Memori Indah April 2024 | Ramadhan & Syawal

 


Ya Allah, cepat yer masa berlalu, hari ni dah last day bulan April 2024. Banyak sangat benda berlaku bulan April ni kan? Setiap weekend kami sekeluarga berjalan, campur dengan balik kampung kedua-dua belah family time puasa dan raya, road trip sebab job dan juga penuhi jemputan open house. What a busy month! 

Dalam banyak-banyak hari dalam bulan April ni, ada satu hari yang huda takkan lupa sampai bila-bila. Satu hari yang indah, Allah jemput kami sekeluarga "qiam" . Tak pernah terbayang sebelum ni kami sekeluarga boleh bangun awal pagi semata-mata nak solat di masjid sebelum subuh. Betul lah, kalau Allah dah jemput takde benda yang mustahil. 

Plan awal, macam tahun-tahun sebelum ni, kami akan usahakan datang ke Putrajaya dan berbuka di masjid. Macam dah jadi event tahunan untuk kami singgah sini setiap kali Ramadan, sebab ia menambah rasa bersyukur kami suami isteri. Banyak sangat moment indah Ramadan di sini, cukup la untuk ingatan kami suami isteri. 



Lepas berbuka di sini pada 24 Ramadan, entah tiba-tiba Huda suarakan cadangan pada suami 

Jom esok kita join qiam kat sini nak? 


Suami ku seperti biasa, segala cadangan Huda jarang sangat di tolak yer.. Maka malam 25 Ramadan (5 April) huda hanya tidur-tidur ayam sahaja di homestay. Sebab nak bangun pukul 3.30 am 

Suami pun kagum dengan kesungguhan Huda ajak pergi qiam. Tak pernah-pernah... Huda yakin, Allah pilih kami untuk menikmati sisa-sisa Ramadan yang berbaki dan dengan izin Allah semoga kami dapat menikmati malam lailatul qadr yang sememangnya Rahsia Allah. Kita sebagai hamba , usaha sahaja dengan hati yang ikhlas mengharapkan keampunanNya. 

Tiada kata mampu di ungkapkan betapa manisnya dapat qiam pada malam 25 Ramadan di Masjid Putra. Huda terbayang, Allah jemput qiam di masjid putra ni pun Huda dah rasa indah yer, agaknya macamana rasa indah yer bila dapat qiam di Masjidil Haram kelak.. InshAllah, one fine day Allah akan jemput ke sana dan jadikan "mampu" ke sana. 

memori indah ( 25 Ramadan / 5 April 2024 )


Bacaan doa imam qiam sangat-sangat syahdu. Basah habis telekung. Allah hadiahkan nikmat kebahagiaan dan ketenangan yang huda ingin putar kembali waktu itu. Semoga tahun akan datang Allah hadiahkan lagi kesempatan yang sangat bermakna ini. 

Pada hari yang sama selepas qiam dan sahur di masjid, terus pulang ke kampung. Masa tu baru rasa mengantuk sebab tak tidur. 
Nikmat qiam 25 Ramadan , huda masih belum move on. Maka 27 Ramadan, huda ajak suami pergi qiam di masjid area kampung. Dan kali ini mak dan family along join sekali. Masing- masing rasa pengalaman pertama qiam di masjid ketika Ramadan. Semoga mereka rasa nikmati indahnya hadiah ketenangan dari Allah macam Huda rasa. 

Betullah... bila kita betul-betul menikmati Ramadan kita akan rasa lain sangat di bulan Syawal. 
Perasaan yang sukar di terjemahkan dengan kata-kata. 

Memori Syawal 




Tahun ini beraya belah suami. Syukur dapat menikmati 1 syawal bersama. Kami pergi solat sunat hari raya agak awal berbanding tahun sebelum ni. Dapat sama-sama melaungkan takbir raya di masjid. Gugur air mata syawal terkenang family huda di kampung nun jauh di selatan dan juga teringat arwah Abah. Begini la bila kahwin dengan orang jauh, kena kuat dan tabah. 


Syawal ini juga banyak hadiah yang Allah beri.. antaranya... Huda menang 2nd prize time open house Klook Kreator, dapatlah rezeki RMXXX voucher klook. Kemudian menang hadiah emas dari Poh Kong , join contest di tiktok sebab job dari client. Tiba-tiba termenang pulak..hehe. tu la namanya rezeki kan? 
Dapat juga bawa anak-anak Raya Staycation Syawal ni. Semuanya rezeki Allah yang tak terduga. 
Tambahan pula rezeki bulan ni, Allah hadiahkan Arif Haikal 8 A UPKK. Alhamdulillah. segalanya milik Allah. Allah bagi pinjam nikmat dunia ni supaya kita lebih bersyukur. 

Sedih rasa nak tinggalkan bulan April 2024 sebab bagi Huda , banyak sangat moment yang memberi kesan mendalam pada diri huda. Semoga apa yang Allah hadiahkan sepanjang bulan ni, buatkan diri ini semakin bersyukur dan beriman. Tak apa lagi yang lebih penting dalam hidup ni selain dari redha Allah dan keampunanNya. 

Walau Ramadan dan Syawal berlalu, semoga Allah sentiasa menyuluh jalan kehidupan ini supaya sentiasa dekat padaNya. InshaAllah. 

coretan ini sekadar nukilan hati untuk kenangan dan nota syukur. Jika satu hari nanti aku terlupa, aku baca semula nukilan ini Allah akan sedarkan aku bahawa Rahmat dan kasih sayangNya yang hebat.

هذا من فضل ربي

Post a Comment

0 Comments