat. Dan untuk pertama kali dalam hidup mama, mama dengar suara baby nangis , dan nurse terus bagi baby pada mama. Ya Allah pengalaman pertama pegang baby sejurus selepas lahir. Nikmat dunia yang terindah menjadi mama. ( Masa lahirkan Abang Arif Haikal, baby langsung tak nangis sebab hampir sesak nafas sebab selaput di muka, nurse terus bawa ke bilik lain untuk procedure klinikal, lepas 3 jam baru jumpa baby



Membesarkan adik sangat mudah, sebab adik boleh dikategorikan baby yang behave, tak banyak ragam. Fully breast-fed for 2 years ++. Langsung tak pernah minum susu formula sepanjang 2 tahun pertama hidup. Alhamdulillah, murah rezeki adik. Suka tengok adik membesar dengan sihat dan paling kurang demam , berkat susu ibu. Solid food adik pun, mama bancuh guna susu ibu. Gigih kan mama nak bagi adik nutrisi terbaik untuk adik.


Saat ni, mama mula sebak tengok adik makin membesar, dengan sihat dan bijak.





Pada umur 3 tahun 7 bulan ni, Adik dah boleh mengenal huruf, menggira dan banyak cakap. Vocab english dan melayu adik pun dah banyak. Makin fluent adik cakap hari demi hari. Sampai geram juga nak melayan sebab adik ni suka bagi alasan ntah apa-apa... 



Suka dengan sifat adik pada Abang Arif yang boleh bertolak ansur dan berkongsi. Mama happy sangat-sangat tengok dua-dua Arifs mama ni membesar jadi anak yang baik. 


Dengan wujudnya adik dalam hidup mama, baru la mama rasa, mama ada anak kecil yang comel. Sifat adik yang manja, kelakar, dan banyak akal senantiasa menjadikan hari mama penuh warna warni. ( Berbeza sifat Abang yang serius, suka belajar, dan kurang bermain dan malu untuk bermanja. Ego tinggi barangkali


Adik... cepat yer masa berlalu. Namun mama bersyukur, keputusan mama jadi suri rumah sepenuh masa, mama dapat luangkan 24/7 dengan adik. Walau banyak yang terpaksa mama korbankan. Pengorbanan mama ini sangat-sangat berbaloi, InshaAllah di dunia dan akhirat.



Mama doakan adik berjaya mencapai segala impian adik. Adik boleh pergi kemana sahaja adik nak, buat apa yang adik inginkan. InshaAllah. Mama always love you. And you always be my baby.....

Ok, mama tak boleh nak tulis lagi.. sebak dah rasa, bila mama fikir tahun depan adik nak sekolah tadika...dan adik dah makin besar...


6 comments:

  1. haha, Arif hakim memang special

    1) Kecik Kecik dan makan sos cili
    2) kecik Kecik dah pandai makan tulang ikan
    3) Kecik Kecik dah pandai nyanyi
    4) kecik kecik dah makan sambal belacan

    Dah tak macam budak kecik. haha, semoga adik sentiasa sihat dan berjaya . aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ada satu point lagi, semua yer ikut perangai papa.

      Delete
  2. Nukilan hati mama, cantik betul senyuman arif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq juju sudi singgah. Hehe, cantik cam mama..

      Delete
  3. Alhamdulilah semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages