Berbuka Puasa Nasi Kandar di Kuala Terengganu - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Berbuka Puasa Nasi Kandar di Kuala Terengganu

Berbuka Puasa Nasi Kandar di Kuala Terengganu

Share This


Assalamualaikum. Blog post hari ni istimewa untuk warga Kuala Terengganu yang "teringin" nak makan nasi kandar time bulan Ramadan ni. 

Rasanya huda tak pernah jumpa lagi orang jual nasi kandar kat bazar ramadan. 
Jadi bila teringin nak makan nasi kandar satu jer tempat huda nak terjah iaitu My Nasi Kandar yang terletak di Mydin Mall Gong Badak,Kuala Terengganu. 


Jom layan menu-menu yang boleh korang dapatkan di My Nasi Kandar. 


Starter boleh minum ABC ni, sejukkan tekak selepas seharian berpuasa.


Huda teringin nak makan rojak sebab rindu  giler dengan rojak pasembor kat Penang. ( Dah dekat 7 tahun tak pergi Penang T_T ) . Jadi jom ubat rindu dengan makan rojak di My Nasi Kandar




Kemudian boleh makan roti nan dan ayam tandoori serta fresh orange untuk appetizer.


Main course haruslah satu set Nasi Kandar yang memang terbaik di sini.




Selain ayam goreng yang memang sedap dan crunchy di My Nasi Kandar, huda juga suka kari kambing di sini. Pandai chef masak, memang tak bau kambing. Makan banyak pun tak pening tau. 



Kuih Vadhi sebagai pelengkap juadah berbuka di My Nasi Kandar. ( RM 1 each)



Harga makanan di My Nasi Kandar ni, sangat berpatutan.

Lokasi yang strategik di medan selera Mydin Mall ini juga terdapat kawasan indoor palyground untuk anak-anak. Maka dapatlah huda dan suami makan dengan tenang.

Baca : My Nasi Kandar Mydin Mall Kuala Terengganu

My Nasi Kandar ini juga beroperasi hingga lewat malam sampai ke pagi, jadi korang nak sahur di sini pun boleh.

Nak datang sini pun mudah, google Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Atau ikut map yang huda beri ni : -

My Nasi Kandar Mydin Mall Gong Badak, Terengganu





Oh ya, My Nasi Kandar ini juga ada banyak cawangan di negeri lain tau. Antaranya :- 


1) My Nasi Kandar Mydin Mall Meru Raya

https://goo.gl/maps/Vfuokndbxoq

2) MY NASI KANDAR @ Rasa Village Food Court USJ


https://goo.gl/maps/6QxgmgdYk742

3) My Nasi Kandar , Seremban 2




Kadang-kadang nak ubah selera berbuka puasa Nasi Kandar tu, jangan lupa singgah berbuka di My Nasi Kandar. Konfem korang puas hati. 

Baca juga perkongsian rakan blogger yang turut menggemari menu berbuka puasa di My Nasi Kandar 

3 comments:

  1. Sedap tu dapat berbuka dengan nasi kandar. Segala jenis kuah bercampur.

    ReplyDelete
  2. sodapnyee nasi kandaq... terliurrr

    ReplyDelete
  3. alaa..huda kt kb xde ke? hhihi.. nak cuba jgk nasi kandar. Tgk gambar pun dah sedap..:)

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages